Friday, August 20, 2010

JANGAN MABUK KETIKA SEMBAHYANG

TASEK GELUGOR: Beberapa masjid di Pulau Pinang dikesan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu. - Berita Harian.

(Renungan Rimau : Jika berlaku, ia amat serius. Ia memaparkan ramai yang sudah gila dan taksub seperti ahli parti tertentu. Janganlah terlalu taksub sehingga menghina agama dan bangsa. Mendoakan orang lain tiada masalahnya tetapi mengetepikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan satu perbuatan biadab. Apa nak jadi orang Melayu sekarang?)

7 comments:

Anonymous said...

Sebut sahaja ahli Parti PAS lahanat tu.

Pas telah menjual maruah agama Islam!!!

TKM 1 PAS muteq elek!!! Chitt!!!

Anonymous said...

sememangnya a puak2 UMNGOK memang suka buat fitnah...kami orang penang kami taula...

MomTom said...

jika dibaca di dalam malaysiakini, mereka menafikan perkara ini. penafian tersebut agak meyakinkan.
jadi, yang mana satu betul ni?

nazari said...

Assalamualaikum Datu,

Masyaalaah..ngape le sampai gitu skali..ape le masalahnye kalo kita mendoakan sesama agama ngan kite? Kut pemimpin-pemimpin kita tu fask ke..munafik ke..mane le tau berkat doa kite ramai-ramai.. Allah berikan dia taufik dan hidayat..terbuka hati dia menjadi Muslim yang baik..sape yang tau? Kalau kita mati.. koman-koman boleh gak dia sedekahkan Al-Fathihah kat kite..nak harap Lim Guan Eng hak yang setakat respek kat Saidina Umar..kalau boleh bace Fathihah pun takkan sampai kat kite punye. Cukup la dulu-dulu Lee Kuan Yew perdayakan orang Melayu Singapura dengan memulakan ucapan pakai perkataan "Saudara-saudaraku"..haa..sekarang dalam hati dia kata "Hamba-hambaku". Masyaallah!!

Anonymous said...

DIY,
Betulkah ini benar-benar berlaku.Bagi saya ini satu fitbah.Jika benar berlaku sila huraikan dengan lebih lanjut iaitu di masjid mana? Makmum pasti bantah jika iman tukar nama agong dengan LGE.Sebagai seorang wartawan you harus dapat penjeklasan kedua-dua pihak bukan dengar cakap Zahid sahaja. Polis mana, SB mana, Ustaz-ustaz UMNO mana ketua kampong mana? Zahid cuba mencari publisiti murahan dan amat membahayakan. You juga cuba mencurah minyak kerpada api. Masna etika kewartawan anda? Jangan dah jadi Ketua Pengarah RTM lupa semua etika yang dipelajari dan dituntuti sebelum ini. Saya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab anda yang menyokong membabi buta kenyataan dibuat oleh Zaihid itu. Be fairlah next time.

1Islam

Anonymous said...

Rasanya makmum yang buat tuduhan sebegitu ni tertidur sampai meleleh air liur basi waktu khutbah kot!

Jangan percaya sangatlah puak-puak ni yang suka cari publisiti murah ni!

RTM pergilah buat liputan lain yang lebih bemanafaat dan dapat membina bangsa serta negara. Ini perkara kecil dan hanya buang masa kalau pun ianya betul. Apa salahnya doakan kebaikan untuk semua hamba ALLAH.

MomTom said...

mcm mana dengan hasil siasatan?