Melayu mula gelisah
Apabila ada bukan Melayu melatah
Minta lupakan sejarah
Mahu Perlembagaan diubah
Hak Melayu dibuang mudah
Jalur Gemilang dipandang rendah
Perpaduan tidak diendah
Melayu akan bangkit
Apabila ada bukan Melayu mula sakit
Kontrak sosial diungkit ungkit
Mahu lebih bukan sedikit
Bukan busut tetapi bukit
Permintaan melangit
Bukan Melayu yang melatah
Baca dan fahami sejarah
Negara terbina atas penat lelah
Bapa bangsa yang megah
Terlepas daripada penjajah
Mahukan negara tersergam gagah
Anak cucu hayati faedah
Subang Jaya, 6.15 pagi 30 Ogos 2010
Monday, August 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Assalamualaikum Dato,
Benar apa yg disajakan...sudah tiada kata lagi dah bagi kita orang Melayu untuk meluahkan kata-kata kecewa, terhina...kita sudah mula jatuh harap dan muak dengan pemimpin Melayu sendiri. Barangkali mereka tiada perasaan seumpama itu kerana mereka sudah mempunyai empayar masing, rumah berbiji2 di luar negara entahlah...kepada siapa lagi kita wajar berharap.
Diseberang kita juga diganyang, maknanya kita dihuduk kiri dan kanan, luar dan dalam. Menyetuh tentang Indon ini, seperkara yg saya minta jasa baik Dato, ...ban sahajalah drama2 dari seberang di TV kita. TV3 boleh mulakan sebagai satu protes media. Hanya keapadaNYA sahajalah kita berserah akan keadaan negara kita sekarang ini.
Assalamualaikum Dato,
Ini lah pertama kali seumur hidup saya tidak ada semangat langsung menyambut Hari Merdeka, bila diperhatikan bukan saya seorang malah rakan2 yang lain pun.
Kebanyakannya berasa tak bersemangat akibat terlalu banyak kemelut terutamanya berkenaan isu perpaduan, tak kiralah antara sesama melayu atau bukan melayu, terlalu banyak bibit2 kebencian ditanam akhir2 ini antara rakyat malaysia. Pemimpin yg mempunyai kuasa hanya berdiam diri dan tidak melakukan tindakan tegas menghentikan suasana ketidak tenteraman ini. Malah slogan 1M pun kebanyakan rakyat masih keliru, pemimpin aje yg syok sendiri.
Amat menyedihkan suasana menyambut merdeka tahun ini.
DIY,
Tahun Hari Merdeka adalah lesu dan layu. Aku tidak seddar bahawa dia telah pun berlalu, Aku tidak kedbarkan jalur germilang keran hatiku terhalang kerana fitnah terang menerang dibuat buat oleh pemimpin tanpa dihalang.Aku bosan aku benci kepad semua orang yang pandai bercakap tetapi penuh temberang suara saja garang tetapi peranagi macam lalang. Aku tidak sedih aku to idak kesal kerana tidak sambut hari gemilang tahun ini kerana aku telah sedar merdeka hanya pada kata tetapi jiwan masih diperhamba diperkuda oleh pemimpin yang haloba kuasa. Mereka tidak kira bulan ini bulan puasa bulan banyak berakah tetapi pembohongan berluala demi gilakan kuasa. Esok akau akan teruskan puasa demi allah yang maha berkuasa dan berdoa agar tahun depan da[at lagi aku berpuasa.inilah merdeka bagi ku bebas menunaikan arahan Allah tanpa dipaksa darip[ada melaung Merdeka, Merdeka, Merdeka macam kena puaka.
Post a Comment