Saturday, August 28, 2010

JANGAN SAKITKAN HATI MELAYU

Tidak sukar untuk memahami mengapa ada pemimpin politik yang sudah mula mempersoalkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Tidak hairan ada pengarang kanan akhbar Cina yang menganggap Jalur Gemilang adalah hanya sehelai kain yang tidak perlu dihormati. Mereka ini adalah golongan yang ingin menonjolkan diri sebagai seorang juara. Mereka mahu menunjukkan bahawa mereka seorang yang berani. Tidak takut untuk melemparkan pelbagai tuduhan dan kata-kata nista di bumi yang berdaulat ini.

Persoalannya mengapa mereka mahu menjadi juara dan berani? Tidak pernahkah terfikir di benak fikiran mereka, dalam mengejar rasa megah untuk menjadi hero moden dan dilihat berani, mereka sebenarnya sudah terjerumus ke satu lembah hina. Tergolong dalam kumpulan orang yang tidak tahu beruntung. Mereka yang tidak peduli dengan budi dan jasa orang lain. Mereka yang tidak mahu memahami sejarah. Tidak peduli dengan perasaan orang lain. Yang paling teruk mereka mahu tergolong dalam 'kumpulan anak haram' yang mungkin dilabelkan oleh pejuang bangsa di negara ini. Kumpulan anjing kurap bagi pandangan sesetengah orang. Mereka ini lebih teruk daripada najis yang dilemparkan ke kedutaan negara di Indonesia beberapa hari lalu. Hakikatnya mereka adalah sampah yang perlu dilempar jauh-jauh ke planet lain.

Bagi golongan ini, sikap senyap yang diambil oleh bangsa Melayu memaparkan mereka sudah menang dan berjaya. Sudah berjaya memperlekehkan sesetengah pihak. Sudah tercapai usaha untuk menghiris hati orang Melayu. Merekalah orang yang merasakan boleh bercakap apa saja kerana tiada apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka. Mereka berasa megah dan gagah.

Sebenarnya mereka tersilap. Orang Melayu masih lagi waras. Orang Melayu masih lagi mengamalkan prinsip bangsa yang berbudi bahasa dan lemah lembut. Bangsa yang bersikap toleransi dan suka hidup dalam aman damai. Bangsa yang dilihat lemah lembut dan tidak menyalak seperti anjing apabila melihat hantu berkeliaran di rumah tuannya. Bangsa yang menghormati jiran dan rakan. Bangsa yang berhati mulia walaupun kepada pelawat, pengunjung, pendatang atau sesiapa saja yang masuk ke bumi bertuah ini.

Cuma ingatan kepada golongan ini. Kewarasan dan lemah lembut ada hadnya. Ada juga batasannya sehingga tidak mencabar maruah. Bangsa Melayu tidak akan menjadi waras apabila golongan ini terus mengamalkan sikap melampau-lampau dan tidak tahu beruntung. Bangsa Melayu akan bangkit jika golongan ini terus mempertikaikan hak yang dilindungi dalam Perlembagaan. Bangsa Melayu akan mula merasa jijik dengan rakan yang sanggup menabur najis di halaman rumah mereka. Hakikatnya, kesabaran bangsa Melayu ada hadnya. Jangan jadi mereka tidak gembira kerana jika diambil daripada kata-kata Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, "Negara ini akan aman jika orang Melayu gembira. Jika orang Melayu tidak gembira, orang lain pun sudah tentu tidak akan gembira." Tidak sukar untuk memahaminya.

6 comments:

Anonymous said...

Banyak kali dah saya dok dengar "jangan sakiti hati melayu", "jangan main api", "jangan jolok sarang tebuan" dan banyak lagi jangan jangan..... BUT NO ACTION

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

melayu ni suka tolak dan ansur2.... tolak ansur. banyak kali dah jangan. maka mungkin orang dah tak takut lagi dengan perkatan JANGAN. saya takut gak kalau JANGAN tu tanda setuju. macam kita sesuatu kita kata JANGAN, TAK PAYAH LAH, JANGAN SUSAH-SUASAH. hehehehehe sebenarnya kita nak huhuhuhu. tahu hati orang RTM

Anonymous said...

setakat ini tidak ada
kumpulan melayu yg berani ambil tindakan dan buat sesuatu yang memberi kesan supaya atas kebiadapan mereka dihentikan...melayu sekarang penakut dan tak tahu apa yg harus dilakukan..
sebab semua dah kena beli..takut, dan lemah..

Anonymous said...

DIY,
Dah berkali-kali beri amaran, tetapi tidak ada apa-apa pun kesannya. Orang Melayu sungguh pandai berkata-kata tetapi tidak berani mengkotakan kata. Janganlah kata hanya slogan apa yang dikata mestilah dikota barulah berani namanya. Kesabaran ada hadnya. Ingatan dan amaran juga ada hadnya, Jangan amaran hanya amaran dan amaran tetapi yang tuinggal hanya amaran.Nak tunggu hingga mereka pijak kepala baru nak bertindak itu dah terlewat. Negara ini ada pelbagai undang-undang gunalahlah tanpa belas kesian. Jangan biar undang-undang rimba digunakan baru hendak bertindak. bertindak. Bila nasi jadi bubur tidak berguna lagi.

RMR
RMRr

d said...

Salam Perjuangan,

Syabas buat saudara dengan pengendalian blog yang begitu baik demi menegakkan yang benar.

Saya tlh linkkan blog saudara di dalam blog pilihan di blog saya.

Sekian, semoga kita dapat berkongsi idea dalam memantapkan artikel..

Blogger :-
Melayu CinDia

d said...

Salam Perjuangan,

Syabas buat saudara dengan pengendalian blog yang begitu baik demi menegakkan yang benar.

Saya tlh linkkan blog saudara di dalam blog pilihan di blog saya.

Sekian, semoga kita dapat berkongsi idea dalam memantapkan artikel..

Blogger :-
Melayu CinDia