Thursday, August 5, 2010

KAMAL TERUSKAN PERJUANGAN

Usaha Datuk Zaid Ibrahim untuk membatalkan keputusan pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu yang dimenangi oleh BN menerusi calon MIC,P Kamalanathan gagal. Zaid, calon PKR pilihanraya kecil itu tewas dengan majoriti 1,725 undi.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Khamis menolak petisyennya yang mendakwa janji pilihanraya Barisan Nasional semasa kempen pilihanraya itu adalah satu bentuk sogokan. menolak petisyen itu dibuat oleh Hakim Datuk Azahar Mohamed. Beliau memutuskan petisyen itu cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori.- AGENDADAILY / 5/8/2010.

(Renungan Rimau : Kamal perlu membuktikan pemilihan beliau adalah tepat dan memastikan segala janji BN ditunaikan. Ini penting kerana ramai rakyat terutama di luar bandar masih dahagakan pembangunan dan kemudahan infrastruktur. Beliau perlu melakukan satu transformasi persepsi massa bahawa wakil rakyat BN tetap memperjuangkan nasib rakyat. Ada segelintir yang menjadi 'nila' menyebabkan 'susu sebelanga' menjadi rosak. Pencenkan mereka ini pada masa akan datang.)

3 comments:

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Dtk,
Bagi teman,MIC cukup bongkak & menghiris sementelah setelah kejayaan PRK HS, disangkalnya tentang kerja kuat UMNO. Bila tiba bab2 begini, maka org kita jugalah yg membantu mereka.....dan bagi teman POOOORAH!!! Tak de Maknanya....!

aimdaim said...

DIY,

Saya sokong sgt jika MP yg tak berkhidmat di pencenkan pd PRU akan dtg...

Kepada yg tak berapa nak berkhidmat, fikir-fikirlah

jebat said...

DIY,
Salam Takzim,

Itulah namanya perjuangan. Ada kalanya menemuiberbagai halangan. Tapi bagi seorang pejuang tulin ini adalah satu COBAAN ang mensti di tempuhi. Berjuang tetap berjuang.

Teruskan !!! Kamalanathan !!!
Teruskan !!!