Wednesday, August 18, 2010

JANGAN MABUK KETIKA BERBUKA

PUTRAJAYA 17 Ogos - Hampir 70 peratus daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya.

Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan oleh 20 penguat kuasa pasukan jabatan itu.
Menurutnya, berikutan itu pihaknya mengarahkan hotel terbabit dengan serta-merta tidak menggunakan alkohol agar tidak mengelirukan pengguna Islam yang menikmati juadah berbuka puasa di situ.

"Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jakim baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dilaporkan berkata, bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Pihak kami juga menasihati mereka supaya segera memohon sijil halal daripada Jakim memandangkan mereka memberi alasan tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan," katanya. Dalam pada itu, Mohd. Amri menggalakkan umat Islam berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.

"Saya harap masyarakat Islam negara ini tidak memilih hotel yang tidak memiliki sijil halal kerana mencari yang halal adalah wajib dan jauhilah perkara yang meragukan," katanya sambil memberi amaran akan terus memantau hotel-hotel yang mencurigakan. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Berhati-hati ketika berbuka di mana ada berada.)

6 comments:

Scud said...

jangan mabuk ketika berbuka hehehe..mendalam makna tu hehehee

jebat said...

DIY,
Salam takzim,

TEPUK DADA TANYA SELERA.
YANG HALAL JELAS DAN YANG HARAM JELAS.

Bagi saya masakan isteri adalah lebeh baik. Atau berbuka dimasjid sekadar seteguk air dan sebutir kurma adalah afdhal.

awangsulungmerahmenyala said...

salam ramadan,
dato,paling afdal sekali berbuka lah puasa bersama isteri dan anak-anak,merasai masakan isteri cukup nikmat dan dapat duduk bersama makan dengan anak-anak di rumah.
jimat segalanya,nak lagi best bawa ibu dari kampung barang tiga empat hari boleh berbuka sama-sama dengan ibu atau mertua.

berbuka di hotel nih kalau bawa famili pun takder feel lah,itu pendapat saya.kat rumah segalanya halal hasil air tangan isteri.

Anonymous said...

..satu lagi nak tambah kalau berbuka dekat Hotel belum tentu HALAL...mengikut JAKIM bukan semua Hotel di Malaysia dapat status HALAL..jangan buat main-main dengan status HALAL sebab dapur makanan dia bercampor... contoh:kuali tempat goreng daging BABI sama dengan kuali goreng AYAM...jadi campur aduk...bukan bermakna masakan dia tak bersih...walaupun Chef dia Islam..Ini budak Chef yg kebetulan member saya waktu belajar di UiTM yang beritahu hal ini.Kalau status Halal JAKIM..mesti ada 2 dapur yg memisahkan dapur masakan Islam dan non-Islam. Itu belum kira lagi penggunaan minyak..buat kalau dia guna minyak ba alif ba ya..sikit punya haru ka..sebab minyak tu sedap dan lembut bila goreng daging..aroma best!!!Satu lagi hotel guna arak untuk berikan aroma/bau enak bagi masakan "sweet sour"..sebab tu makanan di hotel mahal Harap maklum

nazari said...

Assalamualaikum DIY,

Teman sebenornye udah boring dengan isu kopitiam atau hotel mana yang halal atau tak halal yang ditimbulkan oleh JAKIM ni. Ni le yang orang kate "merempat kat tanah ayor sendiri". Manakan idak..baik JAKIM ke..Jais ke..jabatan agama negeri-negeri ke..semue ade kuase undang-undang dalam bab halal-haram ni. Jabatan Kesihatan pun ade kuase begitu juge PBT-PBT bahkan Kementerian Pelancongan pun ade kuasenye tersendiri. Kalo dah tau wujud pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan syubhat..gune le kuase masing-masing tu supaye sume makanan kat Malaysia ni jadi halal. Kalau kedai makan tu ada jual bak kut teh atau gudumbu curry (kari biawok)..bagi je deme tu stiker logo "Tak Halal". Nak bagi yakin lagi..buat la syarat dalam lesen kedai makan..tukang masak deme mesti orang Islam dan pamerkan gambor serta maklumat tukang masak yang didaftar dan ditauliah oleh pihak berkuasa di depan mane-mane kedai makan milik pengusahe bukan Islam dan hotel-hotel. Satu lagi buat undang-undang semue rumah penyembelihan (selain dari ba alif ba ya) hanye boleh dioperasi oleh orang Islam sahaja. Haa..lepas tu..pantau le..ape gunenye JAKIM, JAIS, JAIP, PBT-PBT tu ade unit penguatkuase. Takkan makan gaji rabun kut? Jadi takde le timbul masalah halal ke tak halal kerana sumber penyediaan makanan tu dah sah dipastikan halal. Kan seronok hidup kite kalo pegi ke manepun dalam Malaysia ni semue kedai makan atau hotel adalah halal tanpa was-was. Ape yang susoh sangat. Syarat utame..pentadbir-pentadbir yang berkuase ni jangan le pulak senang ditumbuk rusuk. Tak gitu Datuk? Kedai Syed kat Bangsar tu..Datuk kompem ke halal?

Anonymous said...

RESTORAN MAMAK 24JAM SELALU SAJA ORANG MELAYU FIKIR SEBAGAI HALAL..SEBAB BILA MAMAK MESTI ISLAM.TAPI JANGAN HERAN KEDAI MAMAK SEBENARNYA PEKRJA DIA HINDU DARI INDIA...YG MASAK DAN TEBAR ROTI CANAI BUKAN ISLAM PUN ADA. SATU LAGI RAHSIA MAMAK BUATKAN ORANG MELAYU "KETAGIH" MINUM SANA SEBAB...CURRY MAMAK DAN TEH TARIK DI CAMPOR DENGAN SERBUK KAS-KAS. SERBUK INI HASIL DARI HAMPAS GANJA YG DICAMPUR DLM MINUMAN /KARI. SEBAB TU LEPAS MINUM KITA RAS BERAIR LIOR SAJA...BANGUN PAGI KELUAR LIOR BASI MELELH...ITU TANDA KAS-KAS LAA.INI TERMASUK LAH KAT SYED BISTRO KA,KHALIFA KA,TAFAZ MAJU KA..MAHUPUN NASIK KANDAR PELITA.SUDAH RAMAI MELAYU JADI PENAGIH KAS-KAS NI...KERAJAAN KENA BERTINDAK!MELAYU KALAU TAK MINUM TEH TARIK MAMAK SEHARI TAK SENANG DOK DIAM SAJA...!