KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia merupakan satu anugerah tertinggi kepada warga asing dan bukan merupakan satu hak yang boleh dituntut oleh mana-mana individu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.
Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius dan sentiasa berhati-hati dalam mempertimbangkan setiap permohonan kewarganegaraan seseorang itu.
"Ini adalah penting bagi memastikan hanya mereka yang betul-betul memahami dan mendalami budaya masyarakat Malaysia serta berkelakuan baik sahaja yang dianugerahkan taraf kewarganegaraan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkaitan kira-kira 25,751 pemegang kad pengenalan merah yang masih belum menerima status warganegara.
Jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang tertunggak yang diterima KDN dari 1997 hingga 2006 bagi semua perkara di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah 32,927 dan semua permohonan selesai diproses dan dikeluarkan keputusannya pada tahun 2009, kata Chee Leong.
Pada masa kini, katanya, kementerian sedang memproses permohonan kewarganegaraan bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 yang berjumlah 29,677. Daripada jumlah itu, sebanyak 16,302 keputusan telah dikeluarkan dan bakinya telah diproses adalah sebanyak 13,375, di mana keputusannya akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 31 Disember tahun ini, katanya. – Bernama.
(Renungan Rimau : Terima kasih di atas penjelasan itu YB. Sebab sekarang ni ramai orang mabuk yang mengeluarkan kenyataan yang dia sendiri pun tidak tahu hujung pangkal. Mabuk kerana banyak melakukan perkara yang mendatangkan syahwat. Elok orang mabuk yang ramai ini kita hantar ke Pulau Jerejak dan suruh dia perah susu dari lembu dan urut kaki.)
Friday, August 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
itu lah pasalnya. sekarang ni musim menuai dan nikmati kemerdekaan dah. jadi pengorbanan sape yang perlu buat ???
maka rakyat hendak makan dan enjoy kemerdekaan. oleh itu tak payh la nak banding zaman menebang dan menanam dengan zaman sekarang iaitu zaman menuai.
sekarang siapa yg buncit perut makn hasil kemerdekaan ??? siapa dulu yang menebang dan menebas serta menanam ??? hehehehe jawab dulu isu ni bro sabri
Post a Comment