Menjadi rahsia terbuka bahawa bangsa Melayu memegang kuasa politik menerusi perkongsiannya dalam Barisan Nasional manakala kaum Cina memiliki kuasa ekonomi. Bagi kaum India, mereka juga terbabit dalam bidang ekonomi dan profesional malah antara individu yang paling kaya di negara ini ialah Ananda Krishnan.
Baru-baru ini, ada pihak di kalangan kaum Cina yang merungut mereka tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan. Siapa yang tidak layan mereka secara adil selama ini? Apakah rungutan ini rentetan pelbagai perkara yang ditimbulkan oleh golongan tertentu seperti titah Sultan Azlan Shah tempoh hari. Hakikatnya walaupun rungutan dan pelbagai permintaan dewasa ini, adanya yang dilihat melampau, umum tahu bahawa yang paling berkuasa dalam ekonomi ialah kaum Cina. Tiada keraguan kenyataan itu walaupun ada rungutan mengenai ketidakadilan.
Pemaju hartanah utama Tan Sri Liew Kee Sin, baru-baru ini dilaporkan oleh media mempersoalkan kewajaran rungutan masyarakat Cina bahawa mereka tidak dilayan adil oleh kerajaan, sambil menekankan kaum itu telah menikmati kedudukan baik di sebalik persekitaran dasar pro-Bumiputera.
Liew, yang syarikatnya SP Setia Bhd merupakan pemaju Putrajaya — projek pembangunan terbesar di Malaysia berkata, terdapat lebih banyak firma dikawal kaum Cina berbanding syarikat-syarikat milik Bumiputera di Bursa Malaysia.
“Secara statistik, majalah Forbes menunjukkan masyarakat Cina-Malaysia telah boleh berjaya sepanjang 30 tahun lalu,” kata beliau Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia ini.
Apakah kenyataan seorang usahawan Cina ini akan disangkal oleh pemimpin Cina yang lain? Sebenarnya inilah yang dilakukan oleh Si Kitol dengan gengnya untuk mengajak kaum Cina mempersoalkan isu-isu sebegini bagi menimbulkan rasa kebencian kepada kerajaan. Si Kitol mahu melukis gambaran bahawa kaum Cina ditindas dalam bidang ekonomi dan marilah menjatuhkan UMNO bagi memastikan parti lain mengambilalih dan menaburkan pelbagai janji.
Ini amat menyedihkan. Tambahan pula ada yang berani memperkatakan Perlembagaan baru yang sudah pasti tindakan yang biadab dan puak-puak ini perlu diseret ke muka pengadilan agar mereka tahu mengenai sejarah negara ini.
Cuma ingin mengingatkan bahawa satu lagi kuasa yang paling penting ialah kuasa media. Walaupun beberapa media arus perdana diketahui umum ada kaitannya dengan UMNO namun media ketika ini dikuasai oleh golongan bukan Bumiputera. Lihatlah betapa banyaknya saluran yang dimiliki oleh Ananda. Lebih 100 saluran Astro yang boleh menayangkan apa saja termasuk bahan-bahan dari luar negara. Akhbar Cina pula yang begitu banyak tersebar luas dan dibaca oleh masyarkat Cina, antaranya yang sering membangkitkan isu sensitif seperti kaum dan agama. Ada juga mengaitkan isu Raja-raja Melayu. Portal berita online juga meneruskan tindakan kurang ajar dengan membangkitkan rasa marah terhadap institusi yang mempunyai roh Melayu. Mereka tidak akan berhenti.
Bagi DIY, negara ini dirahmati kerana orang Melayu tidak pandai berbahasa Cina. Jika mereka boleh membaca Mandarin, sudah tentu mereka akan 'naik angin' atau 'menjadi gila' apabila membaca pelbagai berita dan artikel yang sensitif. Ada yang mula mempersoalkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan.
Biar kurang makan tetapi jangan kurang ajar.

6 comments:
salam ramadan,
dah lama kekurangan ajar itu bersemadi dalam diri mereka,cumanya ketua kampung dari dahulu sehingga sekarang macam kasi "chance"keterlaluan.
DIY, mereka-mereka ini patut menyelak semula buku-buku sejarah dari Tingkat 1 hingga 5... Tu ler, zaman sekolah asyik dok menghafal tapi tak menghayati... Tak guna dapat A dalam matapelajaran sejarah masa ambil PMR (dulu SRP / LCE) atau SPM (dulu MCE) ataupun STPM (dulu HSE) kalau bodoh asal usul atau sejarah... Jangan jadi mcm Puteri Gunung Ledang, akhirnya kena sumpah duduk tak bernyawa di atas puncak Gunung Ledang.. Sebab celupar dan tidak mendaulati undang-undang serta daulat Kesultanan Melaka... Walaupun kisah itu mitos, tapi banyak pengajarannya.. Nak ke, kena sumpah..!!!
ASSALAMAUAAIKUM DATO
MAAFLAH JIKA SAYA KATA RTM TAK FAHAM ERTI HASRAT DAN KEHENDAK YAB PM...BUKANKAH SELALU DIA DATO'NAJIB SEBUTKAN "INOVATIF DAN KREATIF"..MANA ADA SATU PROGRAM RTM HIGHLIGHT KAN INOVATIF DAN KREATIF DALAM PEMBENTUKAN 1MALAYSIA...SAYA RASA RTM PERLU FOKUSKAN PADA HASRAT PM INI. SAYA LIHAT UNIV.LIM KOK WING BIJAK MENYUSUN STRATEGI BILA INVITE PM KE MAJLIS INOVASI MEREKA DENGAN MEMBARISKAN PENYANYI KOIR DARI PELAJAR SELURUH PELBAGAI NEGARA..MENYANYIKAN LAGU 1MALAYSIA..DATO NAJIB TERPAKU ..BEGITU JUGAK PROGRAM LKW BANYAK TUMPUKAN TENTANG INOVASI KREATIF...DATOTIGER BOLEH GUNAKAN UiTM SEBAGAI MENCAPAI INOVASI KREATIF INI...BILA LAGI...JANGAN ASIK DOK IKUT MENTERI SAJA BERDONGDANG SAYANG..LEMAH GEMALAI,MALAYSIA MENUJU KE NEGARA MAJU BUKAN NAK BERDRAMA,MENARI DAN MENANGIS LAGI...JAYAKAN INOVASI KREATIF 1MALAYSIA...BANYAK RAKYAT MALAYSIA YG HEBAT-HEBAT DILUAR SANA BELUM DI CULIK BAKAT DAN KEKUATAN DIRI MEREKA.SELAMAT BERPUASA!TQ KERANA BACA CADANGAN INI.
Assalamualaikum DIY,
Saya berpandangan orang Melayu tidak wajar berasa marah atau bengang jika orang Cina atau India berkelakuan agak terlampau kurang ajar mempersoalkan hak orang Melayu yang sekelumit tu. Sabar tuan-tuan. Biarlah mereka nak kata apa pun tak kiralah berbaur perkauman atau menyentuh hal agama Islam. Itukan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kalau kita melatah marah-marah nanti tuan-tuan akan dikatakan rasis dan boleh dikenakan ISA. Biarkan..biarkan..biarkan..siluncaiterjun dengan labunya.
Salam DIY,
Bukan nak kata apa..selagi parti yg ramai org kita macam UMNO, PAS, PKR mahupun NGO macam PERKASA asyik bergaduh sama sendiri..sampai bilapun org lain takkan respek kat kita. Bukan kita tak tau..macam-macam dah diusahakan untuk mencantas kita hingga ke umbi..sejak zaman Tunku lagi. Siapa taukeh dadah yang menjerumuskan anak-anak kita menjadi zombie terhina? Sapa taukeh rumah pelacuran, rumah urut (termasuk urut batin alaf baru), karaoke, pub, disco, dangdut, 4 nombor ekor yang menjadikan bapa-bapa, suami-suami, anak-anak jantan kita ketagih berhibur, leka dan jadi buta hati mereka? Sapa taukeh cybercafe-cybercafe tempat anak-anak kita ponteng sekolah , belajar berjudi dan tempat merancang menghancurkan masa depan mereka sendiri? SIAPA? SIAPAAA??
CINA?? INDIA??
Bukan..salah tu..MELAYU..yaa..MELAYUUU!! Pasal sejak dari merdeka lagi Melayu tak pernah cuba cairkan penguasaan orang lain dalam ekonomi ke..pelajaran ke..kemahiran ke..yang tentunya orang kitalah yang membantu memperkukuhkan ekonomi mereka dengan memberi lesen sebanyak-banyaknya kepada mereka dan mengimarahkan premis perniagaan mereka..mengayakan mereka..mencerdikkan anak-anak mereka dsbg. Lesen tak boleh diberi kepada orang kita pasal hukumnya haram tetapi kita boleh bantu mereka dengan jadi pekerja atau pelanggan..tang tu tak pulak kata haram..entah la..kata-kata Hang Tuah "tak Melayu hilang di dunia" nampak gayanya tak menjadi. Baru 53 tahun merdeka..dah nampak tanda-tanda macam akan "hilang". Ya Allah..ampunlah kami kerana menzalimi diri kami sendiri.
Kawan saya berbangsa cina ada beritahu pada saya suatu masa dulu - "Kami orang2 cina memang tamak : walau kami dah pegang ekonomi tapi kami tak puashati sebab kami mahu pegang politik juga, sebab dulu kami cuba guna komunis, tapi tak berjaya".
Jadi, saya pun faham apa maksudnya...
Post a Comment