Thursday, August 19, 2010

KIBARKAN JALUR GEMILANG (2)

Sejak tiga minggu lalu, RTM telah melancarkan usaha menggalakkan rakyat negara ini mengibarkan jalur gemilang. Ini dilakukan dalam pelbagai publisiti dan promo di TV1, TV2, Muzik Aktif (180) dan radio di seluruh negara. Malah penyampai RTM turut meminta dan merayu rakyat negara ini mengibarkan JG sebagai tanda hormat kepada bendera keramat itu sempena menyambut Hari Kemerdekaan. Malah kawasan ANGKASAPURI dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Usaha ini disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat dengan tindakan mereka mengibarkan bendera sama ada di rumah atau di premis tertentu. Namun, banyak juga bangunan besar terutama di bandar-bandar besar termasuk Kuala Lumpur yang masih tidak kelihatan bendera keramat itu. Apa sudah jadi? Tidak cukup duit ke hendak membeli bendera? Kalau tidak cukup duit mintalah ke bank-bank di negara ini agar mereka boleh memberi pinjaman. Kalau tidak mahu buat yang besar-besar, yang sederhana pun cukuplah.

Ikutlah contoh pelbagai syarikat yang sudah siang-siang lagi memasang bendera besar di bangunan mereka seperti Pos Malaysia dan MRCB. Apakah peneraju utama syarikat-syarikat seperti ini mempunyai semangat cintakan negara lebih membara daripada pemimpin syarikat yang malas untuk memasang bendera? Atau pun pemimpin syarikat yang malas itu tidak peduli dengan kemerdekaaan negara? Marilah kita kenalpasti pemimpin syarikat yang masih malas dan berdegil untuk mengibarkan bendera di bangunan mereka. Siapa mereka? Bangunan mana?

3 comments:

nazari said...

Assalamualaikum Datuk,

Perkara tak patriotik di bulan kemerdekaan ni bukan baru tahun ni..rase-rasenya udah 3-4 tahun malap semacam je. Dulu bila Menteri Penerangan bagi bendera free..baru la nampak orang pasang bendera kat kereta..tapi itupun sekejap je..Yang teman ingat meriah tak meriahnye bulan kemerdekaan ni adalah masa Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir jadi Menteri Pelancongan sebab masa tu banyak event dan kempen-kempen diadakan sana sini termasuk oleh Kementerian Penerangan. Walaupun pada mulanya Kerajaan keluar duit dulu..lama-lama korporat-korporat pun ikut join sekali. Ini disebabkan Tan Sri Kadir tak jemu-jemu jumpe semua orang..pujuk orang. Ada yang sukarela..ada yang paksarela tapi masa tu memang terasa impak bulan kemerdekaan. Tapi usaha tu abih setakat time dia saja..lepas tu terus senyap dan lebih ketara bila beliau berhenti jadi Menteri Penerangan. Jadi apa yang teman dapat simpulkan..orang Malaysia ni lebih berjiwa "pengikut" je. Ikut musim..kalau ada yang start barulah ikut..sekarang ni musim orang buang bayi..ramai yang ikut buang bayi..bila masa nak naikkan bendera. Haiyaa idup susah..mati pun susah..mati kene pigang bendele!

ibrahim yahaya said...

Sdr Nazari,

Apa yang saudara katakan itu amat betul. Ramai pihak di negara ini hanya mahu menjadi pengikut saja. Ramai yang suka menunjuk-nunjuk saja. Tunjuk sana, tunjuk sini. Tidak ikhlas dan menghormati JG.

Anonymous said...

kalau RTM pun dah merayu tapi ramai masih tak peka, ini tandanya RTM belum cukup kuat untuk menjadi suara rakyat. Rasanya RTM dan pemimpin negara kena ubah strategi dalam usaha menanam semangat patriotik di kalangan anak Malaysia. tapi yang musykilnya ramai kalangan pemimpin sendiri pun tak ada semangat patriotik...apa cerita. Ketam nak mengajar jalan lurus...piirahhh akhirnya baik direbus semua mereka