Thursday, August 12, 2010

WAA...MALAYSIA PUN ADA OO7

SHAH ALAM 11 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa dirinya diintip oleh pihak-pihak tertentu berikutan penemuan sebuah kamera web di dalam pejabatnya semalam.

Menurut Abdul Khalid, kamera web yang disorokkan di sebalik langsir di belakang mejanya itu ditemui oleh beliau sendiri kira-kira pukul 6 petang.

Beliau bagaimanapun belum membuat laporan polis berhubung penemuan itu dengan alasan mahu menyiasat terlebih dahulu bagaimana kamera web itu berada di pejabatnya.

Jelasnya, kamera web itu ditemui setelah beliau mendengar bunyi seperti isyarat bateri lemah di dalam pejabatnya.

''Saya cari bunyi itu dan akhirnya saya temui kamera web itu di sebalik langsir di belakang meja saya.

''Rupanya bunyi yang saya dengar itu adalah bunyi bateri kamera web tersebut yang sudah lemah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid, beliau kemudian meneliti kamera web tersebut dan mendapati beberapa pertemuan di pejabatnya semalam telah dirakamkan.

Dakwanya lagi, beliau yakin yang kamera web itu sudah agak lama diletakkan di dalam pejabat tersebut dengan tujuan untuk mengintip pergerakannya.

Ditanya mengapa laporan polis mengenai perkara itu tidak dibuat segera, Abdul Khalid memberitahu, beliau mahu membuat siasatan dalaman terlebih dahulu sebelum menyerahkan bukti kepada pihak polis.

''Kita akan tengok rakaman kamera litar tertutup untuk mengesan siapa yang meletakkan kamera web itu dan melihat semua rakaman yang ada di dalamnya.

''Lepas itu baru serahkan pada polis. Kita hanya nak menyenangkan kerja polis, tetapi mereka boleh datang bila-bila masa untuk menyiasat," kata beliau. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Kenkawan pernah mengingatkan DIY supaya berhati-hati ketika bercakap di pejabat kerana mungkin ada alat perakam dipasang di bawah meja atau kerusi. Begitu juga ketika bercakap dalam telefon bimbit atau sms. Orang nak tahu apa yang kita cakap dan laporkan kepada pihak tertentu. Waa, ala James Bond pulak. Berani kerana benar. Apa yang hendak ditakutkan kalau kita berkata benar. Melainkanlah kalau kita suka berbohong macam Si Kitol.)

6 comments:

Anonymous said...

org bodoh je letak web camera lepas tu lupa nak ambik utk charging. Selalunya kalau bodoh mcm tu sampai lupa, mesti kalid sendiri kot. Dia letak kat situ sampai habis bateri pas tu lupa lak dia yg letak.

Anonymous said...

Datuk,

Lepas ni dia 'claim' bilik tidur dan bilik mandi dia pulak dipasang perakam. Biasala tu... sandiwara orang politik.

Apasajelahjonlabuyabedabedu

Anonymous said...

Dato

ini episod cerite "spy 00 3/4"
Teringat katun spy dalam majalah MAD.
Dungu lagi menghiburkan.

AYIE SHAHRI SARIPAN said...

Alah apa nak risau... camera Allah lagi besar dan sepatutnya itu yang kita takutkan... nanti di Padang Mahsyar bila playback... dari kita kecik sampai mati akan tertayang semuanya.... hah..!! baterinya tak pernah abis-abis 24 jam dok merakam apa yang kita buat di mana-mana saja.. tak seram ker..???

aimdaim said...

DIY;

Takkan pintu masuk ke pejabat MB tak de CCTV. Dr dpn lif spi ke dpn bilik MB dah tentu ada CCTV.

apa punya kelentong ni...

fikir-fikirlah

jebat said...

salam takzim DIY,

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABU NYA, BIARKAN,BIARKAN !!

SI KG DENGAN CERITANYA,
BIARKAN, BIARKAN !!

Lepas tu lak,

SI KG DENGAN PASIR PASIR NYA,
BIARKAN, BIARKAN !!

SI KG TERJUN LUBUK EW,

BIARKAN,BIARKAN !!