Oleh Siti Jarum (Mingguan Malaysia)
Bulan ini bulan puasa. Bulan ini juga bulan merdeka. Sesuai dengan bulan merdeka Siti sejak lama dulu ternanti-nanti filem dokumentari terbitan RTM dan disiarkan di RTM. Tahun ini pun tak ada juga filem dokumentari tentang kemerdekaan yang boleh dianggap bertaraf dunia.
Siti fikir dokumentari kemerdekaan elok sangat dibuat oleh RTM sendiri. Kalau bagi kepada swasta, susah nak sempurna sebab banyak produser nak cepat kaya dan ketelitian sudah tentu terabai. Kalau ada yang nak buat pun susah juga sebab panel penilai di RTM dianggap produser sebagai “ berselera tinggi.”
Kerana itu Siti menanti RTM sendiri yang menerbitkan filem dokumentari tentang kemerdekaan. Siti mempunyai banyak sebab kenapa RTM paling layak menerbitkan dokumentari itu.Pertamanya, RTM mempunyai arkib berbentuk footage sejak diwujudkan televisyen pada 1963. Footage ini tidak mungkin dipunyai oleh pihak lain kecuali Filem Negara Malaysia (FNM). Keduanya, RTM dan FNM berada dalam kementerian yang sama iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Ketiganya, selepas berusia lebih enam dekad, RTM perlu membuktikan kehebatan kerana pengalaman yang begitu banyak. RTM sepatutnya sudah menerbitkan dokumentari bertaraf dunia untuk siaran dalam atau luar negara. Apa lagi yang RTM tidak ada? Masakan usia lebih enam dekad RTM tidak mampu menghasilkan dokumentari tentang kemerdekaan dengan paparan visual yang eksklusif sejak dulu hingga kini. Atau kalau boleh Siti cadangkan panel yang memilih program bercorak dokumentari duduk dalam barisan penasihat kerana mereka ada kepakaran.
Siti hendak sangat melihat RTM keluar daripada zon selesa dan memanfaatkan kelebihan yang ada. Kalau dibandingkan dengan stesen televisyen lain, RTM banyak menyimpan khazanah. Tapi apalah ertinya khazanah yang banyak itu kalau terperap dalam arkib yang hanya “dihayati” oleh lipas dan semut saja? SITI JARUM: Dah tak berapa setia dengan RTM.
(Ada dokumentari Merdeka bertajuk Jejak Jaya..1 Destinasi yang akan disiarkan pada jam 5.30 petang 31 Ogos ini. Ia mengenai erti kemerdekaan dan kejayaan tiga orang rakyat Malaysia mewakili orang Asli, Kadazan dan masyarakat Sarawak).
Monday, August 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
terima kasih sbb cepat beri respon pada tulisan mami jarum yang mengaku tak berapa setia dengan RTM.
Kadang2 Jarum ni kan saya tak paham....jgn asyik nak tgk salah dan kurang org saja.RTM buat pun salah tak buat pun salah...Harap datuk dan staff terus berkhidmat dengan penuh jaya.
Selamat hari raya dari saya org kampung
Org Kg Merlimau
Yup DIY, Siti Jarum kena tengok ler dulu... Kalau nak tahu apa dokumentari yang RTM siarkan, rajin2 ler hubungi pihak penerbitan... Rasanya dah melambak bahan dokumentari yang RTM siar selama ini.. Kalau Siti Jarum nak tengok pun, silap2 dokumentari tu yang tengok Siti Jarum balik.. sebab terlalu banyak... Siti Jarum ni, tengok ke RTM ???...
Salam Ramadhan Tiger
Tolong siarkan dokumentari The Emergency In Malaya and Al-Maunah dalam program RTM.
Saya telapun menonton kedua-duanya dalam Histroy Channel Astro.
Dokumentari itu sungguh baik untuk dijadikan pengajaran kepada generasi muda terutamanya.
Kedua-dua dokumentari itu boleh membuka mata golongan yang kini memperlekehkan polis dan tentera.
Ia juga dapat mematikan propaganda kaum Cina yang ingin sangat membawa balik Chin Peng ke Malaysia.
Let him rot in Thailand.
I cried watching the shows seeing how selfless are our security forces.
P.S. Publisitikan betul-betul sebelum siaran supaya semua dapat menonton.
Post a Comment