SHAH ALAM 5 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita dengan anasir-anasir yang cuba mencabar institusi agama Islam hari ini.
Baginda bertitah, antaranya ialah ajaran sesat, penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam, penyalahgunaan masjid, penglibatan remaja dengan dadah, vandalisme, mat rempit dan gejala sosial.
Justeru baginda mengingatkan umat Islam terutama orang Melayu agar bersatu untuk mempertahankan agama dan bangsa.
‘‘Beta amat berharap agar usaha-usaha dipertingkatkan bagi mengatasi masalah ini dan beta percaya pendidikan adalah penawar utamanya. Oleh itu agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta perlu menjayakan program agama dan pendidikan moral kepada kakitangannya.
‘‘Pertubuhan politik dan bukan kerajaan (NGO) pula berusaha mencari titik pertemuan ke arah perpaduan dengan menjadikan pendidikan sebagai agenda perubahan,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika merasmikan Sekolah Rendah Agama Integrasi Sesyen 7 di sini hari ini. Baginda turut berkenan mengisytiharkan nama baru sekolah tersebut sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin sempena nama Mufti Selangor yang pertama.
Ia bagi mengenang jasa dan mengiktiraf sumbangan Allahyarham dalam pembangunan Islam di negeri ini.
Dalam pada itu, baginda mengingatkan JAIS dan mereka yang bertanggungjawab dengan pembangunan pendidikan agama di negeri ini agar sentiasa berwaspada dan memastikan para guru dan pendidik agama Islam terdiri daripada mereka yang berpengetahuan, berkelayakan dan mempunyai tauliah.
Titah baginda, ini bagi mengelakkan penyelewengan dan kekeliruan di kalangan pelajar yang akhirnya boleh merosakkan masyarakat Islam di negeri ini.
‘‘Beta menitahkan supaya perkara ini dipandang serius dan tindakan yang tegas perlu diambil kepada mereka yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan,” tegas baginda. - UTUSAN.
(Renungan Rimau : Ampun Tuanku, titah tuanku perlu difikirkan oleh pemimpin Melayu. Mereka perlu memikirkan kepentingan bangsa daripada diri sendiri. Mereka perlu bersatu untuk mengetepikan si Kitol yang memecahkan Melayu. Secara senyap dan tersusun. Jika dulu, penjajah Inggeris yang memecah-belahkan bangsa Melayu. Kini, si Kitol pula yang memecahkan orang Melayu jadi tiga kumpulan - UMNO, PKR dan PAS)
4 comments:
Macam mana nak bersatu,rakyat kelantan pun depa anaktirikan begitu lama sekali....wajah umno tak kelihatan comel di kelantan.Selagi pemimpin jauh dari akidah,mustahil Allah nak pekenankan penyatuan.
Melayu hanya boleh bersatu dalam beragama.Bukan dengan duit dan projek.
http://maharajablogger.blogspot.com/2010/08/menteri-kdn-masih-asyik-hisap-puting.html
BACA BLOG DI ATAS
KALU BETUL CAM NI MAKA KEMPEN SETIA TOK MAT RAHMAT WAJIB JADI ROH DAN JIWA GTP N 1MALAYSIA DS NAJIB !
August 7, 2010 7:41 AM
DIY,
Salam Takzin,
UNITED MALAY NATIONAL ORGn.
Itulah asas utmanya. Tapi asas itu telah dilupakan malah di pinggirkan.
Jangankan orang muda2 sekarang. Cucu kepada yang mengsaskan perjuangan ini sendiri seolah-olah telah lupa asas perjuangan DATO' nya.
Marilah kita balek kepangkal jalan menghayati perjuanga asal kita.
Pilah pemimpain yang betul !!
Yang berani dan tegas !!
Bukan pemimpin yang pandai beri AMARAN !!
Bukan pemimpin yang mangatakan sesuatu tapi bila di keritik mengatakan "OH BELUM MUKTAMAD"
Selamat berjuang !!
Sekali lagi Salam takzim.
mcm mana nk bersatu, selagi ada sifat 'PHD' payahle....
Post a Comment