Thursday, December 25, 2008

APA PUNYA HOTEL DAA...

Petang ini, saya check in satu hotel di bandaraya. Lima bintang katakan, sesuai untuk raja-raja kot. Kawan yang belanja kerana menghadiri majlis perkahwinan anaknya.

Tetapi, yang sakit hati ialah mereka "memisahkan" saya dan isteri kerana memberikan saya bilik yang mempunyai dua katil single. Two single bed for husband and wife? Apa punya hotel daa...

Saya memohon agar diberikan bilik yang ada satu katil besar tetapi mereka memberi alasan semua bilik seperti itu sudah habis ditempah. Wah..bagus ke hotel ni?

Yang peliknya, kawan saya tempah pagi tadi untuk saya dan isteri.

Apabila ditanya mengapa saya tidak diperuntukkan untuk bilik yang mempunyai satu katil besar, mereka mempunyai jawapan tersendiri.

Menurut receptionist hotel itu, ketika membuat tempahan pagi tadi kawan saya tidak menyatakan mahu bilik yang mempunyai satu katil. Halo...suami isteri mestilah mahu satu katil besar, bukan dua katil single. Apa ni?

Tolonglah nasihat mereka ni.

Bagi mereka yang bekerja di hotel, apa pendapat anda?

11 comments:

MAWAR BERDURI said...

salam mr. tiger?

walupun mawar tak pena keja kat hotel tapi mawar slalu p hotel heheh

ahhh..kecian pun ada sedih pun ada membaca luahan hati tiger hari ni.

tu baru 5 bintang punya tebiat blum g yang tak da bintang mr. tiger.

kemantapan pengurusan dan layanan perlu terus dipertingkatkan agar tiger2 tak kan melakukan serangan.

kalu mawar n kawan2 kan mr.tiger mawar satukan ja katil 2 suru ja pekerja dia angkat padan muka.

tapi tak best lah pulak kan ada ruang kat tengah. hehehe

pa pu semoga mr. tiger dapat menikmati hari2 dgn baik di sana.

sekian.

Anonymous said...

Blogger ni pun ada 'spesis' penduduk Bkt Antarabangsa juga? Tak tahu nak bersyukur. Sedangkan bilik tu dapat free. Lepas tu complain sana complain sini ! Apa daa.....

ibrahim yahaya said...

Sdr Mawar Berduri,

Salam kembali.

Pengurusan hotel sepatutnya memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan. Bukan main hantam saja. Itukan tidak baik baa.

Rapatkan katil memang boleh. Tetapi seperti Mawar sebutkan ada ruang di tengah. Tidak selesa baa....dugaaan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Isunya bukan free beb.

Isunya ialah jika hendak mengendalikan hotel lima bintang, biarlah diuruskan secara betul-betul bukan ambil mudah je.

Saya selalu bersyukur.

terubuk jantan said...

Salam Tok,
Apa Khabar lama tak berkunjung ke blog dato, tok sorry lama tak mengomen dalam blog dato kerana berada di luar kawasan, Tok ssewaktu outstation dalam tahun ni jugak saya berkesempatan tidur di hotel secara kebetulan hotel fully booked kerana cuti sekolah dan cuti2yang lain tetapi kerana saya buat tempahan itu telah lama so saya dapat bilik. Apa yang menyedihkan ialah kerosakan pada kunci bilik air tidak dibaiki oleh pihak hotel, nak mintak tilam ambil masa 12 jam baru dapat(saya tempah tilam sekali waktu booking).Yg saya perhatikann ialah staff perlu ada latihan bagi mengahdapi situasi "packed" terutama musim2 cuti mcm skg ni.Apa2pun dato sy mmg geram jugak klu kena kes mcm dato,tapi apa nak buek lain org punya salah kita kena tanggung.saya simpati dato.Tok kirim salam pada cyntha.

Anonymous said...

takpalah, sekali sekala terkamlah dari satu katil ke katil lain. itu barulah TIGER

Mazlan, said...

katil sahaja berjauhan. tapi hati masih tetap satu.

Udenikov said...

Salam Datuk,

Nampaknya hai hai hai dari kejauhan sajalah dengan isterinya.

Saya juga pernah mengalami perkara yang sama. Bersama 3 anak yang masih kecil dan lasak. Penyudahnya, kami sepakat bubuh tilam atas lantai ja. Tak de la insiden 'suamiku terselit di celah katil'...

Selamat berada di Terengganu... Didoakan kejayaan. Amin. Udenikov tidak terpilih ke sana.

udenikov

Udenikoc juga

Anonymous said...

Cuba bagi tau nama hotel tu....kan ke senang......lain kali pakat seme org tak payah pegi hotel tu

BelalangDewa said...

Salam Tok:
Agaknya katil yang boleh tidur dua orang depa khaskan untuk yang bawak girlfriend kot...

Anonymous said...

Di sini ingin sayo umumkan bahawo kami semuo pekojo pekojo hotel dah diarahkan bahawo bilik-bilik yang ado katil dabel tu semua dah di-rizabkan untuk pengunjung pengunjung yang berpotensi untuk meniru aksi Chua Soi Lek dan kami semuo dah siap pasang lagi lak tu kamera-kamera kek tompek tertontu. Bagi penyewo penyewo yang bawak pasangan masing-masing yang halal mako kami bagi bilik duo katil sajo.

Apo macam semuo. Menggelotar tak kepalo lutut?

Ese