Oleh Awang Selamat
Tindakan Presiden PPP, M. Kayveas menggugut untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri , sudah keterlaluan.
Ia bukan kali pertama Kayveas berbuat demikian. Beliau pernah mengancam meninggalkan BN jika PPP tidak diberi kuota menteri dan kerusi Parlimen tertentu.
Beliau juga diketahui kerap membidas dasar kerajaan antaranya berkaitan isu Hindraf dan perkhidmatan awam. Sebab itu, Awang lega dengan reaksi Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi bahawa PPP bebas keluar BN.
Awang menghitung hari untuk melihat PPP keluar dan anehnya sampai hari ini, parti itu masih mahu kekal. Ternyata Kayveas tidak berlaku adil kepada BN. Setelah apa yang dilakukan, beliau masih mahu menjadi anggota komponen. Tindak- tanduknya tidak boleh dibiarkan lagi kerana ia akan terus menjadi duri dalam daging.
Selama ini pun, ramai melihat prestasi PPP di bawah Kayveas tidak menyerlah malah kini menjadi liabiliti kepada BN.
Menurut Penasihat PPP, S.I Rajah, Kayveas sepatutnya meletakkan jawatan kerana prestasi hambar sepanjang 15 tahun mengetuai PPP. Kayveas juga tewas teruk di kerusi Parlimen Taiping dan sepatutnya mengambil tanggungjawab dengan berundur.
Sentimen orang ramai juga negatif terhadap Kayveas. Berdasarkan bancian Utusan Online, hampir 70 peratus responden berpendapat Kayveas tidak wajar kekal dalam BN. Pada Awang, sudah sampai masanya BN perlu lebih tegas. Singkirkan saja PPP. Atau jika BN tidak cukup keberanian kerana mahu mengambil kira pelbagai faktor termasuk persiapan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, jangan beri kerusi pilihan raya umum akan datang kepada parti kecil itu yang tidak tahu diuntung.
(Renungan Rimau : Takyahlah hendak mengugut lagi. Keluar saja lebih baik. Sepatutnya sebagai pemimpin parti yang menjadi komponen BN, Kayveas patut tahu tujuan ISA dibuat. Kalau tak faham lagi, baik keluar saja BN. Taklah menyusahkan orang lain)
Sunday, December 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam.
sebenarnya PPP nak keluar dari BN atau kayveas yang nak keluar?.prestasi BN tidak memberansangkan.sehinggakan ada yang menolak Kayveas untuk dijadikan sbb ahli parlimen dikawasan mereka pada pru yang lepas.eloklah jika Keyveas meletakkan jawatan sahaja dari terus memperjudiklan nasib PPP.
assalamualaikum.
the thing about Kayveas is that as if he try to drag along PPP with his downfall.we all know that many had rejected him.he's not well-received by the public.he should have stopped making any threats by now if he don't want PPP to be viewed as "ungrateful".
PPP is not as strong as MIC.perhaps this is just a trick for Kayveas to be listened to by BN.nice try though.but BN surely not gonna heed to their threat.
Salam tok tiger....
Yang ini... suruh kayveas jah yang keluar dari PPP...bukan mak bapak dia punya parti tu...!!
Kita tidak perlukan mereka-mereka yang kepala besar,tapi kosong ini dalam BN...suruh jah dia keluar dan join dengan Yong Teck Lee...baru sehati sejiwa namanya..
Tindakan perlu diambil pada kayveas kalau dia tak hendak keluar PPP... bukan dia seorang saja yang dalam parti tu... ada ramai lagi kayveas, samy vellu,Tsu koon dalam parti-parti yang mereka anggotai itu... kita bukannya kekurangan pemimpin bahhh... satu pergi, beribu-ribu lemon lagi ada..
Tindakan beliau yang seringkali mempertikaikan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah tidak wajar dan beliau terlupa akan dirinya sebagai pemimpin parti komponen BN, takkan sendiri lawan dasar sendiri. Kita tidak mahu pemimpin yang tidak mempertahankan imej parti dan BN..
Salam Datuk,
Saya setuju dengan Datuk... Memang betul, sepatutnya Kayveas keluar dari BN dan bawa sekali PPP dia tu. Bukannya berkembang pun PPP tu. Kayveas memang dilihat sebagai penimbul masalah dalam BN. Tak perlu lagi orang seperti ini dalam BN.
Beliau sepatutnya kaji sedalam-dalamnya tujuan akta ISA diwujudkan. Jangan hanya pandai minta bukan-bukan. Jangan sesuka hati je nak minta kerajaan pinda ISA. Kalau nak bangkang dasar kerajaan, elok sertai pembangkang yang takde kerja lain hanya nak membangkang setiap masa....
Post a Comment