Sunday, December 28, 2008

GUNAKAN ISTILAH YANG TEPAT

Bagi petugas televisyen terutama pengacara atau wartawan lokasi, membuat lintas langsung adalah satu tugas yang mencabar. Perlu mempunyai pelbagai maklumat dan menguasai suasana. Tidak boleh gabra dan kelam kabut. Tenang dan menyakinkan.

Adakala tidak perlu bercakap banyak tetapi short and sharp. Lagi banyak bercakap, lagi banyak buat kesalahan. Waktu tertentu pula memerlukan wartawan lokasi memberi maklumat tambahan yang tepat dan menarik. Maklumat kurang, orang tidak faham.

Dari segi teknikal, membuat siaran siaran langsung boleh dilakukan beberapa cara termasuk menggunakan alat B-GAN iaitu menerusi satelit atau SNG yang dihantar menerusi menara telekomukasi tertentu ke stesen penyiaran.

Umpamanya, siaran langsung RTM menampilkan wartawan lokasi, Rosli Nordin, petang semalam menggunakan B-GAN di mana penonton menyaksikan gambar adakalanya terputus-putus atau berwarna-warni. Ini kerana B-GAN menggunakan satelit yang bergantung pula kedudukan mukabumi dan cuaca. CNN juga mengalami keadaan yang sama.

Satu lagi ialah penggunaan istilah mestilah tepat terutama membabitkan Raja-Raja Melayu seperti perkataan baginda menggantikan beliau, mangkat menggantikan meninggal dunia dan perkataan tepat yang lain seperti pemakaman, berangkat, mencemar duli dan kerabat.

3 comments:

. said...

Dato,

Saya setuju.

Ada perbezaan antara gering dan sakit, mangkat dan mati, mengadap dan berjumpa, bertitah dan bercakap, dan menjunjung kasih dan berterima kasih.

Bukalah kamus dan banyaklah membaca. Insya-Allah ada jawapannya.

terubuk jantan said...

tok,
saya berpandangan Rtm perlu meletakkan satu indicator dalam pemilihan pengacara.Tok, pengacara RTM yang saya minati sejak di Universiti sampailah la ni ada banyak antaranya, Hj Hasbullah Awang,En Farith Ismeth,En Harjit S Hullon dan pastinya kalau piala Dunia Dato Rahim Razali.Rtm punyai bakat cuma perlu di pergunakan...saya teringat sewaktu RTM menggunakan slogan Teman Setia Anda.

bungaraya said...

Saya sangat menyokong akan saranan Tok Tiger. Malah bukan saja penggunaan istilah mesti mau tepat, pentafsiran kepada istilah dan statement juga hendaklah tidak lari dari makna yang dimaksudkan. Erinya mesti jua mau tepat. Saya bagi satu contoh dimana ramai yang mentafsirnya mengikut rasa hati masing-masing. begini:-

Kata perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153....
..."Hakistimewa kaum melayu/bumipera dipertahankan di hak-hak kaum lain dijamin terlindong"...
Perkara ini kadang dimengertikan oleh setengah pemimpin seperti sama dan tidak berbeda antara kaum melayu dan kaum bukan melayu. SEDANGKAN SEBENARNYA SANGAT BERBEDA. Maksud istilah HAK ISTIMEWA dengan HAK TERLINDONG SAMA tidak sama sekali menggambarkan madsud yang SAMA. Ia jauh berbeda. Begini...maksud Hak Istimewa kita kenakan berbelanja untuk menjadikannya istimewa. Tapi hak terlindong kita hanya membuat usaha agar ia tidak lenyap. Cukup terlindong sahaja. Kita tak perlu menyediakan sebarang peruntukkan untuk melindonginya.