Bagaimana anda mahu bangun pagi jika tiada jam loceng atau orang bantu mengejutnya?
Di rumah, suami biasanya dikejut oleh isteri tercinta. Jika dihotel, anda mungkin boleh meminta receptionist membuat morning call. Sebut saja jam berapa. Pasti beres.
Zak, rakan sekolah mempunyai tugas penting mengejutkan anaknya. Tiga anak kesayangan.
Anak Zak belajar di tiga benua. Jadi Zak yang tinggal di Malaysia menjadi "alat penggera" atau "jam loceng" untuk mengejutkan anaknya yang belajar di sana termasuk di London.
Umpamanya, ada tempat anaknya belajar ialah waktu pagi sedangkan di Malaysia waktu petang, maka Zak akan diminta membuat morning call untuk anaknya.
Sebagai ibu, beliau terpaksa berbuat demikian kerana memikirkan permintaan anak itu penting kerana ada kemungkinan mereka menghadapi peperiksaan atau kuliah penting.
Selamat mengejutkan anak.
Saturday, December 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tok Tiger,
Pengalamanku membangunkan anak sebelum subuh untuk mengulang kaji kerja sekolah. lima bulan lagi exam PMR, aku mengalahkan ibu dan anak-anaknya. Pukul 3.oo pagi aku sudah bangun dan menyediakan kopi pahit untuk ku dan anak ku yang lelaki. Hanya dia lah lelaki seorang anak ku. Yang lain semua perempuan. Setiap pagi menjelang 3.00 am aku bangun dan menyediakan kopi untuknya dan aku. Sehingga peperiksaan tiba. Aku tidak rasa itu bebanan kerana dia adalah seorangnya anak lelaki ku. Hasilnya kini ia telah bergelar Graduan.
sepatutnya.. anak yang membantu mak :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
salam dato,
ini kes anak manja dan mengada-ngada...tulis berita lain dato.
lo anak mestinya bantuin mak bukan sebaliknya bahaya...itu...hehe...
Post a Comment