Posting Kedua - 7.50 malam
Kebetulan?
Khutbah Jumaat tengahari tadi ialah mengenai kepentingan mengawal perasaan marah.
Posting Asal - 9.58 pagi
Pagi ini, saya bertukar menjadi harimau.
Marah kerana kereta saya dihalang oleh lori penjual ayam di Bangsar.
Kejadian kereta dihalang ini bukan perkara baru. Sebagai penghuni kota, saya sudah biasa dengan keadaan berkenaan. Ini kerana masalah kekurangan tempat meletak kereta di Kuala Lumpur ditambah pula dengan bilangan kereta yang meningkat.
Double parking ini boleh dibuat tetapi dengan syarat ia tidak menyusahkan orang lain. Ada yang parking menghalang kereta orang lain tetapi lupa dengan keadaan itu sehingga menyebabkan orang terpaksa menunggu atau "sakit jiwa".
Jika kita menghalang kenderaan orang lain, adalah lebih baik jika diletakkan nombor telefon untuk dihubungi atau bertindak pantas apabila mendengar bunyi hon pertama.
Pagi ini, saya terpaksa membunyi hon hampir lima kali. Itupun tidak diendahkan tetapi jeritan saya yang kuat mungkin menyedarkan pemandu lori ayam itu. Beliau segera memindahkan kenderaannya.
Sesekali perlu menjadi harimau. Suara saja, tidak menggigit.
Friday, December 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Betul cakap Datuk.
Apa kata bangsa Melayu dan masyarakat Islam bersuara lantang.
Rasanya sentor anu orang kapiaq ?
Sesekali kena ajar juga bangsa yang tidak pandai menghormati bangsa pribumi.
-ADAM AMIN-
Jerlun, Kedah.
Salam Datuk.
Betul tu Datuk. Saya yang duduk di kawasan perumahan flet pun menghadapi masalah yang sama. Ruang parking yang kurang tapi jumlah kenderaan yang meningkat menyebabkan masalah ini berterusan dan kadang kala makin buruk. Untuk double parking tiada masalah asalkan jangan ditarik hand brake sudahlah.
Sesekali kita marah ok lagi datuk, Jgn berkali-kali. Nanti sakit jantung pulak.
Kita pun manusia biasa.
Salam Tok Tiger...
:) kenapa tak cakar je? Ataupun makan ayam2 tu sementara pemandu muncul? jgn mare ye?
Setakat ni , dalam dunia la ni , kita kena jadi bukan saja harimau , tapi kena menjelma jadi berbagai2.
Sebagai blogger we represent everybody.
Dato;
Kalau jadi harimau, kena juga menggigit. Kalau tidak, tak der ummphh! :)
Anyway, saya telah membuat analisis mengenai impak pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu ini ke atas PAS dan UMNO. Dijemput saudara membacanya di http://nobisha.blogspot.com Tajuk: UMNO, PAS HANCUR KALAU KALAH DI P36 KUALA TERENGGANU
ya, betul tu dato tiger..
hehe...
garang juga dato nie erk... :)
biasala tu dato, kalo dekat rumah2 flet ataupun pangsapuri kejadian sebegini hari2 berlaku..kalo tak tarik handbrake alamatnya cermin kereta pecah la...org2 kat sana dah tak bleh nak buat apa2,dah lali sangat2...itu belum lagi kereta calar sana sini, yang kemek lagi teruk..kalau lah saya dah lama saya pindah rumah, cari rumah yg senang parking ckit...tapi kalau yang dah biasa, tak kisah pun hal kecik cam ni...
tapi kalo kes dato ni tak kan la nak tolak lori tu plak ek..berat tue..
Assalamualaikum Datuk,
Ada waktunya kesabaran itu diuji dari pelbagai sudut. Kuatkan kesabaran dan redakan kemarahan. Mudah-mudahan ada keberkatan di sebalik kejadian.
Senyum-senyum selalu....
sesekali perlu mengaum untuk establishment
p/s : selalu jugak double parking tapi handbrake tak tarik. jangan kena tolak masuk longkang sudah la.
Have a nice weekend!!!
Golongan peniaga ini sentiasa bertindak seperti GANGSTER, macam jalan atau tempat parking itu dimilikinya mereka.. Apabila dipanggil untuk alih, dia suruh tunggu lagi...mana tidak naik darah kalaulah anda mahu bergegas ke suatu tempat untuk urusan penting..
Post a Comment