Posting Ketujuh - 6.20 petang
Majlis Pemakaman Al-Marhum Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman, selesai.
Diikuti penyiraman air mawar dan bunga-bungaan.
Posting Keenam - 6 petang
Kini majlis doa diadakan oleh Yang Berhormat Dato' Mufti Negeri Sembilan.
Posting Kelima - 5.20 petang
Upacara pemakaman dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Jenazah Al-Marhum kini diturunkan ke liang persemadian.
Doa akan dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Posting Keempat - 5.15 petang
Sultan Melayu yang hadir ialah DYMM Sultan Kedah yang juga Timbalan Yang DiPertuan Agong dan Sultan Brunei.
Antara pemimpin negara yang hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri-Menteri Kabinet.
Posting Ketiga - 5.05 petang
Wartawan lokasi dan pengacara RTM bermula jam 4.55 petang ialah Syed Munawar Syed Mustar.
Perarakan membawa jenazah Al-Marhum Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman masih diteruskan ke perkarangan Masjid Diraja Tuanku Munawir terletaknya Makam Diraja Seri Menanti iaitu kira-kira 500 meter daripada Istana Seri Menanti.
Yam Tuan mangkat, Yam Tuan Menanam. Itulah amalan Adat Perpatih yang dijalankan iaitu pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11 yang kemudiannya mengiringi pemakaman Al-Marhum Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman.
Pemasyhuran itu dilaksanakan oleh Undang Sungai Ujong.
Posting Kedua - 4.50 petang
Ketika ini, siaran langsung oleh RTM pemakaman Al-Marhum Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman. Wartawan lokasi ialah Gadaffi yang menemuramah pakar rujuk adat perpatih, Datuk Seri Diraja Khalid Bonget.
Al-Marhum Tuanku Jaafar adalah seorang raja yang berjiwa rakyat. Dimaklumkan bahawa baginda suka menemui rakyat jelata dengan menyamar seperti orang biasa.
Baginda juga gemar membeli petai daripada orang Asli dan antara masakan yang digemari ialah gulai pedas ayam.
Baginda juga seorang pelukis dan pencinta setem. Beliau menaiki takhta selama 41 tahun.
Al-Marhum seorang raja yang suka membantu rakyat jelata.
Posting Awal- 3.52 petang
Tunku Mukhriz Tunku Munawir dimasyhurkan sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ke-11, sebentar tadi.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
Majlis pemasyhuran disiarkan secara langsung oleh RTM.
Selepas pengumuman itu, Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar menghulur tangan menyembah salam tahniah kepada Tunku Mukhriz yang duduk di sebelahnya.
Selepas itu diadakan majis menghadap sembah oleh undang luak.
Tunku Mukhriz duduk di singgahsana yang mempunyai tangga tujuh tingkat.
Monday, December 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU.
Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
Semoga negeri akan bertambah aman dan sentosa dibawah garhayu Tuanku jua.
Salam Dato
Tahniah to Tunku Mukhriz.
Namun,saya jenuh menonton RTM kerana dokumentari,belajar tentang telur ayam,belajar tentang paku pakis, belajar tentang betik mengisi waktu airtime. Tidak mampukah RTM mengulangsiar kisah almarhum sewaktu menjadi YDP Agong. RTM ada 5 tahun masa almarhum menjadi agung dan boleh di sunting menjadi klip video mengisi waktu belasangkawa sebelum pemakaman.
RTM RTM, alahai RTM....kesalnya
syahbandar68@yahoo.com.my
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku Mukhriz Tunku Munawir.. moga diperkanan dan dipanjangkan umur...
Daulat Tuanku,
Alhamdulillah hak telah dipulangkan kembali kepada yang empunya selayaknya. Semoga pentadbiran negeri bertambah makmur dibawah naungan Tuanku
Anak negeri
aleez_29
saya amat berharap tiada lagi dokumentari tanpa asal usul mengisi ruang airtime ketika ini, alahai rtm.
syahbandar68@yahoo.com.my
Daulat Tuanku...the new Yamtuan who has patiently waited for his turn. God is great!
"Al-Marhum Tuanku Jaafar adalah seorang raja yang berjiwa rakyat. Dimaklumkan bahawa baginda suka menemui rakyat jelata dengan menyamar seperti orang biasa.
Baginda juga gemar membeli petai daripada orang Asli dan antara masakan yang digemari ialah gulai pedas ayam."
amat2 bersetuju..pnah terserempak ketika hayatnya...almarhum memandu sendiri roll royce almarhum ketika pulang dari starfield resort..
Daulat Tuanku...
Segalanya ketentuan Allah. Kalau sudah ditentukan itu adalah haknya, maka akan tetaplah menjadi haknya.Tuanku Mukhriz kini Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Dengar cerita orang tua-tua di Kuala Pilah, Almarhum ayahandanya dulu Tuanku Munawir terlalu baik orangnya. Baginda juga sering bersendirian seperti rakyat biasa,ke Pekan Ahad di Tanjong Ipoh untuk membeli sayur-sayur kampung kegemarannya.
Salam Datuk,
Saya pernah menerbitkan dokumentari 'Dirgahayu Tuanku Jaafar' durasi 1 jam suatu ketika dahulu tapi tidak dibenar untuk siaran oleh 'high authority'.Hos program juga telah meninggal, allahyarham Hani Mohsin.
Bila dimaklumkan tentang pembatalan siaran pada saat terakhir, titah baginda, "tak mengapalah, nak buat macam mana".
Baginda juga hebat melukis 'crayon painting'. Nama saya masih diingat almarhum walau dah lama masa berlalu. Baginda bertanyakan kru berita yang membuat liputan samada saya datang ke tidak.
Semuanya kenangan yang masih terpahat. Alfatihah dan tahniah kepada Yamtuan Besar yang baharu ditabalkan, Tuanku Mukhriz.
Maaf Datuk,
Saya silap mengeja nama YamTuan Besar Negeri Sembilan; sepatutnya,
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.TQ
Salam mesra Datok.Ayoh doakan yg terbaik pada yang pergi.Mohon restu ALlah jua pada yg baru mampu menjalani amanah penuh syukur. Kiff.
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
Semoga Allah melindungi Tuanku Muhriz dan rakyat jelata dan semoga pentadbiran negeri bertambah makmur dibawah naungan Tuanku
Untuk pengetahuan semua aruah Datuk saya iaitu Y.M Tengku Syed Abdullah adalah salah seorang kerabat dan juga pembantu peribadi khas kepada Al-Marhum Tuanku Munawir sehinggalah beliau mangkat.
Marilah kita berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa semoga roh Al-Marhum Tuanku Jaafar diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin
Syed Mukhriz bin Y.M Tengku Syed Alwi
Daulat Tuanku
Semoga dilimpah rahmat dan keberkatan Allah s.w.t
Post a Comment