Sunday, December 28, 2008

SATU MULUT, DUA TELINGA

Selamat Menyambut Maal Hijrah.

Sesungguhnya Allah SWT memberikan manusia satu mulut, dua telinga.

Oleh itu, pada tahun baru ini eloklah kita banyak mendengar dan kurangkan bercakap. Ikutlah peratusan mulut dan telinga.

Ahli politik bagaimana?

Eloklah banyak mendengar rintihan masyarakat daripada berucap berapi-api atau gemar membuat dakwaan dan tuduhan.

Jika bangsa Melayu pernah mendengar cerita kisah 10 GRO Melayu yang kelahapkan wang sehingga sanggup berbogel, melakukan blow-job dan bersetubuh di khalayak ramai kerana ditawarkan wang RM50, RM100 dan RM250 oleh seorang kontraktor bukan Melayu pada satu malam, maka sudah sampai masanya ahli politik Melayu banyak bekerja, membantu bangsa dan bukan bertelagah atau memburukkan satu sama lain.

3 comments:

Unknown said...

Tepat tu tuan..
Kalau banyak kena buang kerja bukan setakat 10 GRO mungkin senang-senang 20 GRO.
Yang problem ahli politik masuk kelab ini bukan untuk tarbiah GRO ini tapi depa pun sama.

bungaraya said...

Mungkin apa yang Tok Tiger luahkan dalam penulisan ini betul dan benar belaka. Tapi jom kita lihat makna 'bertelagah' itu. Kadang saya pun menggunkan istilah tersebut untuk menggambarkan suasana yang terjadi mutakhir ini dikalangan kita kaum melayu sendiri.
Tapi bukankah 'bertelagah' dalam konteks yang lain juga membawa banyak kebaikan didalamnya.Penyokong UMNO maupun PAS tengah berusaha untuk mempertahankan kebaikan parti masing-masing. Agar berterusan diterima rakyat jelata. Cuma yang silap mereka yang melontarkan kata-kata nista dan berbentuk tidak ada tata susila. Mana dia budaya melayu yang meluahkan kata berkias jika menegur sesama kita.

Anonymous said...

Nasihat orang memang mudah! Diri kita apa macam?