Friday, December 19, 2008

LONGKANG BERSIH, TIADA NYAMUK

Persidangan Dewan Rakyat penggal ini tamat semalam. Ini memberi ruang kepada semua ahli Parlimen mengimbas kembali “perjuangan” mereka di Dewan Rakyat.

Perjuangan murni dan bukan merapu untuk mencari publisiti murahan. Bukan mengeluarkan kenyataan yang bertujuan untuk merendahkan ahli Parlimen lain tetapi memberi cadangan membina bagi membangunkan negara tercinta ini.

Dua rang undang-undang yang diluluskan dalam persidangan kali ini iaitu Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM) dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman 2008 (SPK) banyak mendapat perhatian.

Kedua-dua rang undang-undang itu mencuri perhatian ahli Parlimen dengan perbahasan panjang lebar oleh kedua-dua pihak, penyokong kerajaan dan pembangkang. Menteri yang bertanggungjawab, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz dihujani pelbagai kemusykilan khususnya pembangkang.

Kebijaksanaan DS Mohamad Nazri menjawab segala soalan berhubung kedua-dua rang undang-undang itu perlu diberi pujian. Beliau pandai mematahkan hujah termasuk Ketua Pembangkang dengan penjelasan yang menyakinkan. Ketika ada segelintir ahli dewan masih mendakwa tiada perbezaan ketara dengan kaedah dahulu, DS Nazri menyangkal dakwaan itu dengan membuat perbandingan dengan baik.

Akhirnya kedua-duanya diluluskan pada peringkat dasar dan jawatankuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang turut berada di Dewan Rakyat mengikuti penggulunggan rang undang-undang berkenaan sehingga diluluskan, berasa gembira dan berpuas hati.

Kegembiraan Perdana Menteri itu boleh difahami kerana dalam pertemuan dengan pengarang media di Parlimen yang turut dihadiri penulis, Paklah menjelaskan matlamat sebenarnya kedua-dua rang undang-undang itu dibentangkan.

Menurutnya, pembentangan itu adalah lanjutan daripada pendekatan yang diambilnya sebelum ini iaitu menyusun semula institusi penguatkuasa dan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Selepas penyusunan semula institusi ini kini tibalah masa untuk mewujudkan undang-undang untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan. Dalam ertikata lain rang undang-undang ini akan memberi jaminan kepada rakyat untuk mendapat perlindungan adil dan saksama. Untuk anak cucu kita.

Bagi Paklah, rang undang-undang itu bukanlah dibentangkan secara tergesa-gesa kerana dakwaan sesetengah pihak untuk meninggalkan satu legasi tetapi ia adalah kesinambungan apa yang ingin dilakukan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada 2004 dan diteruskan pada 2008.

Di akhir pertemuan itu, Paklah menggunakan analogi sebuah rumah yang dipenuhi nyamuk. Menurutnya, kejayaan menghapuskan semua nyamuk di dalam rumah dengan menggunakan bahan semburan terbaik tidak memadai, jika longkang di belakang rumah masih kotor dan nyamuk boleh terus membiak.

Oleh itu, selain menggunakan semburan terbaik untuk menghapuskan nyamuk, tindakan pantas untuk membersihkan longkang kotor dan berair perlu dilaksanakan bagi menghapuskan nyamuk yang boleh membawa kepada kehancuran.

9 comments:

SUPERMAN said...

Salam...
Tahniah lah kepada Perdana Menteri kita akhirnya dapat juga diluluskan 2 Rang undang2 yang baru di Parlimen. Tahniah juga kpd DS Mohamad Nazri...

MAWAR BERDURI said...

salam mr.tiger?

Betul juga 2 apa yang di katakan ole PM 2...

bersihkan dlu longkang, parit dan yang sekembar dengan nya baru umah betul2 bersih tuan.

semoga 2 rang undang2 ni dapat menambah kecekapan pentadbiran negara dan mnteluskan lagi pelantikan kehakiman di jalan yang tidak mudah dicurigai terutama ole pihak2 yang suka membuat rakaman palsu. he

pancaroba said...

salam.

nampaknya Abdullah benar-benar gembira setelah Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM) dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman 2008 (SPK) diluluskan.alhamdullilah.

moga-moga dengan rang undang-undang ini maka sistem keadilan kita akan lebih dihormati.

youth attack said...

Salam Datuk.

apa yang dilakukan oleh Abdullah sebenarnya bukan satu tindakan yang popular.pasti ramai dari kalangan ahli UMNO dan orang kerajaan sendiri ada yang tak suka dengan rang undang-undang yang diperbaharui.tapi ada masanya perlu ketepikan apa kata orang dan buat apa yang perlu.

pembangkang macam biasalah akan tetap membangkang mana-mana topik yang dirasakan boleh "dibelasah".tapi akhirnya kedua-dua rang undang tetap diluluskan.tahniah Datuk Seri Abdullah!

panglimapitas said...

SALAM...
PAK LAH BOLEH...
PAK LAH MANTAP...
PAK LAH TOP...
PAK LAH JUJUR...
PAK LAH AMANAH...
PAK LAH IKHLAS...

Salam Perjuangan said...

Salam Perjuangan

Walau apapun kita harus berterima kasih kepada Pak Lah atas usaha-usaha "BAIK" yg sedikit sebanyak berjaya melakukan anjakan paradigma kepada jentera kerajaan yg secara tidak langsung membawa kebaikan kepada rakyat keseluruhannya dan engara.

Walaupun begitu sisa dan tompok hitam "TIDAK BAIK" yg bakal ditinggalkan legasi pak lah bakal menjadi sejarah yang akan dikenang disegenap generasi... kelemahan ini lah yg mencacatkan & memburukkan imej pak lah...

Kesilapan Pak Lah ialah meletakkan individu rapat atau penasihat yg terbukti telah gagal membawa kebaikan kepadanya malahan telah membawa imej negatif kepada beliau atas pelbagai kelemahan , kerakusan kuasa & wang yg mencalitkan arang ke imej Mr Clean Pak Lah...

Apapun semoga rakyat tidak hanya melihat dan menuding perhatian kepada tompok hitam sahaja walhal disekeliling tompok hitam itu masih lagi banyak warna putih jasa pak lah kepada rakyat...

renungkan... selamat berjuang

Samsudin said...

Akhirnya rang undang-undang yang diusulkan Pak Lah telah diluluskan oleh dewan. Pasti Pak Lah berpuas hati dan gembira kerana selepas beliau bersara, ada juga kesan tinggalan beliau... Syabas Pak Lah... Jasamu tetap dikenang walaupun banyak tohmahan yang dilemparkan... Teruskan perjuangan...

WaShad said...

Semoga jasa ini diberikan balasan baik Allah SWT. Rakyat marhain berterima kasih.
Semoga Malaysia aman aman dari anasir2 perosak negara.
Allahuakbar.

rantong said...

Pembangkang ni, kerajaan kentut pun dikatakan politik. Buat benda yang baik pun politik. Rasa2nya, kalau pembangkang memerintah, tentu lagi teruk sebab mindset dia org ni asyik politik je dari dahulu hingga kini. Nah, dah 51 tahun dah merdeka. Kalau mindset politik je, PASTI akan memporakperandakan Malaysia negara tercinta kita.