Monday, December 15, 2008

BERFIKIRAN SEMPIT DAN TIDAK TENTU ARAH

Kebelakangan ini, ramai pihak termasuk blogawan yang menulis mengenai "keadaan" orang Melayu sekarang termasuk Datuk A Kadir Jasin. Antara lain mereka menyentuh mengenai apa sudah jadi dengan bangsa Melayu sekarang di samping asakan daripada kaum bukan Melayu. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Apa sudah jadi?

Apa yang berlaku sekarang ialah apa saja yang ingin dilakukan oleh kerajaan atau institusi tertentu pasti bermotifkan perkauman termasuk apa yang dilakukan oleh RTM terhadap rancangan yang tidak popular yang memerlukan dilakukan pembaharuan. Jika mereka suarakan pula tidak pula dilihat bermotif perkauman. Habis camna?

Hari ini, dalam Utusan Malaysia Wak Risau dari Sungai Buloh membidas pihak yang mempertikaikan usaha yang dilakukan oleh RTM terutama memberhentikan program "What Say You".

Sebenarnya, ada golongan kini melihat apa yang ingin dilakukan oleh RTM bermotifkan perkauman sedangkan mereka lupa ada pihak yang membelasah program RTM yang tidak bermutu serta perlu dilakukan pembaharuan. Rating tak ok, perlulah pembaharuan. Salah ke?

Jika ditambah tidak pula mereka membebel tetapi hendak diberhentikan sekejap kerana tujuan pembaharuan, maka pelbagai tuduhan dilemparkan termasuk dakwaan hendak mengurangkan atau mematikan program berbahasa Mandarin. Apa punya orang daa...

12 comments:

bungaraya said...

Sabar Datuk...
Datuk tenaga pemikir...
Yang tukang pukul biarkan kami...
Ini yang saya ungkapkan dengan kata-kata..adil jika ia sesuai dengan kehendak dan tujuan rencana mereka. Jika tidak walau emas didepan mata, mereka kata 'no'.
Sepatutnya diorang kata begini.."spt mana amalan negara lain umpamnya Singapura, Amerika Syarikat dan England, maka kami mencadangkan Vernacular school di Malaysia dihapuskan"...Tapi Tok, sampai kiamatpun mereka tak akan kata macamtu. Kerana mereka rasa ini tidak akan mendatangkan faedah kepada kaum mereka. Jika sekolah satu aliran saja diujudkan dan menggunakan bahasa tionghua mesti mereka sokong. Logikkah? Itulah dia yang digelar Cina. Minta maaf...kita melayu sebenarnya belum tahu pukulan maut mereka. Sangat hebat. Dan kita tersangat tidak berjaga-jaga. Habis-Habis kita seperti biasa saja..serahkan segalanya kepada Allah SWT.

Anonymous said...

bahasa mandarin tak akan "dimatikan" dengan Cina sebab polisi bahasa Beijing yang kuat.
bahasa mandarin juga tidak perlu dipertahankan oleh kerajaan msia, atau rakyat msia melalui RTM, dll sebab dengan teknologi spt satelit, internet, video, dvd dll program2 cina yg berleluasa dapat disampaikan kpd ramai rakyat msia dan kawan2 serata dunia.
sekian.

Anonymous said...

maaf,

"dimatikan dgn senang"

Anonymous said...

Atas tekanan MCA dan puak puak Cina, rancangan What Say You akan diadakan semula di RTM. Shaberi perlu berhati-hati dalam menerima nasihat-nasihat orang kanannya. kejap ada kejap tak ada...lepas tu ada balk. apa ni?
-ahlong-

Unknown said...

Tuan Tiger,
GO TO MY BLOG. "SHABERRY CHIK TAK SEHARUSNYA PERTAHANKAN RTM TIDAK PERKAUMAN."

insan13 said...
This comment has been removed by the author.
ibrahim yahaya said...

Sdr Ahlong,

Saya yakin jika rancangan What Say You diadakan semula bukan disebabkan tekanan tetapi selepas RTM meneliti semula apa kelemahan program itu, yang ratingnya rendah. Sudah tentu ia diadakan semula selepas usaha memperbaikinya diadakan. Kita tunggu la.

insan13 said...

Assalamualaikum, sdra. Ibrahim Yahaya, saya bekas stringer Berita Harian Sdn. Bhd. ( 1984 - 2003)dan stringer Bernama (2003 0 2005)sesekali membaca tulisan sdra. masih tajam walau di luar surat khabar.
Tahniah! Teruskan..

Muhd Adnan Bahari
@insan13.blog.ekawan.com
15/12/2008

Mohd Nadzri Kamsin said...

Pemilihan MCA baru selesai.

Pemilihan pusat UMNO March 2009.

Mungkin ada kaitan tentang isu perkauman yang sedang bermain.

Razlan said...

Kita kerajaan, buat je la apa kita nak buat, sibuk pasal orang lain nak cakap, kenapa?

Nak rebrand apanya, dulu lagi saya dah dengar RTM nak rebrand.

Semua Menteri baru masuk, Objektif yang sama NAK REBRAND.

Tapi, kualiti gambar di TV Saya masih sama, pudar dan langsung tidak ada tarikan...(dah rebrand dah tv saya pun)

Muzik nya pula ala 60an, langsung tidak ada kick dan boom ..

Perbetulkan RTM kat dalam tu dulu, Perbetulkan Pentakbiran, kerani, pegawai dan juga pengarah-pengarah didalam tu.

Mentaliti kene berubah, suntikan orang baru kena ada, MENTERI Terdahulu dan dahulu telah nak cuba buat, lepas tu ntah kemana...

Jadi tok RIMAU, USAH di GUSAR dengan ORANG CINA KE INDIA KE .. KErajaan kita punya.

Kita buat baik.. Bangsa lain akan bersama... yang PEMIMPIN Perkauman tu kita boleh tolak tepi ...

Anonymous said...

Datuk,

Maaf Datuk tak faham isu yang diutarakan sebab dah lama dah tak tengok RTM. Tidak juga saya menonton rancangan bodoh-bodoh tak tidak membina minda di saluran astro dan tv3. Tapi lebih suka nonton CNN, BBC, aljazera, saluran sukan dan national geography dsb. RTM ini perlu lantik pengarah RTM orang luar baru lebih menarik.

Rosli Dhoby,

rayliew said...

Yang pastinya program yang tidak bermutu dan tidak mendapat sambutan hendaklah dibuat pembaharuan untuk mempertingkatkan mutu program tersebut.