Tuesday, December 30, 2008

KITA MENUMPANG TANAH TUAN

Semalam saya banyak belajar mengenai adat perpatih daripada Dato' Seri Diraja Khalid Bonget yang ditemuramah oleh RTM dalam lintas langsung.

Secara sedar saya kini mengetahui mengenai perlantikan satu daripada sembilan Raja-Raja Melayu di negara ini. Saya juga berharap rakyat negara ini tidak kira asal keturunan menyanjungi tinggi institusi raja yang menjadi "tuan" di negara ini.

Raja-Raja Melayu sebagai "Tuan" di negara ini, layak dihormati, disanjungi dan tiada siapa yang berhak mempertikaikan kekebalan mereka dalam melakukan apa saja yang terbaik untuk rakyat dan negara ini. Raja agung, raja disanjung.

Oleh itu, pihak yang ingin "memandai-mandai" menyerahkan tanah Melayu milik "Tuan" negara ini kepada bukan Melayu adalah tindakan penderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Tanah itu milik Tuan dan ia perlu dikekalkan kepada Tuan di negara ini.

7 comments:

Zul Arif said...

salam dato'

raja-raja melayu adalah yang sebenarnya ketuanan melayu..

Mahyudin said...

Salam Datuk...
Ya, saya pun setuju ketuanan Melayu lebih merujuk kepada ketuanan Raja-raja Melayu. Itu lebih sesuai. Bila ketuanan Melayu merujuk kepada Raja-raja Melayu, maka tak mudah untuk rakyat tak kira apa bangsa sekalipun untuk mempertikaikannya. Sebarang pertikaian boleh dikatakan sebagai menderhaka. Betul tak Datuk?

MAWAR BERDURI said...

salam mr. tiger.

hm?

betul apa yang mr. tiger katakan. cuma kdg2 " manusia ni mudah lupa"

datang dan diterima, lupa asal usulnya...bila dah mendongak kelangit lupa rumput di daratan (mcm betul2 ja perumpaan mawar ni kan) hehe

pa pun yang tersirat tak ucah nak di surat2kan lagi.. tuan tetap tuan tak da istilah banyak tuan.

selamat berjuang mr. tiger.

waritarakyat said...

Jenis orang seprti itu adalah penghianat dan tidak bersyukur kepada pemberian Allah kepadanya.

amirul said...

salam tok tiger,

Dimana saya nak retrieve siaran yang terlepas?

Anonymous said...

Tuan kepada semua tanah adalah Allah Subhanahu Wataala. Jangan Lupa.

Anonymous said...

cantiknya adat perpatih..

fulus2 tak main ye..