Baru-baru ini, ketika bersembang dengan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek di kantin Parlimen bersama dengan beberapa rakan lain, beliau menyatakan impiannya untuk mewujudkan c-community atau komuniti kreatif yang lebih dinamik di negara ini.
Sebagai Menteri Penerangan, bukan Menteri RTM, beliau mahu RTM bergerak ke arah itu bagi memastikan komuniti kreatif ini dapat dibentuk segera dengan pembabitan ramai golongan muda yang keluar daripada institusi pengajian tinggi.
Ketika ini, bilangan pemain (players) atau penggerak industri kreatif masih kecil iaitu kurang 500 produser berbanding Korea yang telah mempunyai 6,000 pemain industri. Korea juga sudah mengeskport hasil karya mereka ke seluruh dunia. Winter Sonata dan Coffee Princess disiarkan di negara ini.
Baginya, ketika ini banyak institusi pengajian tinggi termasuk swasta yang menawarkan pengajian dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat. Jika tiada ruang diberikan kepada mereka, sudah pasti kreativiti itu "terbantut" dan mungkin berkubur.
Oleh itu, langkah melaksanakan program pendigitalan oleh RTM akan dapat membina lebih banyak ruang bagi golongan kreatif ini menghasilkan karya mereka. Dalam rancangan pendigitalan itu, adalah dijangka lebih 15 saluran baru akan diadakan.
Oleh itu, produser mempunyai ruang untuk menyiarkan karya-karya mereka bukan lagi tertumpu kepada dua saluran RTM sekarang.
Apa yang perlu mereka lakukan ialah mencari sponsor atau penaja yang boleh membayar kos produksi untuk menghasilkan karya bermutu.
Thursday, December 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Hi Datuk
Pls allow me to respond in English.
I think Malays are by nature more inclined to creative endeavours, like art, music, etc
So I think more funding should be made to fund such activities.
This existing advantage can be leveraged to give a global competitive edge. For instance with the right training/exposure, this innate talent can be nurtured to produce world class designers, architects, etc.
Instead of trying to fit a square bolt into a round hole, it's best to build on natural advantages, in my humble opinion.
Unfortunately, much of Malays creativity has been terkongkong with restrictive Islamic laws.
Assalamualaikum.
cerita-cerita drama di Malaysia ni dah jadi macam "typical".yang paling popular ialah tentang cinta.tema cinta memang selalu yang prosedur buat sebab boleh tarik penonton ditambah lagi dengan kehadiran pelakon-pelakon yang popular.
drama-drama Malaysia kurang dari segi kualiti dan identiti tersendiri.kita terikut-ikut gaya telenovela dan drama-drama Indonesia.
salam datuk.
saya percaya kita boleh tingkatkan lagi tahap mutu karya kita.take it step by step.kita takkan dapat mampu menandingi industri di US tapi sekurang-kurang kita kena buktikan yang kita mampu bersaing dengan diri sendiri dan menghasilkan karya yang lebih baik dari sekarang.
cuma masalahnya penaja sajalah.penaja semestinya nak dapatkan hasil yang bagus.jadi selalu terjadi produser terpaksa mengalah dengan penaja dan memberikan apa yang penaja mahu dan terpaksa berkompromi dalam berkarya.
Salam sdr Tiger,
Pertama kali saya terpanggil untuk memberi pandangan diruang Dunia Tiger ini. Alhamdulillah dan terima kasih kepada pak menteri yang sepatutnya idea meluaskan industri ini menjadi tumpuan utama kementerian berkenaan .
Setiap tahun kebanjiran garaduan multimedia dan komunikasi bercambah dipasaran dan ada yang terpaksa melakukan kerja yang lain bukan dari bidang yang menjadi pilihan dan kepakarannya semasa berada di pusat pengajian .
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengumpulkan dan memberi pendedahan kepada perniagaan yang berunsurkan kreativiti.
Banyak ruang yang tersedia dalam ruang lingkup kreatif ini. Cuma pendedahan yang terhad membantutkan usaha dan daya juang kepada peneroka kreatif ini. Galakan kepada peneroka yang baru dan insentif ,pembukaan pusat pengajian yang sedia ada kepada jurusan kreatif ini diperluaskan dan dilengkapi dengan peralatan lengkap mungkin bolih merangsangkan pelajar yang memilih jurusan ini.
Datuk Lat Kartunis adalah merupakan model terbaik kepada usahawan kreatif ini.Mungkin susah payahnya bolih menjadi contoh atau iktibar kepada peneroka baru .
Berbagai bidang kreatif sama ada lama atau baru yang masih lagi terperosok dan hampir mati.
Wayang kulit versi baru mungkin satu ide yang bolih difikirkan sebagai satu penerokaan kearah mengujudkan satu cabang industri kreatif tanpa mengorbankan unsur tradisi.
Perkembangkanlah usaha ini secara bukan cakap-cakap saja .Peluang melebarkan pekerjaan dan melahirkan manusia kreatif sangat luas .Semuga berhasil diatas apa yang dicadangkan .Terima Kasih.
Salam datuk.
Sebagai staff , ingin saya memberi sedikit pendapat tentang RTM.
Kami, idea dan tenaga muda kadang-kadang tidak mendapat kepuasan dalam menjalankan tugas:
a) Kerana diarahkan, maka kami buat tanpa bantahan. Walaupun kadangkala dalam hati berkata 'macam ni punya program, sapa la yang nak tengok!,
b) Team yang longgar, maksudnya team produksi, teknikal dan pentas tidak dapat selalu duduk dalam pasukan bagi sesuatu rancangan. Ini kerana setiap staff terpaksa 'cover' 5 - 6 (atau lebih) rancangan. Maka tiada fokus yang menjurus untuk memperbaiki sesuatu program. Sudah sampai masanya kita ubah cara kerja ini. Team yang kuat, kerja dalam enjoy, sentiasa mahu bersaing akan menjadikan sesuatu penerbitan lebih berkualiti.
c) Masalah kewangan, selalunya berlaku 'tiada peruntukan'jika kita menyuarakan perlu itu ini untuk rancangan. Prosedur kewangan membuat program dilaksanakan dalam peruntukan terhad. Untuk mencari sponsor pula, sebagai kakitangan awam bawahan, bukan mudah kami bergerak sendiri untuk mencari penaja. Banyak peraturan atau kekangan. Walaupun ada kalangan kami yang berkemampuan, tapi terpaksa diam diri sahaja kerana takut tersilap langkah, padah menunggu.
d) Budaya rangking (kekananan). Seperti kebiasaan dalam jabatan kerajaan, hanya menyekat kreativiti. Sedang kita tahu kerja kreatif tidak perlu itu semua. Siapa minat, berkesungguhan dan berdaya kreatif, itulah penjana dalam kemajuan penyiaran. Tapi tidak dalam kerajaan. Saya yang menurut perintah. Kumpulan D ikut perintah kumpulan C, C ikut perintah B, B ikut perintah kumpulan A...dan seterusnya.(selagi ada dalam fikiran staff benda ini, susah untuk bangunkan stesen tv kerajaan)
e)Rancangan disiar pada waktu yang tak kena. Memang diakui, bukan mudah untuk dapat waktu sesuai, namun diharap pihak berkaitan dapat fikir perkara ini.
f) Promosi yang lemah. Kita belum lagi mempromosi rancangan kita seperti stesen lain. Mereka pamerkan pada billboard yang besar-besar. Saya rasa terhina setiap kali melalui jalan Bangsar. Sepatutnya iklan-iklan stesen tv lain yang ada disitu milik kita RTM kerana kita paling hampir dengannya. Tidakkah Datuk merasa itu satu tamparan seperti yang saya rasakan?. malah kadang-kala promosi di tv pun tiada. Sepatutnya sesuatu rancangan yang baik diiklan selalu. Adakah kerana kita tuan punya atau memiliki stesen maka tidak perlukan promosi?.
Di sini juga saya ingin memberi pendapat: Elok kita tukar sahaja SPM kepada satu format yang lain, yang baru, yang catchy, lain dari stesen tv sedia ada. Bukan seperti sedia ada. Orang dah jemu dengan format rancangan yang dah bertahun-tahun tiada perubahan. Bercakap-cakap sahaja kadangkala melalut-latut. Lagi pun, semua stesen buat format yang sama. TV3 ada MHI, TV9 ada Nasi Lemak Kopi O begitu juga lain-lain stesen. Lain isu tapi format sama. Bersembang dan bercakap sahaja...
Walau apa pun, saya sokong perubahan yang ingin dilakukan oleh Menteri
Maaf Datuk kerana bubuh nama samaran (jalan selamat, kalau bubuh nama sebenar, nanti kena aim )
- CRH ( cari rezeki halal....: untuk sara anak isteri)
DIY,
Tenaga kreativiti memang dah ada di RTM. Tetapi pemimpin kena boleh kenal pasti and xplore kreativiti mereka.
Contohnya orchestra RTM memang bagus persembahan mereka semasa persembahan Symphoni Puterajaya. Sekarang dah diam. Bagaimana kalau RTM xplore bersama kementerian luar, kementerian kesenian dan warisan bawa orcghestra RTM ini ke Royal Albert Hall? Go global la sikit.
Sdr Jed Y,
Undang-undang Islam tidak mengongkong penganutnya. Adalah lebih baik anda memahaminya agar memudahkan Sdr melihat daripada perspektif yang berbeza dari sekarang. Islam adalah ajaran yang mudah dan fleksibel. Sebagai contoh, jika anda memahami sembahyang jamak, maka anda akan merasai ajaran ini sungguh mudah dan menyenangkan. Bukan sebaliknya.
Untuk melahirkan kreativiti sesuatu produksi, RTM perlu juga mencontohi syarikat penyiaran swasta dan juga luar negara. Antara contoh yang saya rasakan perlu ialah TV3. Saya lihat, dlm rancangan MHI, pengacaranya begitu bebas tidak terikat dengan prosedur. Seolah-olah tiada scrip untuk dibaca. Ini menyebabkan penonton terasa seperti bersahaja dan rileks. RTM pula seperti kaku dan macam baca teks dan prosedur. Harap dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Post a Comment