Friday, December 26, 2008

ULANGTAHUN KEEMPAT TSUNAMI

Mungkin ramai yang terlupa tarikh 26 Disember 2004.... hari ini genap empat tahun bencana tsunami menggemparkan penduduk dunia. Kejadian yang amat menyayatkan hati.

Gempa bumi berukuran 9.0 skala ritcher yang berlaku di bumi Aceh, hasil daripada pergerakan plat di lautan Hindi telah menghasilkan gelombang tsunami yang melanda beberapa lokasi di Asia termasuk, Sri Lanka, Phuket Thailand dan juga beberapa pantai barat Utara malaysia.

Semoga kejadian itu memberikan banyak pengajaran kepada kita.

(Renungan Rimau : Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kini banyak pokok bakau ditanam di tepi pantai berbanding pada masa lalu di mana orang suka menebangnya. Tsunami menyedarkan kita bahawa membina rumah di tepi pantai juga akan mendatangkan malapetaka dan meragut nyawa. Ada orang mendapat rumah baru yang dibina kerajaan tetapi terus mengekalkan rumah lama di tepi pantai. Jagalah nyawa keluarga)

5 comments:

antianwaribrahimdotcom said...

salam datuk rimau...

JANGAN BERUMAH DI KAKI BUKIT JIKA TAKUT KENA TANAH RUNTUH...

PANGLIMA: ANTI ANWAR IBRAHIM!

mySacRedHeaRt said...

kepada mereka yg terselamat dalam tragedi tersebut sememangnya merupakan mimpi ngeri dalam hidup mereka...segala malapetaka yang terjadi tidak mungkin dapat dilupakan. musnahnya harta benda yg selama ini dikumpul, perginya org kesayangan yg selama ini berada disisi membuatkan mereka lebih tabah dari kita...bersyukurlah kepada tuhan kerana kita masih berada di muka bumi ini dan dapat membuat amal kebaikan..semoga roh mangsa2 tsunami yg lalu dicucuri rahmat. Al-fatihah

abe MIE 'TERJAH' said...

datuk skrg rumah kena tsunami bukan kat tepi pantai lagi...tapi kat lereng bukit atau atas bukit...

ibrahim yahaya said...

Sdr MSRHR,

Semoga roh mereka sentiasa sihat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Tsunami atau ombak besar di tepi pantai saja Abe Mie. Yang kena kat lereng bukit tu kerana pergerakan air dalam tanah atau kegilaan manusia meratakan tanah di atas bukit. Marahlah penunggu bukit. Perrrgh.