Semalam, saya bersembang dengan seorang sahabat yang menceritakan satu berita sedih.
Rakan baiknya teraniaya. Ia disebabkan gejala fitnah siber.
Apa yang berlaku ialah gambar rakannya digunakan oleh pihak tertentu untuk mewujudkan satu laman web yang menawarkan perkhidmatan seks. Gambar rakan itu diambil daripada laman web peribadinya.
Tidak cukup dengan itu, pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan kad sambutan deepavali yang menggunakan namanya tetapi mencaci penganut Hindu.
Lebih parah lagi beliau yang beragama Islam juga dikaitkan dengan laman web yang menghina Nabi Muhammad.
Insan ini adalah mangsa fitnah siber.
Semoga ini memberi pengajaran kepada kita.
Tuesday, December 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Tok,
Saya dapati banyak blog dalam blogroll Dato' dah lama tak dikemaskinikan. Sesetengahnya tak ada posting pun. Bloggers dah mati kot? :)
salam datuk,
perkara ni sudah lama terjadi sejak dunia cyber mula berleluasa di malaysia. ramai yang menjadi mangsa orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Susah bila pemikiran terlebih canggih...otak pun ligat memikirkan perkara yang tidak patut dibuat...
Tok,
Perkara fitnah siber ni telah lama diperkatakan. Saya ikut bersimpati dengan kawan datok ini, kerana beliau merupakan salah seorang yang menjadi mangsa dan teraniaya.
Dimalaysia saya jangkakan orang yang gemar menggunakan fitnah tersangat ramai sekali sejak kebelakangan ini. Mereka nampaknya tidak belajar dengan sejarah spt sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, Sejarah Singapura dilanggar todak dsbnya.
Semua yang dikatakan melayu itu adalah beragama islam dan tahu dengan mendalam bahawa Fitnah itu lebih keji drp membunuh. Namun itu hanya 'tahu' sahaja. Mereka tetap dengan kebiasaan asasl usul mereka tanpa mahu membuang tabiat suka memfitnah itu.
Salam tok,
Kenapa lah ada manusia yang sanggup memfitnah insan lain sedangkan mereka tahu memfitnah ini lebih kejam daripada membunuh!!! ertinya die telah membunuh dengan kejam orang yang difitnah itu... Orang seperti itu sepatutnya perlu di ajar ilmu2 Tasawwuf (Perjalanan Para Sufi)
elok Datuk link ke blog tu...dapatlah juga kami tengok.
kami akan judge sendiri selepas menengoknya...
t.kasih
ramli samar
Tok,
Saya amat bersimpati kepada mereka yang di fitnah ni.. Tapi tak pe dosa orang yang memfitnah ni tak dapat di maafkan oleh Allah kecuali dari orang yang kena fitnah tuh.. TAKUTNYA!!!!!!!!!!!!
Orang tu wajar dikenakan hukuman kerana memfitnah. Jika terlepas di dunia, dia tak akan terlepas di akhirat kelak.
dpd:
http://suratrakyat.blogspot.com
Salam Datuk...
Bahaya fitnah sama macam mata pedang. Orang yang membuat fitnah tu, baik dia membunuh je sebab dosanya sama. Apalah nak jadi zaman sekarang ni. Zaman semakin canggih tapi disalahgunakan untuk tujuan memfitnah dan memburukkan orang lain...
rule no1:choose the one that you want to believe carefully for if you're not careful enough then the one that you hold dear for so long might doublecross you.
saya berharap rakan datuk itu dapat bersabar dan meneruskan kehidupan seperti biasa.saya percaya jika dia masih ada kekuatan dia akan dapat mengekang semua fitnah tersebut.
buat bloggers pula,hentikan sebaran fitnah untuk kepentingan sendiri/politik!.
salam datuk,
moga-moga kawan datuk tu akan terus tabah menghadapi cabaran hidup.harap datuk juga dapat berikan dia semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan.
salam mr. tiger?
mcm2 juga spesis manusia di muka bumi ni kan..
sanggup menganiaya org lain untuk kepuasan peribadi dan entah apa2 lah kepuasan yang mereka dapat dgn melakukan fitnah siber.
semoga perbuatan2 begini tidak berleluasa dan mencemar alam siber sebagai landasan untk semua pihak berkarya dan meluah rasa.
Bro,
BERJAGA-JAGA GAMBAR BRO TU. DENGAN TEKNOLOGI SEKARANG BUKAN SETAKAT MEREKA PAKAI GAMBAR KITA TETAPI MEREKA JUGA BOLEH MEMBOGELKAN KITA.
Post a Comment