Kini, 26 ribu jemaah haji Malaysia berada di tanah suci itu untuk menyertai kira-kira empat juta jemaah haji lain di seluruh dunia.
Wukuf di Arafah, kemuncak ibadah haji hanya tinggal dua hari lagi.
Wartawan RTM, Adnan Ghailan, malam tadi melaporkan Masjidil Haram sudah melimpah ruah dengan jutaan jemaah berusaha mendapat tempat di dalam masjid utama umat Islam ini.
Jemaah yang berada di luar terpaksa berpuas hati kerana setiap inci ruang kosong dipenuhi.
Semakin dekat harinya semakin bersungguh-sungguh jemaah beribadah bukan setakat yang wajib tetapi juga yang sunat.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga diri dan kesihatan .
Tegas beliau, jangan memaksa diri kerana matlamat utama menyempurnakan kewajipan haji yang merupakan rukun Islam ke 5.
Beliau meminta saudara mara dan umat Islam di Malaysia bersama-sama mendoakan supaya hajat haji jemaah dimakbulkan.
(Renungan Rimau : Semoga Zainal dan Norsimah tabah menghadapi segala dugaan. Halim, Hisham dan Manja juga diharapkan berada dalam keadaan yang baik.)
Friday, December 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Datuk,
Saya di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan para jemaah haji kita dan seluruh dunia. Semoga ALLAH SWT menerima setiap ibadat dan doa mereka. Semoga mereka mendapat haji mabrur...Insya ALLAH...
Post a Comment