Wednesday, December 3, 2008

TIDAK PAYAH TIMBUL ISU BASI

Posting Kedua - 5.05 petang

Apa yang dimaksudkan ketuanan? Baca artikel di Utusan Malaysia hari ini.

Posting Asal - 11.10 pagi


Dua hari ini saya menghadapi masalah keracunan makanan.

Tiada daya untuk menulis blog, setakat hanya menyiapkan ruangan Belang Bertempat dalam Sinar Harian hari ini.

Apabila keracunan makanan sudah tentulah masalah cirit-birit dan muntah.

Perkataan muntah ini sering saya kaitkan apabila ada pihak timbulkan isu Ketuanan Melayu. Dalam ertikata lain, apabila ada pihak yang membangkitkan isu Ketuanan Melayu ini, tekak saya berasa loya dan hendak muntah.

Tidak hairanlah dua hari ini saya terasa hendak muntah.

Rupa-rupanya ramai pemimpin politik yang menimbulkan isu Ketuanan Melayu.

Berhentilah. Tidak payahlah sentuh isu itu lagi.

Tumpukan usaha membabitkan kepentingan rakyat.

9 comments:

Anonymous said...

Salam. Mr. Tiger..!Sebenarnya kebanyakan orang melayu dan bangsa-bangsa lain di negara kita dewasa ini tidak tahu tentang wasiat Raja-Raja Melayu semasa negara mencapai kemedekaan 51 tahun lalu. Kalau mereka faham dan tahu tentang wasiat ini dan tentu mereka tak akan sibuk lagi mempertikaikan ketuanan Melayu. Untuk itu, saya ceritakan semula wasiat tersebut yang saya perolehi daripada ceramah yang disampaikan oleh Yang Arif Dato' Mohd Nor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah rayuan malaysia. Kalau sesiapa yang faham wasiat ini, baru dia sedar kenapa kita perlu pertahankan hak mutlak dan keistimewaan orang melayu.

1. Yang Arif Dato' Mohd Noor Abdullah ( Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia ) menceritakan bahawa beliau telah membaca WASIAT RAJA-RAJA MELAYU dan PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu ketika negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu :

" KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunan kami 7 PERKARA yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

7 PERKARA ITU IALAH :

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah agama persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak ).

Kesimpulan : Isu ini tidak akan basi sampai bila-bila. Yang basi hanyalah perjuangan dan semangat para pemimpin UMNO saha ja yang luntur terhadap agenda melayu selama ini. Bila dah terdesak dan tersepit dengan sokongan rakyat, barulah para pemimpi UMNO sibuk nak bercakap semula soal perjuangan melayu ni. Jadi, kita kena tolak para pemimpin UMNO yang dah basi dalam pemilihan UMNO bulan Mac nanti. OK

pemikir muda said...

salam.

dah boring bila asyik pasal isu ketuanan melayu.lepas tu semunya nak jadi hero untuk pengikut dan kaum masing-masing.

banyak lagi perkara yang boleh kita beri tumpuan seperti pembangunan rakyat.masih banyak lagi tempat yang tiada bekalan air dan elektrik.tumpukanlah tenaga pada benda yang lebih berfaedah kepada rakyat jadi asyik bercerita siapa "hamba" dan siapa "bos".takkan sudah isu ini kalau semunya nak menang.

Mankanan said...

Salam Datuk...
Setuju dengan Datuk. Apa perlunya kita bangkitkan isu ketuanan Melayu yang dah termaktub dalam Perlembagaan dan tak pernah ada masalah sebelum ini? Ia tidak perlu dipinda. Untuk apa nak dipinda jika ianya hanya memberi keselesaan kepada bangsa lain semata-mata sedangkan Melayu akan berasa tidak selamat? Saya tak dapat bayangkan apa jadi jika Pakatan Rakyat memerintah. Pasti bangsa Melayu akan merempat di negara sendiri tanpa pembelaan kerana ketuanan Melayu dlam Perlembagaan dipinda sesuka hati oleh mereka...

duniameow said...

Betul tu, semua pun sibuk nak bangkitkan isu yang bukan saja dah basi ni, dah siap berulat2 lagi. Cukup lah tu, buat lah kerja yang lagi faedah, tak perlu cakap benda macam ni untuk raih sokongan, buktikan kemampuan melalui kerja, itu lagi bagus, cakap je tak guna.

only said...

assalamualaikum.

isu "ketuanan melayu" ni mcm dah lapuk.dr dulu sampai sekarang asyik diperkatakan.banyak lagi isu berfaedah yang boleh dibincangkan.isu "ketuanan melayu" ni macam isu yang boleh mengetengahkan sesiapa untuk menjadi watak utama atau hero bagi kaum tertentu.

kalau asyik cerita pasal hal berkaitan perkaumanan nanti takut pulak tercetusnya lagi rusuhan atau perbalahan antara kaum lagi.lupakah kita pada 13 mei dan kejadian di klang lama?

Anonymous said...

Tuan muntah la kat muka ah lek, ah eng, ah siang dan pelbagai ah lagi yang hipokrit..bangsa malaysia kononnya..

-manjoiperak-

Anonymous said...

Dato'

dah minum ayaq nyoq (air kelapa) ka? saya dengar air tu berkhasiat untuk keracunan makanan.

jonlabuyabedabedu

mySacRedHeaRt said...

biasa la depa dah takdak modai tuk bcakap la tue...lepas dah kena dengan PEWARIS nnti depa senyap la...macam 'melodi' jgak, selagi buleh juai cita artis cerai berai depa rancak la..nnti dah lapuk depa cari cita lain plak..

rayliew said...

Isu yang sudah lapuklah.. sensitif sangat!! janganlah cuba timbulkan isu sedemikian hanya untuk menonjolkan keberanian dan nama sahaja, kalau mahu terkenal buatlah kerja yang berfaedah..