Wednesday, December 24, 2008

KEROPOK LEKOR KUALA TERENGGANU (1)

Apakah isu yang akan dimainkan oleh parti-parti politik yang akan bertanding di P36 Kuala Terengganu selepas penamaan calon 6 Januari ini? Apakah mereka akan menimbulkan isu nasional atau isu tempatan? Apakah mereka akan terus membuat serangan peribadi terhadap calon atau pemimpin tertentu seperti sebelum ini? Apakah mereka akan membuat kejutan tertentu seperti sumpah menyumpah atau keluar parti? Entahlah.

Inilah 1001 persoalan yang bermain di fikiran saya menjelang Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini. Persoalan yang sama pasti berlegar dalam pemikiran ahli politik Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) terutama ejen 007 yang bekerja keras merangka bahan ceramah yang akan diutarakan.

Ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, PR mendahului BN dari segi memainkan isu tertentu sebelum penamaan calon terutama yang paling terkemuka ialah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, mengenai isu kuota 10 peratus kemasukan bukan Melayu ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ibarat pemancing yang handal, umpan Tan Sri Khalid dimakan oleh pihak tertentu terutama pengurusan tertinggi UiTM yang dilihat menyerang semula bekas pemimpin PNB dan Guthrie itu. Mereka menyifatkannya sebagai manusia yang tidak mengenang budi atau pemimpin politik yang sudah ketandusan isu.

Hakikatnya, TS Khalid tidak ketandusan isu tetapi mahu melontarkan isu berkenaan bagi menarik perhatian masyarakat kaum lain bahawa PR seolah-olah mahu memperjuangkan nasib mereka terutama dari segi kesaksamaan dalam pendidikan.

Namun di sudut hati TS Khalid, beliau tahu perkara itu mustahil boleh dilaksanakan apatah lagi beliau memahami mengenai dasar penubuhan UiTM dan apa yang terkandung dalam Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu.

Ikan yang lapar atau kurang cerdik terus memakan umpan yang ditarik ke sana ke mari. Akhirnya isu itu menjadi besar dan sudah pasti dilihat oleh masyarakat bukan Melayu sebagai isu yang menidakkan keadilan dari segi pendidikan kepada semua kaum. Walaupun ia tidak benar tetapi cara dibawakan isu itu seolah-olah mereka adalah pejuang.

Ketika ini, isu Hudud dimainkan oleh PAS dengan kenyataan Husam Musa mengenai hasrat parti itu untuk melaksanakan hudud apabila memerintah di peringkat pusat. Sudah tentu cadangan itu mendapat bantahan oleh parti yang menganggotai PR terutama DAP.

Persoalannya, adakah bantahan ini hanya satu sandiwara atau usaha menabur umpan untuk dimakan oleh ikan-ikan yang lapar atau mabuk? Apakah DAP membuat bising-bising semata-mata mahu menarik perhatian lebih 9,000 pengundi Cina di P36?

8 comments:

bungaraya said...

Kenapa UMNO tidak mengujudkan isu-isu hangat spt yang dibuat pembangkang?Jawapannya ialah..UMNO hanya memperkatakan perkara yang betul dan boleh dijadikan kenyataan. Umpamanya bila UMNO mengatakan nak buat Universiti di KT, mereka akan laksanannya. Bila kata nak berikan bumus kepada peneroka Felda, UMNO benar-benar akan mengotakannya. Bila UMNO kata nak menghantar anak-anak melayu ramai-ramai masuk Universiti, UMNO mengotakannya. Bila dia kata nak majukan Trengganu, maka UMNO akan berusaha sedayanya memajukan KT. Begitulah UMNO. Tidak spt pembangkang yang berjanji itu dan ini tapi tak pernah mengotakannya. Maknanya mereka menpu rakyat. Mereka hanya mahukan undi dengan berkata tuan-tuan akan masuk syurga jika menyokong PAS. Betulkah? Janganlah jadi bodoh. Lo fikirkan sendiri.

antianwaribrahimdotcom said...

salam datuk rimau!

PKR di sarawak sudah mula tunjuk taring. yang herannya, ada jugak manusia di sarawak yang termakan dengan janji2 manis PKR.

saya anak jati muda sarawak tidak mahu PKR mengganggu gugat ketenteraman dan kestabilan politik sarawak.

anwar sibuk kata CM taib rasuah, tapi tidak pulak buat laporan kt bpr.

ahli parlimen bandar kuching dari DAP pun hanya berani cakap dalam parlimen. tak jugak buat laporan. kalau benar ada, saya sokong buat siasatan. tapi jangan main hentam saja.

yang jadi bodoh, barua2 anwar yang kemaruk kuasa dari dulu sampai sekarang.

antaranya calon PKR di kawasan parlimen P.200 batang sadong dan N.20 sadong jaya, PIEE BIN LING.

sekali sekala datuk rimau boleh layari blog piee ling di http://www.pieelingchee.blogspot.com.

PANGLIMA: ANTI PKR DAN ANWAR IBRAHIM!

Anonymous said...

Seperti biasa Datuk, menjelangnya pilihanraya, pasti akan timbul pelbagai isu sama ada sebelah BN mahupun pembangkang. Ketika ini isu-isu yang di'main'kan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi rakyat khususnya rakyat setempat di Kuala Terengganu yang bakal membuang undi mereka. Apa yang penting ialah bertindak bijak dengan menggunakan akal dan jangan terlalu mudah termakan dakyah politik pembangkang yang biasanya akan menabur 1001 janji manis yang boleh mencairkan rakyat. Mana-mana yang termakan pasti merana di penghujungnya kerana tertipu... Itulah hakikat yang terjadi di Selangor pada PRU 12...

Unknown said...

salam.

saya percaya pasti akan ada bermacam taktik dan helah yang akan dilaksanakan oleh pembangkang demi mendapat undian.PAS sudah pun memulakan langkah dengan melemparkan isu Hudud.

jika PAS kalah nanti maka saya tak hairan jika sekali lagi SPR dituduh tidak professional dan BN dituduh membawa pengundi hantu dan melakukan pembelian undi sebab memang itulah yang mereka katakan setiap kali kalah dalam pilihanraya.

tok janggut said...

Salam semua,

Yang pasti saya rasa pilihanraya kali ini paling banyak makan duit. Dua-dua belah pihak sama, biasalah masing-masing nak menang. Tapi jangan sampai menang sorak kampung tergadai.

Walaupun ia melibatkan parlimen k.terengganu, namun sebahagian besar pengundi masih lagi masyarakat kampung yang tak berapa maklum tentang tujuan sebenar apa itu politik. Bagi mereka sapa boleh bagi kemudahan kepada mereka, itulah yang mereka suka, walaupun hanya sehelai kain pelikat. Umno kena peka perkara ini.

Satu lagi, Wan Farid kenalah jadi orang kampung kalau nak menang. Bukalah baju batik suteranya sekejap, tukarlah kasut kulit berkilatnya dengan selipar jepun sekejap, pi jumpa masyarakat kampung yang kotor dengan selut sawah dan hanyir laut. Bukan apa, supaya rakyat tahu sapa Wan Farid. Buatlah kalau nak menang. Kalau tak mahu menang. buatlah macam sekarang, ke sana ke mari berpakaian macam bangsawan.

Salam

Anonymous said...

Bagi saya, jika mahukan keamanan dan Islam subur mekar di negara tercinta ini dan bertuankan Melayu, Barisan Nasional lah jawapannya. Jika mahukan negara ni dipimpin oleh DAP, maka sokong lah PAS & PKR kerana kedua-dua parti ni adalah boneka DAP. Sikit2 rujuk DAP, sikit-sikit rujuk DAP. Boleh rakan2 gambarkan bagaimana Malaysia diperintah PAS & PKR?

BelalangDewa said...

Tok:
Isu pilihanraya kecil Kuala Trengganu kali ini lebih besar dari yang sudah-sudah. Agaknya masing-masing nak berebut undi Maimun Yusof (Tok Mun).

Anonymous said...

PAS, macam yang kita tahu dah mula memainkan isu hukum hudud kembali. Bila dah menang nanti sepi balik lah tu.