Sunday, December 7, 2008

HILANG SEGALANYA DALAM TANAH RUNTUH

Posting Kedua - 5.30 petang

Ketika menonton RTM semalam, saya dapat menyaksikan bagaimana pasukan keselamatan terdiri daripada Tentera, Polis, Bomba dan Penyelamat, Smart Team, Jabatan Perkhidmatan Awam, PBSM, NGO bertungkus-lumus membantu mangsa tanah runtuh.

Mereka menjalankan tugasan masing-masing. Ada yang mengawal keadaan di tempat kejadian, ada yang membina denai dan jalan, ada yang membantu mereka yang cedera dan menghantar pesakit ke hospital, ada yang menyediakan minuman dan makanan.

Mereka bertugas tanpa mengira masa dan keadaan. Basah ketika hujan lebat dan sejuk ketika angin bertiup kencang. Basah kuyup. Digigit nyamuk. Macam-macam lagi. Penderitaan orang lain adalah juga penderitaan mereka. Mereka berkhidmat demi kepentingan masyarakat.

Yang menyakitkan hati ialah golongan yang menyebabkan malapetaka ini berlaku. Ini kerana menurut pakar geologi, Datuk Dr Ibrahim Komoo, tanah runtuh adalah bencana yang disebabkan oleh manusia. Oleh kerana ada manusia cuai dan tamak, maka berlakunya tanah runtuh. Tanah runtuh meragut nyawa dan memusnahkan harta benda.

Di manakah mereka yang "jahat" ini berada sekarang? Paris, London atau New York?

Marilah kita mencari mereka sehingga dapat.

Posting Asal - 1.59 petang.

Ketika bersembang dengan rakan-rakan malam tadi, topik perbualan kami sudah tentulah mengenai kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, yang menyebabkan empat orang terkorban. Salam takziah kepada keluarga mangsa.

Dalam kesedihan itu, kami juga berbincang mengenai nasib yang akan menimpa mangsa yang kehilangan harta benda. Hilang rumah dan kenderaan. Hilang barang-barang berharga termasuk perabot mahal atau barangan kemas yang tertimbus.

Keadaan ini sudah tentulah menjadi satu tekanan setelah melalui peristiwa pahit. Segala kehilangan itu tidak akan dapat "diganti" kerana bencana alam tidak termasuk dalam perlindungan insurans. Melainkan mereka menginsuranskan barangan di syarikat tertentu. Jika tidak, hilanglah segala-galanya.

Dalam pada itu, tindakan rakyat negara ini yang prihatin dan berjiwa besar dengan menghantar pakaian dan makanan ke tempat perlindungan sementara, adalah tindakan terpuji dan perlu dicontohi.

Semoga semangat seperti ini sentiasa subur dan dikekalkan. Tahniah kepada golongan ini.

7 comments:

sumandak bayu said...

Salam Tok,

blog ini menghina Islam, kita perlu perangi blog ini,

http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs

Bourne said...

salam,

rather speechless bila kita mengingat kejadian ni. apalah hikmah yang ALLAH nak tunjuk.

moga moga diberi rahmat keatas yang pergi dan yang masih tinggal kita harap bersabar. yang jauh mintaklah dihindari dari segala bencana dan dugaan yang dahsyat ini.

amin ....

FUAD RAZALI said...

Salam. Datuk, baru-baru ini DS Najib dilaporkan berkata, kerajaan tak akan benarkan lagi pembinaan rumah di cerun bukit.

Saya rasa ini bukan kenyataan baru. Sebelum ini pun, sewaktu Highland Tower runtuh tidak lama dulu, jika tak silap saya, kerajaan dah pernah buat kenyataan yang sama. Cuma tak taulah kawasan yang ditimpa bencana itu sekarang adakah kawasan yang dibuka sewaktu dengan Highland Tower atau tidak.

Saya rasa ini satu iktibar yang berguna untuk kita semua, terutama bagi pemaju yang sudah membina rumah di kawasan bukit. Apakah pemaju untuk memastikan penghuni di kawasan terbabit selamat? Adakah mereka hanya jual tanah dan bina rumah kemudian tinggal macam tu saja?

Zaidil Ripin said...

Salam Tok...
Itu bukan kehendak kita.. itulah takdir. Redhalah atas kehilangan kerana ALLAH lebih sayangkan mereka.
Alfatihah...

Son of My Parents said...

Salam, Dato'

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

rayliew said...

Yang berlaku adalah malapetaka, jangalah diungkitkan isu siapa yang bertanggunjawab menyebabkan kejadian ini. Kalau ianya kecuaian sesetengah pihak, apakah ianya hanya berlaku sekarang tetapi tidak berlaku pada 12 tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, pembinaan kawasan perumahan di kawasan bukit sememangnya berisiko, yang pentingnya pemantauan hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa untuk memeriksa keteguhan struktur bangunan...

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Inilah akibatnya atau malapetaka sekiranya kita mengubah muka bumi yang Tuhan telah bina dengan sempurna sebab ketamakan manusia dan kemajuan kerana inginkan keuntungan berjuta-juta .
Jangan salahkan pihak berkuasa tempatan tetapi tanyalah sendiri.