Pengumuman sudah dibuat. Wan Farid adalah calon pilihan BN. Pemilihan itu sudah tentu menimbulkan pelbagai reaksi dan seribu persoalan.
Reaksi dan pandangan itu timbul seperti juga jika calon lain diutarakan. Persoalannya siapa yang sebenarnya layak? Yang layak pula... pilihan siapa?
Mengapa Wan Farid? Ramai yang bertanya. Mungkin mereka tidak mengenali Wan Farid. Atau terlalu kenal Wan Farid. Abangnya. Atau keluarga mereka. Ada yang kata mereka golongan bangsawan. Betul ke? Apa maksud bangsawan tu?
Bukankah Wan Farid Ketua Bahagian UMNO KT? Apakah menawarkan Timbalan Menteri sebagai calon BN tidak sesuai untuk KT?
Mengapa pula BN tidak mengemukakan calon lain? Ada pula yang membuat cadangan nama lain. Mereka ada alasan tersendiri. Mereka mahu BN menang. Apakah meletakkan calon lain, BN akan menang? Entahlah.
Hakikatnya, siapa pun nama yang dikemukakan...mereka adalah calon BN. Jika mahu BN, pilihlah calon BN.
Sunday, December 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
salam.
jika mana-mana calon dipilih sekalipun,pastinya ada pihak lain yang kurang puas hati.biasa lah tu.normal.tapi terima lah hakikat jika mahukan BN menang maka sokonglah calon yang telah dipilih oleh BN.
Tuan,
YANG MASALAHNYA IALAH PENGUNDI BUKAN NYA KIRA MENTERI KE TIMBALAN MENTERI KE, PM KE, TPM KE...YANG MASALAHNYA WAN FARID GENG KJ. KJ INI DAH BUAT ONAR YANG BANYAK DALAM NEGARA INI.SEHINGGA BAPA MERTUANYA TERPAKSA BERKUBUR DENGAN ISLAM HADARI.
INI MASALAHNYA.................
BUNGA RAYA.
Betul tu Tok. Takkan mahu BN, pilih Calun PAS pula. Pada pandangan saya, Pilihan BN sangat tepat. UMNO Trengganu jangan buang lagi masa nada semua. Jangan bergaudh sesama sendiri hanya kerana tidak menjadi calun. Hanya satu saja calun dalam pilihanraya itu. Tidak dua dan tidak Lima.
Berpadulah anda untuk meneruskan perjuangan bangsa dan negara tang tercinta hingga 1000000tahun lagi.
-BATU BARA-
Soal calon bangsawan tidak timbul sebenarnya, yang penting soal bolehkah mempertahankan kerusi parlimen KT itu ? Wan Farid dikenali sebagai orang politik dan ketua bahagian KT mana kala Abang dia ( Wan Hisham ) dah kaya raya hasil keuntungan Monsun Cup, jadi calon BN yang diutarakan dari kalangan orang macam mana biarlah pengundi yang tentukan.
Kiranya Wan Farid gagal mempertahankan kerusi parlimen KT bukan salah BN tetapi salah puncuk pimpinan sbb keturunan calon telah dikaitkan dengan banyak perkara menjadi KERAGUAN RAKYAT KT
Salam...
Pandangan saya, sekiranya pengundi itu tahu tanggungjawabnya sebagai pengundi dan rakyat yang bijak dan taat kepada pemimpinnya, die pasti akan memilih kerajaan BN..
Salam ...
yang penting BN menang
Salam...
BN tetap dihatiku...... Hidup BN
Jangan percaya kata-kata jahat penderhaka melayu yang mahu jatuhkan BN. Mereka ini rela diperintah oleh DAP (PAS & PKR cuma boneka sahaja). DAP anti Islam (kafir habi), tapi PAS yang berjuang demi Islam sanggup bersekongkol dengan kumpulan anti Islam. Allahuakhbar...
Good luck Wan Farid and BN.
Post a Comment