Wednesday, July 4, 2007

BADMINTON OH BADMINTON!

Malaysia memang handal dalam permainan badminton. Sejak dulu lagi. Ketika ini juga pemain negara dalam kedudukan tiga terbaik dunia. Malah pasangan beregu muda kita juga amat ditakuti dan mampu meneruskan kecermelangan sebagai juara badminton dunia beberapa tahun lagi. Badminton menaikkan imej Malaysia. Itu cerita pemain.

Kini, badminton sekali lagi mempopularkan Malaysia. Kali ini, bukan pemain tetapi cerita pegawai. Pergeseran dua rakyat Malaysia dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyebabkan satu dunia kini memberi tumpuan kepada negara ini. Timbalan Presiden BWF, Datuk Punch Gunalan bertelagah dengan Ketua Pegawai Operasi BWF, Ganga Rao. Apa ni? Jangan malukan negara.

Ikuti pandangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam berita { Utusan Malaysia ] mengenai pergeseran itu. DS Azalina mengetahui bahawa kerajaan tidak seharusnya campurtangan dalam badan antarabangsa itu, tetapi demi maruah negara, pergeseran itu perlu dihentikan.

No comments: