Sunday, July 1, 2007

DUNIA GENGSTER SARAWAK (2)


(Keratan akhbar Utusan Sarawak - 30 Jun 2007)

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Jumaat lalu mengakui aktiviti pembalakan haram di Sarawak turut melibatkan kumpulan gengster yang berpengaruh untuk melindungi operasi mencuri kayu khasnya di kawasan lindungan seperti taman negara.

TS Taib berkata untuk membendung gejala mencuri kayu itu daripada terus berleluasa, pihak penguat kuasa Sarawak Forestry dan pihak polis harus bertindak lebih tegas terhadap kumpulan terbabit.

"Mereka ini (pembalak haram yang dilindungi gengster) dalam hujan pun mereka operasi juga, bukan sahaja menceroboh hutan, mereka juga membalak di kawasan-kawasan taman negara," katanya di Kuching, Jumaat.

Berhubung usaha pihak Sarawak Forestry dan polis yang berjaya menumpaskan beberapa aktiviti pembalakan haram di Sarawak, TS Taib berkata langkah seperti itu perlu diteruskan.

Beliau memuji usaha berterusan polis dalam membendung gejala gengsterisme yang kian menular di Sarawak sejak akhir-akhir ini.

TS Taib berkata selain mengancam sistem ekologi hutan, tindakan pembalak haram terbabit turut memberi kesan kepada hidupan liar khasnya hidupan terlindung.- Bernama.

No comments: