Sunday, July 8, 2007

TIGA KALI TABIK UNTUK GOLONGAN INI

Saya tidak dapat hadir ke Malam Amal dan Forum Perdana anjuran MPSJ dan Jawatankuasa Surau Baiturrahman Putra Heights malam tadi. Ini kerana terasa sakit belakang akibat terlalu asyik berkemas di depan rumah termasuk menyapu daun kering sehingga tidak sedar "kerja berlebihan" di sebelah pagi. Jika hadir dan sakit sudah pasti tidak selesa.

Sejak pembedahan tulang belakang, saya tidak boleh membuat kerja melebihi hadnya termasuk gardening. Jika berlebihan di sebelah siang maka menderitalah pada malam hari. Saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir walaupun hati ini ingin sangat menghadirinya untuk menemui rakan-rakan.

Namun, saya amat terharu dan berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa Surau Baiturrahman Putra Heights. Mereka yang menganggotai jawatankuasa ini bekerja keras siang dan malam untuk mencari dana bagi meneruskan pembinaan surau berkenaan. Salah satu usaha ialah mengadakan Malam Amal dan Forum Perdana untuk menambah dana. Saya sentiasa berdoa agar usaha murni mereka ini dirahmati Allah SWT.

Izinkan saya perturunkan nama-nama mereka yang telah menjayakan program murni berkenaan. Mungkin tidak sepenuhnya tetapi inilah individu yang sanggup berkorban apa saja demi untuk agama mereka. Pertama ialah Sdr Rusdi Hussin yang sering mempelawa saya menyertai pertemuan mereka. Saya hanya sempat hadir sekali saja untuk memberikan pandangan.

Yang lain ialah Sdr Ismail Ahmad, Sdr Zulkifli Mohd Aini, Pn Roslina Idrus (banyak memberikan maklumat kepada saya), Sdr Roslan Saad, Sdr Saiful Bahri, Sdr Nasir, Pn Hajjah Aishah, Sdr Zulkifli Selamat, Sdr Sharizan, Sdr Azmi Abd Aziz, Sdr Sharul Azman, Sdr Shaiful Azman, Sdr Basaruddin, Sdr Jaafar dan Pengarah Projek, Sdr Nasruddin Mat Yusof.

Allah SWT akan membalas jasa baik saudara-saudari.

Bagi penderma budiman, teruslah menghulur sumbangan kepada jawatankuasa ini.

No comments: