Wednesday, July 4, 2007

TIADA HATI PERUT PUNCA KESESAKAN

Pelbagai panggilan nama boleh diberikan kepada orang yang menyebabkan kesesakan lalulintas.

Ini bergantung kepada apa yang mereka lakukan menyebabkan kesesakan itu. Antaranya ialah pemandu lembab, pemandu tidak berhati perut, pemandu miong, pemandu kiasu, pemandu lesen palsu dan panggilan kasar yang tidak boleh disebutkan di sini.

Antara punca kesesakan ialah:

1. berlakunya kemalangan, sibuk melihat nombor kereta yang terbabit dalam kemalangan bagi tujuan untuk membeli nombor ekor.
2. meletakkan kereta di tepi jalan (depan Stesen LRT Universiti.)
3. menghalang kenderaan keluar masuk.
4. menunggu anak balik sekolah di tepi jalan (dekat SRK Sri Petaling.)
5. memotong garisan.
6. terlalu perlahan membawa kereta kerana sedang bergayut di telefon.
7. memang lembab membawa kereta, mungkin lembab segala-galanya. tolong cari pemandu.
8. tidak pandai membawa kereta kerana lesen memandu palsu.
9. baru semalam mendapat lesen. mungkin beli dari internet.
10. lebih memberi tumpuan kepada orang sebelah, mungkin baru kenal.
11. suka memandang gadis-gadis cantik sehingga memperlahankan kereta.
12. berebut-rebut nak balik dulu (selepas Plaza Tol Sunway).
13. pemandu buta....buta hati.
14. pemandu bodoh...tak boleh diajar.
15. pemandu kiasu...nak jadi pelumba F1 tetapi ketiadaan hati.
16. pemandu lembab...bawa kereta macam kayuh basikal. eloklah menggunakan basikal je.
17. pemandu tidak hati perut....hari ini, hari dia, esok hari orang, maksudnya orang buat jahat akan dibalas jahat. Ketika dia nak cepat, pasti ada orang menghalangnya pada suatu hari nanti. Jangan buat kat orang. Hendak minum di warong di Jalan Kerinci tu, janganlah meletakkan kenderaan di tepi jalan. Amat menyusahkan orang terutamanya kenderaan yang tiada penghawa dingin.

Oleh itu, pihak berkuasa - polis dan DBKL - tolonglah bantu kami pemandu yang terpaksa menghadapi masalah kesesakan ini di Jalan Kerinci di depan Stesen LRT Universiti. Tolonglah terutamanya pada waktu petang. Tolong clamp kenderaan tidak kira yang mahal, murah atau tiada harga yang diletakkan di situ. Perrrgggh.

No comments: