Friday, July 6, 2007

RASUAH BOLASEPAK MUNCUL KEMBALI? (1)

(Posting Asal - 3.10 petang - 6.7.2007)

Seorang teman memberitahu saya bahawa kegiatan bookie "membeli perlawanan" sudah berputik semula. Beliau mempunyai bukti mengenai kegiatan itu di mana bookie cuba "membeli" pemain dan pengadil. Malah keputusan beberapa perlawanan bolasepak baru-baru ini memaparkan segala-galanya.
Saya akan menulis lebih banyak mengenai perkara ini seterusnya.

(Posting Kedua - 11.38 malam - 6.7.2007)

Teman memberitahu bahawa beliau sudah bertanya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan mereka bersetuju untuk membantunya. Apa yang diperlukan oleh BPR ialah memberitahu maklumat yang diperolehi seperti - 1. butir-butir perlawanan. 2. nama pemain atau pengadil terbabit. 3. maklumat lain yang boleh membantu BPR. Sama-samalah kita membanteras rasuah dalam bolasepak.

No comments: