Monday, July 30, 2007

TIADA DUIT, ELOK DUDUK KAMPUNG (5)

...sambung semalam. Hari ini, Perdana Menteri merasmikan NCER untuk Kedah dan Perlis. NCER akan menyediakan banyak pekerjaan untuk penduduk di kedua-dua negeri itu. Esok, PM akan merasmikan NCER untuk Pulau Pinang dan Perak. Hebat sungguh....empat pelancaran...perrrrgggghh

7. Pekerjaan. Di bandar, kerja banyak. Tetapi kena cari satu persatu. Jangan harap iklan. Adakalanya iklan itu buat syarat saja. Pekerjanya sudah ada. Kalau iklan pun nak pastikan tiada tuduhan kepada pengambilan pekerja bagi sesetengah syarikat. Malah ada juga yang mengenakan syarat tertentu seperti kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin. Di bandar, kerja ada tetapi bayaran gaji, pelbagai bergantung kepada nasib. Kerja membabitkan tenaga seperti kerja kontrak ada, tetapi rakyat negara ini tak tahan. Malu atau takut kulit terbakar. Nak melawa saja. Terpaksalah bawa pekerja dari Indonesia. Kini dilaporkan melebihi dua juta termasuk yang haram. Gaji yang dibayar ikut pengalaman pula. Tapi di KL, Melayu banyak menjadi penghantar surat atau office boy. Nak jadi kerani pun terpaksa berebut. Sekarang, kerani pun ada diploma atau ijazah. Tidak boleh pilih kerja, nanti tiada duit nak bayar sewa rumah dan hutang kereta. Apabila tiada kerja elok tetapi kena bayar sewa, maka ada juga buat kerja-kerja yang dibayar gaji hari seperti di restoran atau gerai. Ada juga yang pungut tin minuman kosong atau plastik dan jual kepada pemborong. Ada juga pungut besi dan jual kepada pembeli besi buruk. Peluang ini digunakan oleh penagih dadah. Banyak besi dipungutnya dan dijual. Tetapi tak tahu darimana mereka dapat. Ada besi baru tetapi dijual untuk dapat wang beli dadah. Dulu ketika berniaga di PWTC, selalu nampak orang keluar masuk daripada projek perumahan terbengkalai. Mereka bawa wheelbarrow untuk bawa besi keluar dan jual kat pembeli besi buruk di Chow Kit. Pakaian mereka serebeh dan rambut tidak terurus. Di kampung, ada macam-macam kerja. Terpulang nak buat kerja tertentu. Kalau nak jadi petani, carilah tanah terbiar dan mulalah berjinak dengan tanah. Menimbun tanah terbiar. Sekarang ini, banyak bentuk pinjaman untuk pertanian. Benih juga percuma. Tanyalah TS Muhyiddin. Kerajaan banyak memberi sokongan dalam bidang pertanian. Saya diberitahu ada anak muda yang menternak lembu di Pahang kini kaya raya. Ketika miskin dan tiada pekerjaan, seorang pun tak pandang. Termasuk saudara. Beliau berkahwin dengan wanita Siam. Apabila sudah kaya, saudara-mara mengungkit mengapa kahwin orang luar. Kahwinlah saudara. Perrrrggghh. Di Kedah, negeri Tok Mahdzir banyak orang Melayu bergiat dalam pertanian. Ada yang tanam jagung manis. Pendapatan lumayan. Takyah pergi bandar, kampung pun ada kerja. Kini, PM lancar NCER sudah tentu banyak kerja di empat negeri di Utara. Takyahlah datang ke Kuala Lumpur yang semakin ramai orang dan selalu banjir. Baik duduk di Perlis kat Kampung Padang Pauh ke, Kampung Alor Sena dan sebagainya. Kalau tak perlu datang KL, duduk saja di Perlis. Kuih-muih boleh dibeli murah. Ada tempat jual sekupang satu kuih. Dulu,saya beli dua ringgit, penjual kuih tanya, "ada ramai orang datang rumah ke?". Sedangkan di KL, dua ringgit dapat empat kuih. Perrrrgggghhh.

...akan merapu lagi....

No comments: