Friday, July 27, 2007

SANG KELEMBAI MASUK TV

Kali terakhir saya bertemu Sang Kelembai @ Zaharin Mohd Yassin ialah di Gerai Nasi Lemak Tanglin, Kuala Lumpur. Dengan nada yang kuat beliau berkata kepada saya, "Aku tengok rtm kerana kau ada kat situ. Adalah perubahan sikit." (Sikit saja - dalam fikiran saya) Semua pelanggan yang tengah makan nasi lemak Tanglin, mengalihkan pandangan kepada saya. Ada juga pegawai polis yang gemar bersarapan di situ. Terpaksalah tunduk muka. Perrrgggh. Takpe, itu cerita lama, cerita tahun lalu. Saya sudah berhenti jadi perunding media RTM mulai Januari lalu.

Baru-baru ini, ketika "melompat-lompat blog" saya dapati bahawa Sang Kelembai dah mula masuk tv. Televisyen PAS, wtv8.tv yang memaparkan ucapan pemimpin pembangkang termasuk Zaharin, ahli UMNO yang dipecat.

Baru sempat tengok satu klip Zaharin, yang pakai baju merah. Sang Kelembai menyampaikan ceramah macam tokoh motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah atau Chef Wan.. Adakalanya saya lihat Sang Kelembai nampak macam tak cukup nafas. Mungkin boleh belajar jaga nafas. Suara keluar dari perut. Barulah ok. Apapun..selamat menjadi orang televisyen, Sang Kelembai.

No comments: