Sunday, December 14, 2008

APA NIAT SEBENAR MAJLIS PEGUAM?

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa sudah seminggu berlalu.

Pelbagai peristiwa sedih dan hiba dilalui oleh penduduk terutama mereka yang kehilangan orang terdekat. Rumah mereka hilang sekelip mata dan kini perlu memikirkan di manakah tempat sesuai untuk berteduh.

Jika laporan "keselamatan kawasan" itu hanya boleh dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan,penduduk yang terbabit perlu mencari tempat berteduh alternatif. Bagi yang memiliki dua tiga rumah, masalah tidak begitu mendesak. Bagaimana pula mereka yang hilang satu-satunya rumah dalam kejadian Sabtu lalu?

Dalam pada itu, dua persatuan penduduk "muncul" yang mengemukakan pelbagai pandangan berhubung tragedi tanah runtuh. Ada yang mengucapkan terima kasih kepada anggota pasukan keselamatan yang bertindak pantas menyelamatkan mereka.

Mereka memuji tindakan pantas Polis Diraja Malaysia yang menggunakan alat pembesar suara meminta mereka keluar segera sejurus kejadian tanah runtuh itu. Kumpulan ini tahu untuk berterima kasih kepada mereka yang telah membantu.

Namun, ada juga yang membuat pelbagai dakwaan termasuk menyatakan pasukan penyelamat lambat datang untuk membantu mereka. Apakah benar dakwaan mereka?

Dalam perkembangan yang sama, Majlis Peguam dengan beraninya mengesyorkan agar Rela yang anggotanya banyak membantu penduduk yang terbabit dengan tanah runtuh itu, dibubarkan. Siapa yang mengemukakan idea ini? Presiden? Setiausaha? Atau orang luar?

Apa yang mereka tidak tahu bahawa Rela yang anggotanya memberi khidmat secara sukarela, telah banyak membantu rakyat negara ini sejak dulu lagi. Mereka berkhidmat tidak kira masa termasuk menjaga keselamatan ketika majlis kenduri kahwin, pesta, perayaan dan keagamaan termasuk bertugas di kuil dan berhala.

Blogawan, C-BOK yang memuji sikap cemerlang anggota pasukan keselamatan ketika tragedi Sabtu lalu, mempersoalkan niat sebenar Majlis Peguam.

14 comments:

Son of My Parents said...

Salam Dato'.

Walaupun saya rasa kurang senang dengan tindakan Majlis Peguan mengesyorkan agar RELA dibubarkan, saya rasa cukuplah sekadar kita menjawab "Tidak. RELA tidak perlu dibubarkan atas sebab-sebab sekian, sekian.... Mereka masih diperlukan." Noktah.

Bercakap tentang 'syor' atau 'cadangan' atau 'usul', saya tertarik untuk berkongsi pendapat saya yang tak seberapa ni :-

1. Mukhriz Mahathir dihentam kerana MENCADANGKAN agar hanya sistem persekolahan kebangsaan sahaja yang digunapakai.

2. Khalid Ibrahim dihentam kerana MENCADANGKAN agar 10% dari pelajar-pelajar UiTM terdiri daripada golongan bukan bumiputera.

Kenapa agaknya kita perlu melatah sekiranya ada orang mencadangkan sesuatu dilakukan? Kalaulah cadangan dia tu kurang bernas, katakan saja kepada dia "cadangan anda tak bernas kerana... sekian.. sekian..". Atau kita boleh kata kepada pencadang tu, "Cadangan anda tak sesuai oleh itu, saya rasa anda tak perlu nak mecadang apa-apa lagi selagi anda tak membuat kajian menyeluruh sebelum cadangan itu disuarakan." Saya rasa kita tak perlu nak hentam pencadang tu sampai lumat kalau kita tak bersetuju dengan cadangan beliau.

Saya percaya orang yang tak setuju dengan pendapat saya ini akan berkata, "Macamana kalau saya CADANGKAN isteri awak tinggalkan awak dan kawin dengan orang lain. Apa reaksi awak?" Saya akan anggap pencadang itu seorang yang da'if maka tak perlu lah saya buang masa melayan beliau.

Terima kasih. Wassalam.

sumandak bayu said...

Salam Tok,

Nilah usaha yang cuba nak gagalkan keamanan di negara kita. Mereka sedar jika RELA terus membantu menjaga keamanan di negara ini niat mereka akan sentiasa terhalang kerana tahu bahawa RELA adalah anggota sukarela dio kalangan rakyat Malaysia yang tak memikirkan imbuhan daripada mana-mana pihak...

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu menghargai kewujudan angota RELA di negara kita.

Anonymous said...

1.Negara Liberal demokrasi meritocrasi.
2.Acuan washington dan westminster.
3.Republik.
4.kapitalis bebas dan sekular.
5.IFC.
6.illuminati.
7.Free mason.
arjuna waspada.

bungaraya said...

Erotomania hairan kenapa ada manusia membantah mekipun kadang sesuatu cadangan yang lahir itu adalah satu cadangan yang bernas.
Sayugia dijelaskan dalam dunia masa kini, cadangan bernas hanya jika ianya memberi faedah kepada mereka. Jika tidak, ianya adalah cddan yang tidak membina. Sama juga dengan adil. Hanya adil jika kita rasa ianya adil untuk kita.
Kepada USA menyerang Iraq adalah adil dan kepada Iraq, ia adalah malapetaka dasyat. Kepada majoriti rakyat, adalah satu kesalahan mendirikan sebarang bentuk bangunan ditanah orang lain adalah satu kesalahan, tetapi kepada Hindraft mereka boleh saja mendirikan kuil sekalipun diatas tanah orang lain.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Dah le RELA membantu secara RELA pun masih nak persoalkan lagi ke? Sepatutnya kita wajar mengucapkan TERIMA KASIH kerana bantuan yang diberikan bukan sahaja kepada RELA tetapi kepada petugas-petugas yang bekerja siang malam membantu mangsa Tanah Runtuhan.SYABAS DAN TAHNIAH kepada semua petugas.

Anonymous said...

Majlis peguam juga perlu bertanggungjawab kerana ahli mereka menjadi peguam perjanjian pembelian rumah rumah dikawasan terbabit.

Anonymous said...

salam duniatiger.

jangan persoalkan niat bar council. kita semua tahu mereka ni sudah semakin "suka" berpolitik.

gian nak jadi YB jugak tu.

http://writtenbyhim.wordpress.com/

Anonymous said...

Dan yang sebaik-baiknya...kalau cadangan tu memang tak boleh pakai punya...kita buat muka bodoh jerrr..
Majlis peguam ni memang sudah kerjanya begitu..memanipulasikan apa saja perkataan untuk kerjaya mereka..kalau tak begitu, tak doh kerojo lerr namanya..

Cucu Tok Selampit said...

Assalamualaikum Datuk,

Adakah tindakan ini disebabkan tindakan ingin menghapuskan pertubuhan sukarela yang hampir kesemuanya orang Melayu? Adakah cadangan mereka ini berbentuk perkauman?

Salam.

Anonymous said...

Salam Datuk,
Saya sebenarnya teringin nak tau siapa orang di dalam Majlis Peguam yang berani mencadangkan agar RELA dibubarkan? Bayngkan jika RELA dibubarkan, siapa lagi yang nak bantu pihak berkuasa dalam kejadian-kejadian seperti di Bkt Antarabangsa? Pihak berkuasa tak menang tangan nak bantu. Syukurlah RELA ditubuhkan memang untuk tujuan itu, maka mangsa dapat diselamatkan dengan kadar yang cepat. Majlis Peguam wajar tunjuk sebab musabab yang munasabah kenapa RELA perlu dibubarkan...

MAWAR BERDURI said...

salam Mr. tiger?

dewasa ini Majlis Penguam asyek buat kenyataan dan benda2 yang tak selayak dan stak etaraf dengan pendidikan yang ada dalam kepala otak mereka...

dari membubarkan RELA baik bubarkan Majlis Penguam Negara (MPN). bila ada tanah runtuh bukan pun mereka tolong. tolong tenguk adalah..

pa plak perasan MPN bla RELA mengesorkan agar mereka di bubarkan...atas landasan MPN suka merapu dan tidak cintakan keamanan..MPN fikir lah sandiri! sekian

rayliew said...

Khidmat pasukan sukarela itu masih diperlukan, mereka telah memberi banyak sumbangan kepada masyarakat dari segi keamanan dan juga pertubuhan-pertubuhan tempatan dalam majlis sambutan tempatan...Mereka juga digerakkan dalam gerak kerja bencana alam termasuk tanah runtuh, banjir dan kebakaran... Pada saya mereka masih relevan dan amatlah penting dalam kawasan setempat kerana kumpulan platun ditubuhkan berdasarkan kepada kawasan perumahan dan perkampungan..

Saya juga terpegun dengan kenyataan Majlis Peguam, kerana sebelum ini kementerian berkenaan pernah mengeluarkan kenyataan akan melatih semula semua Anggota RELA...

Razlan said...

Majlis Peguam ..

tosak diheran dan dilayan Majlis yang MEMBENCI Perlembagaan ini..

Semua nak tunjuk yang mereka mempunyai kuasa !..

Media pun dok syok mencari mereka ..

Apa da...

Anonymous said...

salam dato,

siapa yang menyokong hingga dianugerahkan pingat dato kepada presiden majlis peguam (mpn) ni..dia ni terang-terang anti establishment dan melayu..

menyarankan isa dibubarkan..rela dibubarkan..kemana halatuju mpn ni..tidak nampakperlunya majlis peguam di malaysia kerana persatuan itu sendiri tidak mencerminkan semua kaum.

BUBARKAN MAJLIS PEGUAM ..