Monday, December 22, 2008

KEROPOK LEKOR LOSONG KAK YAH

Hari ini saya bertemu dengan tauke keropok lekor losong bernama Kak Yah.

Kak Yah sungguh mesra melayan kami. Khalid yang mengenali Kak Yah memperkenalkan kami.

Yang menariknya Kak Yah membuka restoran keropok lekor di sebelah kedainya yang menjual keropok lekor, pelbagai jenis keropok dan ikan masin. Kedai itu berkembar dengan rumahnya.

Pelanggannya terdiri daripada pelbagai kaum.

Kak Yah berkata beliau mahu memperbesarkan restorannya kerana mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Terengganu dan orang luar.

Bagi saya hasrat Kak Yah amat baik dan perlu disegerakan.

Ini kerana mulai sekarang semakin ramai akan melawat Kuala Terengganu berikutan pilihanraya kecil Parlimen kawasan itu. Penamaan calon akan diadakan pada 6 Januari dan pemilihan pula pada 17 Januari.

Selamat berkeropok lekor dan berkempen.

10 comments:

bungaraya said...

Tok,
Sekali lagi saya mis kropok lekor asli dari negeri asal perekanya.
Saya tidak tersenarai bertugas dlm pilihanraya kecil kali ini. Jika tidak berela-ela kropok lekor menjadi sajian pukul 10 pagi saya.
Saya membersar di Trengganu selama 7 tahun. Dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 6 Atas. Kropok lekor memang kegemaran saya. Dulu jika saya dan kawan-kawan ponteng sekolah, Kedai kropok lekor adalah tempat persembunyian kami.
Saya sangat faham dan mengerti jiwa nurani rakyat Trengganu.
Dan saya terkilan kerana tidak berpeluang untuk mentrampilkan kebolehan ini ketika Pilihanraya kecil ini.

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Saya juga penggemar sejati keropok lekor Losong; enak dan tidak gatal lidah memamahnya.

Mengkala (bila) ada shooting di Muzium Terengganu atau area Kuala Terengganu kami pasti singgah membeli buah tangan keropok lekor. Tapi suatu ketika dulu saya pernah 'stop' makan keropok lekor bila terpandang beberapa wanita kampung menyiang ikan; bahan mentah utama keropok yang dilambak atas lantai simen bilik air. Naik kembang tekak dibuatnya.

Harap sekarang pengusaha keropok lekor terutamanya yang kecil-kecilan tidak lagi berbuat demikian; dah ada kesedaran bahawa dalam bisnes, kebersihan bahan dan kebajikan pengguna mengatasi segala-galanya.

Suara Perindu said...

Baru-baru ni saya meeting di Kuantan. Ada beli kerepok lekor di Tanjung Lumpur. Tapi rasanya tak boleh lawan kerepok Losong.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com
datuk, ada buat liputan di terengganu ke? apa cerita? datuk, ada ym tak? ada beberapa perkara saya nak tanya dan borak dengan datuk.

itu kalau ada masa.

AKULAH GHAIBMAN said...

Adussss..
sedap tul keropok lekor tg aru..
huhu

Quantum Metal Consultant said...

Di permatang Pauh hari itu tok berjela cerita pasal mee udang, kali ini di Kuala Terengganu bertali lah pulak tok nak ceritakan pasal keropok lekor. ayat ayat yang tok gunakan pun macam budak SRP, jelas membaca maksudnya.
( Yang menariknya Kak Yah membuka restoran keropok lekor di sebelah kedainya yang menjual keropok lekor, pelbagai jenis keropok dan ikan masin. Kedai itu berkembar dengan rumahnya.

Pelanggannya terdiri daripada pelbagai kaum.)

Ini baru betul betul politik cari makan.

APPLE PIE said...

tok,
jgn lupa belikan utk kami disini.

antianwaribrahimdotcom said...

"Matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah..." Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot.

"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan..."

"Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.


datuk tiger...
saya bujang lagi. kdg2 risau jugak pikir tntg kahwin nih. nk kawin pun susah.. saya bukan orang kaya. bukan yang banyak duit. nak buat majlis kawin jer paling kurang 5 ribu.

tapi org2 tempatan pulak yg memandai tambah itu ini. kalau kita tak ikut, jd masalah pulak. yang jd masalah ialah, orang muda mcm saya ni mana mampu nk belanja besar mcm mawi dan ekin.

PANGLIMA: MUNGKIN SEBAB TU RAMAI ANAK MUDA KAWIN SEBELUM KAWIN...

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Ketika menulis posting itu menggunakan N90 di Lapangan Terbang Sultan Mizan, Kuala Terengganu. Hendak melaporkan juga walaupun tiada kemudahan laptop atau desktop. Tulisan pun macam budak sekolah. Perrrgh. Satu persatu. Yang penting mesejnya sampai - Kak Yah berjaya kerana menjual keropok lekor. Ada usahawan yang bungkus walaupun projek berjuta ringgit.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Kalau ada kat Kuala Terengganu, bolehlah kita bersembang sakan nanti. Itupun kalau kita ada masa dan tidak ke sana ke mari. Nanti jumpa.