Wednesday, December 10, 2008

TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA (2)


(DASC berbual dengan salah seorang penduduk yang mahu pergi ke rumah mereka menggunakan jalan denai yang dibina oleh pasukan Tentera.)


(Brig-Jen Datuk Azman menerangkan sesuatu kepada DASC mengenai usaha yang dilakukan oleh ATM.)


(DASC bersama dengan seorang pegawai kanan Hotel Concorde yang menyediakan makanan untuk petugas dan mangsa tanah runtuh.)


(DASC, Datuk Khalid Abu Bakar dan Tan Sri Ismail Omar sedang mendengar penerangan daripada Brig-Jen Datuk Azman dari Kor Jurutera ATM. Turut kelihatan ialah Puan Saptuyah Samson dari Jabatan Penerangan yang bekerja keras memberi updates kepada wartawan dan penduduk terbabit.)

Lawatan Dato' Ahmad Shabery Cheek di kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Isnin lalu amat menggembirakan penduduk di situ kerana melihat pemimpin kerajaan turun padang. Beliau menemui penduduk di kawasan itu untuk mengetahui masalah yang dihadapi sejak berlakunya tragedi itu Sabtu lalu. Dato' Shabery yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara turut berbual dengan pihak yang menyediakan pelbagai bantuan termasuk makanan. Sehari sebelum itu, beliau menerima taklimat mengenai kejadian daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar. Gambar oleh DIY.

2 comments:

rayliew said...

Pemimpin hendaklah turun ke padang untuk memberi sokongan moral dan menghulurkan bantuan kepada mangsa dan keluarga mangsa.

IndukYati said...

bukanker Brig-jen Datuk Azman Rosli dr 11 Briged..?