Saturday, December 6, 2008

TANAH RUNTUH DI BKT ANTARABANGSA

Posting Keduabelas - 4.45 petang

Warta Khas RTM jam 4.30 petang tadi memaparkan air mengalir deras di sebuah taman di kawasan bencana kerana air sungai di situ melimpah masuk kerana ditimbus tanah. Penyampainya, Rosli Nordin, juga meminta orang ramai tidak perlu berpusu-pusu datang ke tempat kejadian kerana ia akan "menyesakkan" tempat kejadian dan menghalang usaha mencari mangsa yang tertimbus dan pemindahan mangsa bencana. Ia bukan satu pesta tetapi malapetaka. Mereka perlu faham.

Posting Kesebelas - 4.15 petang

Bagi penduduk beragama Islam di beberapa taman di Bukit Antarabangsa, kejadian tanah runtuh hari ini adalah satu dugaan sempena menyambut Aidil-Adha kali ini. Ia satu dugaan besar yang menyaksikan ramai kehilangan tempat tinggal dan ada pula kehilangan nyawa orang terdekat. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Setakat ini, tiga terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang bermula jam 3.50 pagi tadi.

Posting Kesepuluh - 1.59 tengahari

Pasukan Penyelamat termasuk Smart Team kini bertungkus-lumus untuk memastikan mangsa tanah runtuh selamat dan mereka yang tertimbus ditemui segera. Air daripada sungai berdekatan mulai melimpah memasuki kawasan bencana. Ada banglo yang "bergerak" dan ranap daripada tempat asalnya kerana tolakan tanah.

Posting Kesembilan - 11.9 pagi

Jalan menuju ke Bukit Antarabangsa ditimbus oleh tanah setinggi bukit. Usaha untuk membersihkan tanah itu dijalankan untuk membolehkan "jalan" dibuat bagi membolehkan lebih 3,000 penduduk keluar daripada kawasan bencana. Itu yang dilaporkan oleh Unit Bencana RTM yang mengadakan siaran langsung dari semasa ke semasa. Sebuah banglo dilaporkan ranap teruk dan mengelongsor mengikut tanah di situ.

Posting Kelapan - 10.26 pagi

Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Tajuddeen Wahab, yang tinggal di kawasan itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Penduduk yang dibawa keluar pula ditempatkan di suatu tempat tinggal sementara.

Posting Ketujuh - 9.10 pagi

Sibotak melaporkan tanah di kawasan itu tidak stabil dan mula bergerak. Jika anda di kawasan itu, mungkin boleh melaporkan untuk kepentingan pembaca kita.

Posting Keenam - 8.50 pagi

Laporan wartawan meja jenayah RTM, Along Shafeek, memberitahu DT bahawa 18 dilaporkan masih hilang dan 96 penduduk di kawasan itu sudah mendaftar. Teruskan bersama RTM untuk mengikuti siaran langsung dari Bukit Antarabangsa. Tiga wartawan meja jenayah RTM berada di lokasi iaitu Along, Gaddafi dan Taufik. Operasi pasukan keselamatan diketuai oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Posting Kelima - 8.35 pagi

Semua wartawan tidak dibenarkan berada berdekatan kawasan tanah runtuh. Mereka diminta berada kira-kira 500 meter daripada kawasan bencana sekarang. Ini termasuk wartawan RTM yang sudah berada sejak jam 6 pagi tadi. Oleh itu, mungkin visual tempat kejadian secara dekat tidak dapat dipaparkan oleh RTM. Marilah kita mengharapkan pihak berkuasa memberikan kebenaran kepada RTM untuk membuat laporan lebih dekat dengan kawasan berkenaan.

Posting Keempat - 8.15 pagi

Seorang pelayar DuniaTiger - KARLBUM, melaporkan kakak iparnya tidak boleh keluar. Mungkin tidak boleh keluar daripada rumah atau kawasan runtuh terbabit. Marilah kita berdoa agar kakak ipar beliau selamat dan dilindungi tuhan.

Posting ketiga - 7.21 pagi.

RTM melaporkan dua mayat dikeluarkan - dewasa dan kanak-kanak. Enam sekeluarga dikatakan masih tertimbus.

Posting Kedua - 7.01 pagi

Warta Pagi RTM1 jam 7 pagi menyiarkan siaran pertama kejadian itu.

Dalam laporan itu disiarkan visual banglo mewah tertimbus dan pasukan penyelamat termasuk menggunakan helikopter sudah berusaha mencari mangsa. Lima yang dikeluarkan ditempatkan di surau berdekatan dan mereka yang cedera pula dihantar ke hospital.

Posting Asal - 6.44 pagi.

Tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa. Laporan awal menyatakan 10 buah banglo tertimbus.

14 comments:

Anonymous said...

balik lepak kul 4am, blackout.... sampai skang tak tido lagi...takziah pada yg meninggal di kwsan bwh ni... harap2 yg tertimbus selamat.

karlbum said...

kakak ipar terperangkap, tak dpt keluar.

ibrahim yahaya said...

Sdr Karlbum,

Marilah kita berdoa agar kakak ipar Sdr selamat dilindungi Allah.

Unknown said...

semoga semua selamat!
tenkiu for the lapuran - dapat juga kami di rantau tahu apa yg berlaku.

saya sendiri ramai kenalan di bukit antara bangsa itu.

karlbum said...

terperangkap tak dpt keluar dr kawasan runtuhan. patutnya balik utk raya pagi ni.

saya pun tgh update kat website saya...... karlbum.com

Anonymous said...

kedengaran bunyi pasukan penyelamat mengarahkan penduduk utk pegi jauh dr kawasan tanah runtuh. Kemungkinan akan berlaku lagi.... tanah masih bergerak dan tidak stable.

Fauziah Ismail said...

Datuk
A little disappointed with RTM's live on scene coverage. This not the first time but still got embarrassing glitches.
Also, I find Bernama alert on a certain Datuk and family's safety a little distasteful.
Is this how they prioritise their news alert?

ibrahim yahaya said...

Sdr Jee,

Trying to incalculate new culture to the staff - fast and have more depth. More Vibrant and work hard too. Still in the processs and trying very very hard. Please pray for us for the betterment of RTM.

Anonymous said...

most of the residence, including mine left the area. just to be safe. its doesn't help when we found out that the slide started a few blocks from where we live.

we left at around 11.30 am and the whole area was filled with vehicles - from the police, smart team, etc to the usual onlookers.

luckily the road out is still clear and traffic was manned by the police.

takziah and alfatihah to those who perished.

sumandak bayu said...

Salam Tok'

Rakyat Sabah turut mengucapkan takziah kat keluarga yang terlibat dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa...

Ape pun keadaan Sumandak yakin dan pasti kerajaan Pusat akan membantu sedaya yang boleh....

Tahniah kepada semua kru RTM untuk memaparkan berita terkini dari semasa ke semasa

MAWAR BERDURI said...

salam?

mr tiger? pa perkembangan? mudah2an smua selmat. jap g berita ndak sabar mau tau..kecian pulak rasa di hati ini..tenguk rumah2 tu tertimbus oleh tanah.

MY CUPPIE CAKE said...

TAHNIAH RTM
TV3 memang kalah kali ini
laporan RTM lengkap padat

abe MIE 'TERJAH' said...

datuk, ada sebab lah tu kejadian ini berlaku.

Anonymous said...

Datuk, sayang sekali Berita Radio tak dihighlight dalam komen Datuk. Sedangkan wartawan Berita Radio turut berperanan memberi laporan mutakhir setiap jam berhubung kejadian tanah runtuh itu. Siap buat lintas langsung menerusi Klasik Nasional dan KLFM lagi.. Bukan meminta apa2, sekadar mohon dihargai..