Sunday, November 30, 2008

1 SEN 1 KEHIDUPAN

Kebelakangan ini, saya banyak "melihat" duit satu sen di pelbagai tempat seperti di gerai, stesen bas atau di tepi jalan. Adakalanya, saya melihat duit lima sen atau sepuluh sen di tepi jalan. Ia "terbiar" dan orang ramai tidak menghiraukannya.

Saya pun tidak mengutipnya kerana kebiasaannya "melihat" duit itu dan terpaksa bergegas ke tempat lain kerana mesyuarat atau urusan penting. Alasan, katakan.

Jika dulu, ketika berjalan kaki ke sekolah rendah di Masjid Tanah, saya sering berangan-angan untuk menemui duit siling ini untuk berbelanja. Ketika itu, nasi lemak boleh dibeli dengan harga lima sen saja. Jika menjumpai sepuluh sen, sudah pasti kenyang kerana dua bungkus nasi lemak boleh dinikmati. Dah tua ke?

Oleh itu, alangkah baiknya blogawan memulakan satu kempen "1 sen 1 kehidupan" untuk mengutip duit siling ini untuk disedekahkan kepada sesiapa saja yang bermula. Jika 10 satu sen dikumpul, ia menjadi 10 sen. Jika seratus ia menjadi seringgit. Seribu satu sen menjadi sepuluh ringgit.....dan seterusnya. Amacam?

Saya yakin blogawan di negara ini semuanya baik-baik belaka. Jika projek ini boleh diteruskan mungkin ia boleh dijadikan inisiatif blogawan Malaysia. Tiadalah pula orang mengatakan blogawan di negara ini perangai "entah apa-apa" saja.

Sebenarnya, idea ini bukanlah original atau tulen daripada saya. Ini kerana saya baru menonton CNN yang melaporkan British Airways mengutip derma daripada penumpang mereka untuk diserahkan kepada usaha membantu HIV di Afrika.

Ambil idea untuk kebaikan atau kepentingan orang ramai bukankah satu perkara yang baik. Betul tak?

18 comments:

Unknown said...

Mummy setuju sangat dengan cadangan datuk tiger ni. Mummy pun dok himpun hampir-hampir satu cupak di rumah. Anak Mummy dok buat door stopper pulak.

Anonymous said...

A'kum,saya amat bersetuju.

Anggun Menawan said...

salam....saya sangat setuju tu tiger, 1 sen jika dikumpul2 lama2 boleh mencapai 1 juta jugak kan..lagi pun anak mama c ainun suka sgt collect 1sen,5sen masukkn dlm tabungnya.

Anonymous said...

salam.
bagus cadangan tu datok.tapi sebelum ini rasanya kita diMalaysia pernah juga ada kempen "1sen".walaupun banyak yang dikumpulkan,namun jumlah kutipan tak capai sasaran.mungkin sebab kurang promosi ataupun ia dipandang hambar oleh umum.tak salah saya kempen ni dibuat masa lewat 90an dulu.masa tu masih lagi Dr.M yang menjadi Perdana Menteri.

Unknown said...

assalamualaikum.
bagus juga cadangan ni doktor.tapi bukan dulu pernah ada ke kempen ni?.tapi kalau hendak diadakan semula kempen ni apa salahnya.pasti disetiap rumah ada siling 1sen untuk didermakan.

rayliew said...

Saya setuju dengan cadangan DSI, walau 1 sen itu kecil sangat, namun dikumpul-kumpulkan, akan mencapai kepada satu angka yang boleh digunakan untuk membantu golongan miskin, OKU atau mangsa-mangsa bencana alam kelak. Usaha ini masih dilakukan oleh kebanyakan kaunter bank dan pusat pembayaran bil letrik, air dan kedai telekom..

Anonymous said...

tok,
maso MTES dulu kito pakai ko duit syiling 1 sen empat sogi tu? kalau ado simpan lagi, mintak sekoping... nak buek ibu duit.. hehehe!!!

anyway, i like your idea. a single sen means a fortune to the needful.

elok start copek2... salam

Anonymous said...

sekarang duit satu sen dah tak laku.Bank Negara pun dah tak nak terima

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

a thousand miles journey begin with one step.........mao tse tong

Quantum Metal Consultant said...

Ada satu kes, seorang jutawan telah disaman oleh isterinya dalam kes saraan berhubung perceraian mereka.

Di ruang mahkamah,di hadapan hakim, jutawan tersebut telah menawarkan sejumlah wang mencecah jutaan kepada bekas isterinya untuk kes penyelesaian perceraian. Jumlah tersebut tidak akan menjejaskan jutawan tersebut yang terkenal dengan kekayaan wang ringgitnya.

Bagaimanapun bekas isteri jutawan tersebut menolaknya, dia memohon mahkamah dan bekas suaminya mempertimbangkan permohonannya.

Dia hanya minta nafkahnya dibayar secara sekali ganda bermula dengan 1 sen sehari dan berganda menjadi 2 sen pada hari esoknya dan empat sen untuk hari esoknya dan 8 sen untuk seterusnya, dan begitulah setiap hari akan berganda dari jumlah ke jumlah.

Dengan bongkak dan tanpa usul periksa, jutawan tersebut dengan senang hati bersetuju dan hakim telah menerima penyelesaian tersebut..

Di pendekkan cerita, jutawan tersebut akhirnya menjadi muflis kesan dari tuntutan tersebut..tahukah sebabnya dan bagaimana ia berlaku..

Bayangkan bermula dari satu sen ia akan meningkat dua kali ganda, hinggalah ke jumlah 10 juta misalnya, kemudian ia menjadi 20 juta hari esoknya, dan 40 juta untuk lusa dan 80 juta untuk seterusnya..

Moralnya, begitulah kuatnya peranan 1 sen jika kita pandai menghargai.

Syuk said...

wah, menarik juga cadangan nie Dato' Tiger.. hahaha...
Betul2, sy tgk pun org skarg dah anggap duit 1 sen da x der value langsung... low clas!!
padahal, menda tu pun duit juga, klu dikumpul tentu ada yang sanagt menghargainya... betul x??

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
ada yang kata 1 sen sudah tidak releven lagi digunakan, tapi pada saya ia tetap mempunyai nilai walau pun sedikit yang mana boleh di ganti atau ditukar bila sampai waktu dan masanya.Setuju dengan pendapat datuk mengenai duit 1 sen tu..mungkin dengan cara ini kita boleh memberi cahaya kehidupan pada insan yang memerlukan...

AKULAH GHAIBMAN said...

Salam...
betul tu... saye pun selalu nampak duit 1 sen di biar begitu saje. mcm tak berharge lgsung. lu pikir la sendiri..

Anonymous said...

Assalamu alaikum Datuk,
Apa khabar? Harap Datuk sihat. Nampaknya datuk masih macam dulu... kreatif dan kritis... Syabas. Jika ada kelapangan, jemputlah jengok ke blog saya pula, sekalibicara.blogspot.com.

panglimapitas said...

Salam..
betul.. duit 1 sen di buang di merata2 tempat mac tak berharga langsung dorang buat.. sian betul 1 sen ni. jgan dibikin lg bagus dari dulu...

Anonymous said...

Take this test to see if you, Sdr Ibrahim is a right-wing journalist or not.

Right-wing political ideology.
Most of the Arts&Social Science, Business and Law graduates in the world tend to be right-wingers.

Right-wingers tend to have these following viewpoints:

1)Liberation of the consumer forces of humanity.
2)Individual ownership of private property and personal wealth.
3)Attain wealth as necessary condition for freedom, liberty and justice.
4)Banking and financial institutions as the top priority institutions.
5)Money controls production or money is power and money is the true measurement of a person’s social status in the society.
6)Basic human rights has the top priority over basic human needs.
7) Believer and advocater of free market, free trade, free enterprise, free speech, freedom of expressions, free will of free people and free press.
8) Believes that true strength and sheer power comes from great numbers, the majority numbers, the basic concept of democracy where tyranny of the majority reigns supremacy.
9) Human civilizations should expand, spread and consume .
10) Majority-consumers at the top half of human food chain and the minority-producers at the bottom half of human food chain.

If you hold most of the points above dear to your heart, then you are a right-winger.

Ahmad A Talib said...

Sdra Tiger dan Pancaroba,

Anda berdua betul! Kempen mengumpul duit 1 sen ini dibuat pada tahun 1998 apabila Malaysia menjadi tuan rumah sukan komanwel. Pada masa itu, Bank Negara dengan kerjasama Persatuan Bank-bank Msia dan akhbar NSTP melancarkan kempen mengutip wang siling 1 sen.

Menurut Bank Negara, ia terpaksa membelanjakan 3 sen untuk mengilang setiap wang siling 1 sen. Ini bermakna, mengilang wang siling 1 sen lebih mahal dari mengutip wang 1 sen yang bertaburan di rumah, kedai, dan di mana saja.

Kempen itu dinamakan ONE SEN FUN. Wang siling yang dikutip kemudian digunakan untuk membeli tiket Sukan Komanwel dan tiket itu kemudian diagih kepada anak yatim, orang cacat, penghuni rumah kebajikan dan murid sekolah. Ramai sungguh mereka yang kurang berupaya dapat menyaksikan Sukan Komanwel hasil kutipan wang siling 1 sen itu.

Syabas Tiger kerana mengembalikan semangat kempen ini! Boleh bikin sekali lagi!

Anonymous said...

yap...betul..setuju..

* kbetulan lalu blog nie, mmg org rtm kan...so, sy nak komen la bg pihak sy...skg nie sy tgk rtm1 ada penyampai baru tetapi malangnya cara penyampaiannya teruk sekali...mcm tak ada latihan langsung...tgk muka mcm takut ada hantu di depan...cantik tak guna kalau cara mcm tu...tp penyampai yg lama memang hebat lah..syabas