Monday, July 16, 2007

HAFIFI HAFIDZ SEMAKIN SIHAT


(Manja, AKJ, IY dan Hafifi)

Sahabat lama, Datuk Hafifi Hafidz (DHH), semakin sihat dan ligat menjalankan perniagaan di dalam dan luar negara. Berniaga sambil membantu golongan yang menghadapi penyakit kanser. Itulah yang dilakukan oleh DHH sejak berhenti daripada NSTP.

Ketika ini, ramai rakan-rakan daripada kalangan artis, wartawan, tokoh korporat, ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan mencari DHH untuk mendapatkan ubat yang boleh membantu meringankan beban pesakit kanser.

Bagi DHH, semua penyakit ada penawarnya. Yang penting manusia perlu berikhtiar mencarinya. Semoga DHH terus maju dalam perniagaan dan membantu manusia yang amat memerlukan khidmatnya.

7 comments:

Nordin Sulaiman said...

Sdr Ibrahim,

Benar, semua penyakit ada penawar kecuali penyakit tua dan mati.

JBingkasan said...

Salam damai. Gembira rasanya hati ini mendapat tahu banyak bekas rakan kerja di NSTP yang berjaya dalam kerjaya baru mereka. Alangkah baik jika saya juga akan jadi seperti mereka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nordin,

Tepat sekali. Satu lagi penyakit yang perlu dijaga ialah "penyakit nafsu tidak tua". Fikirkanlah wahai pembaca semua.

Sdr JB,

Saudara pun boleh jadi macam mereka. Mengapa tidak?

Bagaimana cuaca di sana? Harap semua ok ba.

duniabudin said...

Sdr Tiger,

Semoga DHH segera sembuh.

Anonymous said...

Saudara Tiger,
Alhamdulillah DHH semakin sihat. Saya memang ingin mengetahui keadaan beliau, masakan boleh lupa DHH yang sentiasa ramah dan sedia berkerjasama saperti saudara dan memudahkan tugas saya.
Semoga anda berdua akan sentiasa sihat dan dirahmati Allah sepanjang masa.
NanaDJ

ibrahim yahaya said...

Sdr NanaDJ,

Sama-samalah kita saling membantu.

Tetapi saya tetap kagum dengan Pi Bani dan Daphne Ling - mereka ini adalah daripada "kumpulan manusia budiman". Susah nak cari manusia macam ni sekarang.

Semoga tuhan panjangkan umur mereka untuk terus berbakti kepada golongan yang memerlukan.

Anonymous said...

sdr nordin,

hope Dato' will get well soon.

sdr R