Sunday, July 29, 2007

TIADA DUIT, ELOK DUDUK KAMPUNG (4)

...pagi ini hujan di Putra Heights. Hujan ini mengingatkan saya tidur berbungkus. Sejuk di luar, panas di dalam. Hujan juga menyebabkan teman saya Azad, teruja dengan bau-bauan selepas hujan. Nak sambung tulisan semalam.

6. Jeriji. Di kampung, tak payah pasang jeriji di rumah. Cukup dengan kunci biasa atau sesetengah rumah menggunakan selak kayu. Namun, ada juga orang pasang besi di nako, tingkap cermin berlapis untuk menggelakkan berlakunya sebarang kemungkinan. Di bandar, penduduknya suka pasang jeriji. Ada pasang jeriji macam jel. Semua orang nak pasang jeriji. Semua orang takut pencuri masuk rumah. Ada yang pasang jeriji besi biasa. Ada yang menggunakan stainless steel. Ada jeriji yang simple. Tidak kurang pula yang mempunyai design cantik dan menarik. Namun, rumah itu dah macam sebuah penjara. Tidak hairanlah banyak cerita mengenai individu yang terperangkap dalam rumah ketika berlakunya kebakaran. Biasanya kanak-kanak dan orang tua. Jeriji tak boleh dibuka. Akibatnya badan terbakar menjadi rentong. Nak pasang jeriji bukan murah. Yang ringkas pun kena bayar RM1,500. Apatah lagi yang nak pasang seluruh rumah. Jawapannya kena keluar hampir RM5,000. Perrrrgggh. Design rumah di kawasan saya sungguh menarik. Namun, apabila pemilik rumah mula pasang jeriji, seninya terus hilang. Pasang tidak salah, tetapi berpada-padalah. Satu lagi, nak ingatkan pemilik rumah yang menggunakan taktik letak kunci atas pintu atau bawah pengesat kaki. Jangan buat macam tu. Pencuri pun dah tahu. Ada banyak cerita, pencuri masuk menggunakan kunci yang disorokkan di atas pintu atau bawah pengesat kaki. Kalau nak buat juga, fikir-fikirkanlah di tempat yang orang tak pernah fikir. Ahh..jangan bubuh dalam kasut pula. Itupun dah biasa orang buat. Pasu bunga? Pun tak payah. Saya bukan tok bomoh, tapi banyak minta bantuan Allah SWT. Baca bismillahirahmanirahim 21 kali sebelum keluar rumah. Niat minta kat Allah SWT tolong jaga rumah. InsyaAllah tuhan akan lindungi rumah kita. Bukan untuk lindung rumah saja. Sebelum masuk pejabat, keluar pejabat. Ketika nak mula perjalanan membawa kereta. Sebelum tidur, untuk elakkan perkara tak ketahuan meresapi badan. Elok amalkan. Pasti berkesan. Ilmu ini saya dapat daripada Dr Malik Munip. Cubalah gunakan.

....akan merapu lagi....

2 comments:

Suara Perindu said...

Sdr Tiger,

Saya setuju benar dengan apa yang saudara nasihatkan. Kenapa kita tak minta pertolongan Allah. Satu lagi baca ayat Kursipun bagus. Minta selamat segala-galanya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nordin,

Semua perkara bermula dengan langkah pertama. Ketika langkah pertamalah kita perlu beringat dan berwaspada. Sebelum masuk rumah baru, eloklah baca surah yassin beratus kali sebagai pendinding. setiap penjuru. kita tutup pintu baik-baik dan barulah kita tawakal. baca surah itu sebagai doa saja untuk perlindungan daripada Allah SWT. Pintu dan tingkap tetap kena kunci.