Tuesday, July 3, 2007

PRU12: RAMALAN TOK NUJUM (6)


(Dr Mohd Azam Rauzan, ADUN Penawar, Johor)

Dalam usaha memantapkan barisan kepemimpinan UMNO pada masa akan datang, usaha untuk mengetengahkan pemimpin muda, profesional dan berpendidikan tinggi dalam parti perlu diteruskan. Ada antara mereka ini sudah menghayati perjuangan parti sejak sekian lama tetapi belum lagi diberikan kesempatan untuk memikul tugas sebagai ADUN, Ahli Parlimen, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri. Ada juga yang sudah menjadi ADUN atau EXCO tetapi boleh diberikan tugas yang lebih besar di peringkat Pusat.

Untuk artikel ini, saya mengetengahkan beberapa nama yang boleh dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang. Mungkin kebolehan dan kehebatan mereka sudah diketahui tetapi tidak diketengahkan kerana belum sampai masanya. Atau mungkin mereka tidak pernah diketengahkan sebelum ini kerana terpaksa bersaing dengan ramai pemimpin UMNO lain.

Pemimpin yang saya maksudkan ialah Datuk Dr Noraesah Mohamad, Datuk Azim Zabidi, Datuk Dr Zamry Abdul Kadir, Datuk Idris Harun, Datuk Raja Nongcik Raja Zainal Abidin, Datuk Zein Isma Haji Ismail, Datuk FD Iskandar FD Mansor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Dr Azam Rauzan dan Dr Kheirul Azmi. Mereka mempunyai kelayakan akademik dan pelbagai pengalaman termasuk dalam bidang perniagaan dan perubatan.

Dr Noraesah, seorang senator dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang ekonomi terutama perbankan. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah dalam Sains Ekonomi dari University Paris 1 Pantheon Sorbone. Ketika ini, Dr Noraesah ialah Pengerusi Penang Bridge Sdn Bhd, Penasihat Alcatel Network System (M) Sdn Bhd. Beliau banyak mengambil bahagian dalam membentangkan kedudukan ekonomi bangsa Melayu selain memperjuangkan usaha membasmi kemiskinan di kalangan majoriti rakyat di negara ini.

Datuk Azim, seorang tokoh perbankan terutama bidang saham amanah adalah antara pemimpin muda yang diketengahkan oleh Paklah dalam parti. Beliau yang memegang pelbagai jawatan di peringkat antarabangsa sudah membabitkan diri dalam UMNO menerusi UMNO Bahagian Bukit Bintang. Ketika ini, Datuk Azim ialah Pengerusi Bank Simpanan Nasional dan Bendahari UMNO. Raja Nongcik pula ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pernah menerajui UMNO Bahagian Lembah Pantai. Kepakaran beliau dalam bidang ekonomi dan perniagaan adalah ciri-ciri penting pemimpin yang boleh diketengahkan UMNO dalam pilihanraya akan datang.

Beberapa pemimpin muda yang boleh diketengahkan ialah Dr Zamry, Dr Mohd Puad, Datuk Zein Isma, Datuk Idris dan Dr Azam. Dua daripadanya ialah ADUN iaitu Dr Zamry yang kini EXCO Perak dan Dr Azam, ADUN Penawar yang menang tanpa bertanding. Datuk Idris yang juga aktif dalam pertubuhan belia kini adalah Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka.

Datuk Zein Isma pula ialah seorang ahli perniagaan dan kini memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Subang. Beliau yang juga anggota lembaga pengarah Felda pernah dipilih menjadi EXCO Pemuda dan berkelulusan acturial science. Dr Mohd Puad, seorang senator pernah menjadi setiausaha politik kepada Menteri Besar Johor. Beliau banyak memberi pandangan bernas dan teguran yang telus ketika Perhimpunan Agung UMNO dan juga di Dewan Negara.

Seorang lagi pemimpin muda UMNO ialah Dr Kheirul Azmi yang diberi penghormatan untuk menyampaikan ceramah di seluruh negara. Beliau yang kini menjalankan perniagaan mempunyai kepakaran dalam mengupas isu-isu semasa mengikut pandangan Islam. Selain itu, beliau pernah menerajui agensi penerangan di pejabat Menteri Besar Johor.

Pemimpin muda yang membabitkan diri dalam bidang perniagaan ialah Datuk FD Iskandar yang kini memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Glomac. Beliau yang menerajui syarikat pembangunan hartanah Glomac mempunyai banyak projek hartanah di dalam dan luar negara. Yang terbaru ialah pembabitan Glomac dalam pembangunan hartanah di India. Datuk FD Iskandar boleh menambah bilangan pemimpin UMNO di peringkat Pusat yang berlatarbelakang dalam bidang ekonomi dan pembangunan hartanah.

7 comments:

lina said...

Salam neighbour interesting write up.
Lina

ibrahim yahaya said...

Dear Lina,

Tq for your support.

ahm said...

do you see zahidi zainol abidin, adun beseri(pelis) can he fit somewhere...or no where

ibrahim yahaya said...

Dear Ahm,

Please read - PRU12: Ramalan Tok Nujum (1). You will find the answer to your question.

Cheers.

ibrahim yahaya said...

Dear Ahm,

I' m sorry bro. PRU12: Ramalan Tok Nujum (3).

(silap - bang my head several times)

Anonymous said...

brother ibrahim,
with due respect to your experience, i feel obliged to rite a commnet to your blog.

frankly speaking, i find you as awriter without substance.no quality in your writing, bahasa mudah syok sendiri.

maaf. tapi itu pandangan saya.
ada baiknya abang belajar balik dan kaji ilmu penulisan dalam dalam.

ibrahim yahaya said...

Sdr yang dimuliakan.

Terima Kasih.