Jika anda tiada duit, lebih baik duduk di kampung. Jangan tinggal di bandar-bandar besar terutama di Kuala Lumpur. Percaya dan yakinlah. Saya mempunyai alasan kukuh menyokong nasihat itu bermula dengan tempat tinggal anda.
1. Rumah. Jika di kampung, anda sudah pasti mempunyai sebuah rumah. Setidak-tidaknya rumah ibu bapa. Itulah tempat berteduh. Di bandar, sudah pasti anda perlu menyewanya. Berapa jumlah sewanya pula? Di Kampung Chubadak, Sentul, pada tahun 1980, anda boleh sewa RM70 sebulan. Tahun 2007, sewanya sudah naik hingga RM300. Di Bangsar, dulu boleh sewa RM1,000 sebulan kini sewa sebuah rumah teres dua tingkat boleh mencecah RM4,000. Begitu juga di Subang Jaya dan Taman Tun Dr Ismail, sewa rumah kini tidak kurang daripada RM1,500. Jika anda ingin menyewa pangsapuri, ia juga bermula dengan RM300 ke atas. Jika gaji anda RM700, lupakan saja untuk tinggal di bandar. Nak tumpang kawan atau saudara. Sambil bila? Lama-kelamaan sudah pasti sindiran tajam akan diluahkan. Umpamanya, " sampai bila rumah kita ni akan ada penumpang?". Perrrgggh. Nak buat rumah setinggan dah tak boleh lagi. Kerajaan Negeri ada matlamatnya untuk menghapuskan setinggan. Nak tinggal dalam hutan berhampiran bandar, nanti disalahsangka pula sebagai pendatang tanpa izin. Nak tidur di bawah jambatan atau tempat menunggu bas, akan termasuk dalam kategori gila pula.
2. Makan Minum. Di kampung, anda boleh makan dan minum apa saja jika tinggal di rumah ibu bapa. Merekalah yang menanggungnya. Anda juga boleh makan buah-buahan yang terdapat di sekeliling rumah atau rumah saudara-mara. Di bandar, apa saja yang hendak dimakan atau minum perlu dibayar. Waima air kosong sajapun kini berharga 30 sen di restoran mamak. Apatah lagi nak ambil buah rambutan rumah jiran, mungkin anda akhirnya bermalam di jel. Harga gula-gula pun sudah naik 10 sen satu gula. Sambil bila boleh tahan makan satu gula saja. Roti pun sudah berharga RM1, yang boleh "tahan perut" selama sejam. Selepas itu, anda akan kelaparan. Nak buat teh, perlu ada air panas. Air panas juga dikenakan bayaran. Di kampung, anda boleh bercucuk tanam di keliling rumah. Di bandar, semuanya simen dan batu. Sayur-sayuran bertaubat untuk tumbuh. Di kampung, anda boleh mengail untuk mendapatkan ikan sembilang atau haruan. Bakar dan cecah dengan air asam. Masak nasi panas dan siapkan sambal belacan. Di bandar, ikan pun mati dalam sungai yang penuh toksid. Nak beli asam jawa dan belacan perlu naik bas pergi ke Tesco atau Giant. Terpaksa keluar duit lagi.
3. Pakaian. Di kampung, anda boleh pakai baju lama. Tiada orang akan peduli. Di bandar, anda perlu mempunyai satu set pakaian untuk seminggu. Apatah lagi jika anda bekerja. Mesti yang bersih dan cantik. Di kampung, tidak perlu kerana mungkin anda berada di rumah sepanjang masa atau bekerja di kebun atau kilang papan. Begitu juga bekerja di kedai baiki motor. Jika pergi ke pekan di kampung, tidak perlu memakai pakaian mahal. Tshirt pagoda, kain pelikat dan selipar jepun pun dah cukup. Di bandar, semua orang memakai pakaian yang ada jenama. Tidak kira buatan Siam atau China. Yang pasti ada jenama. Itupun kena bayar RM20 untuk sehelai kemeja-T. Jika hendak beli kemeja yang baik, sekurang-kurangnya kena keluar RM50. Di kampung, anda boleh pakai kain pelikat seharian. Tidak dibandar, mungkin orang kata anda baru bersunat. Di kampung, lepas cuci pakaian boleh menyidainya di keliling rumah. Di bandar, nak sidai di mana? Silap-silap dapat saman DBKL. Pakaian pula kena hantar dobi. Itu keluar duit lagi. Kasut jangan cerita. Di bandar, mesti yang baru dan cantik. Tidak boleh kelabu dan berabuk. Di kampung, tidak kisah. Capal lama pun dah dianggap cantik dan bergaya. Seluar kecil kena bertukar setiap hari. Di kampung, tidak pakai pun tak apa jika sepanjang hari duduk di rumah. Siapa hendak perasan?
Berjumpa lagi. Sekadar merapu untuk menggelakkan lebih ramai orang datang ke bandar.
Wednesday, July 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sdr Tiger,
Bagus sekali untuk dijadikan panduan hidup. Tapi masalahnya 'orang kita' suka hidup di bandar. Tak glamour kata mereka hidup di kampung.
Sdr Nordin,
Buat apa hidup "di bandar" tetapi sengsara lebih teruk daripada hidup di kampung. Umpamanya duduk rumah setinggan yang becak, tiada jalan raya, tiada elektrik atau bekalan air bersih. Tinggal di flet yang perlu berkongsi sampai sepuluh orang. Berhimpit-himpit. Satu bau tapi tidak menyihatkan. Perrrgggh.
Ada baiknya duduk di kampung yang boleh menghirup udara bersih dan nyaman. Pergi memancing apabila teringat nak pergi. Makan rambutan di atas pokok (kalau jatuh tanggung sendiri). Hirup kopi kawww di kedai kopi Cina yang pakai cawan tebal. Perrrgggghhh. Makan nasi lemak di warong makcik, yang memang berlemak. Bukan namanya nasi lemak di bandar, tapi bau je, lemak dah tiada. Kena cendol penjual India di Simpang (pekan Masjid Tanah), sudah pasti berdengong sampai petang.
Post a Comment