Saturday, July 21, 2007

PILIHANRAYA OH PILIHANRAYA!


(Gambar hiasan: "Jangan ambil gambar saya. Saya tidak mahu jadi calon. Gambar oleh IY)

Bercakap mengenai pilihanraya sudah tentu kita tidak lari daripada memperkatakan mengenai calon yang akan bertanding. Ketika ini, ramai yang memasang angan-angan untuk menjadi calon KADUN atau KAPAR. Tidak hairanlah ada pihak yang melaksanakan kegiatan melobi atau menonjolkan diri untuk diberikan pertimbangan oleh pemimpin atasan. Lumrah dunia.

Baru-baru ini,saya diberitahu bahawa ada seorang Naib Canselor institusi pengajian tinggi awam di Shah Alam yang dikatakan bersikap amat berbeza sekali. Ketika ramai pihak yang berebut-rebut untuk menjadi calon pada PRU11, beliau sebaliknya menolak dengan hormat pelawaan pemimpin tertinggi. Alasannya ialah beliau lebih gemar untuk mengabadikan diri dalam pendidikan, bidang yang amat rapat dengannya. Namun, beliau tetap memberikan komitmen untuk membantu kerajaan dalam meramaikan lagi modal insan yang cemerlang untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik. Begitulah sifat orang yang berprinsip dan bermatlamat. PRU12 ini bagaimana pula? Mungkin dipelawa lagi kot?

Cerita ini membuktikan bahawa bukanlah semua pihak yang berminat untuk menjadi calon pilihanraya jika mereka mempunyai prinsip dan matlamat tertentu. Bukan sekadar seronok hendak bertanding. Sekali fikirpun, ada juga baiknya mereka tidak bertanding kerana sebelum ini banyak contoh-contoh yang memaparkan ada pihak yang tidak "menyinar" apabila dipilih untuk menjadi ADUN atau APAR. Mereka sepatutnya lebih baik "menetap dan menjadi pensyarah" di universiti saja daripada jadi "orang politik sepenuh masa".

No comments: