Saturday, July 28, 2007

ROSLI ISMAIL: BANYAK BERSABAR


(Gambar oleh AgendaDaily)

Ia bermula dengan tulisan wartawan veteran, Rosli Ismail di news portal miliknya, AgendaDaily mengenai kenyataan RPK, tauke MalaysiaToday, selepas ditahan selama lapan jam oleh polis. Rosli menimbulkan persoalan apakah blog RPK kebal daripada undang-undang negara ini kerana MT dikatakan didaftarkan di luar negara. Tulisan Rosli lebih kepada mengajak pembacanya memikirkan mengenai "kekebalan" itu.

Daripada pengamatan saya, mungkin tulisan Rosli itu dilihat cuba mempersoalkan kenyataan RPK mengenai kekebalan MT. Namun sebagai pengendali blog, Rosli yang juga bekas news editor Utusan Malaysia, mengetahui had yang boleh dilakukan oleh pengendali blog. Itu yang ingin diutarakan oleh Rosli. RPK, seterusnya menyiarkan semula tulisan Rosli di MT dengan pendahuluan yang menyatakan Rosli dibayar oleh pihak tertentu terutamanya menantu PM, Khairy Jamaluddin dan Datuk Norza Zakaria, ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pendahuluan itu, berbunyi begini: Agenda Daily is an Umno-financed website that received RM200,000 from Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's son-in-law, Khairy Jamaluddin, and is now financed and managed by Norza Zakaria, one of the two (the other is Azalina Othman) who the Umno Supreme Council has put in charge of the 25 Umno cyber-troopers. As follows is what Agenda Daily is saying about Malaysia Today.

Bagi Rosli, ia satu tuduhan yang "pedih" tambahan pula ia membabitkan nama dan maruahnya. Oleh itu, tidak hairanlah Rosli membalasnya dengan artikel terbaru dalam AgendaDaily yang bertajuk: Kalau Raja Petra ‘ ada telur...

Bacalah luahan rasa Rosli dalam [ ceritanya ] mengenai RPK dan MT.

2 comments:

Anonymous said...

Rosli dan Raja Petra dua-dua ada telur, masaalahnya siapa yg boleh disuruh tunjuk naik turunnya?

Rosli telur dia boleh ikut siapa yg belaikan.

Aku tak lupa dia meletakkan satu surat bodoh menghina TDM. Dikata ada surat jawapan, tapi sampai sekarang tak nampak.

Tak payah cakap panjanglah Rosli, Raja Petra, walaupun pembangkang, naik turun telornya, dia tentukan. Kau punya siapa turunkan? TDM yg berjasa kau keji bukan kau kritik.

ibrahim yahaya said...

Sdr Husin lempoyang,

Bab telor ni, Rosli kena jawablah. Kita tunggu jawapannya. Itupun kalau dia baca blog ini. Atau mungkin Rosli boleh jawab soalan Sdr dalam news portalnya.