Thursday, July 5, 2007

KISAH PENIPUAN BANK BERHAD (1)

Sejak hidup lebih 40 tahun, inilah pertama kali saya diberitahu bahawa bank besar juga boleh menipu pelanggan di Malaysia. Sungguh mengejutkan. Amat memalukan dan menyedihkan. Apatah lagi bank besar itu tidak menghiraukan arahan dan keputusan makhamah.

Persoalannya mengapa perkara itu boleh berlaku di negara ini:

1. Adakah bank besar itu merasakan diri mereka gagah dan kukuh daripada serba serbi?

2. Adakah mereka kebal atau di atas undang-undang sehinggakan boleh melanggar arahan makhamah?

3. Adakah ada orang besar yang melindungi mereka sehingga mereka tidak gentar dan memberikan banker's cheque yang tidak laku?


Inilah persoalan yang bermain di kepala saya.

Saya tidak ingin memberitahu nama bank besar itu kerana bimbangkan implikasi undang-undang. Apatah lagi bank besar itu sudah pasti mempunyai networking sehingga berani berbuat demikian.

Namun, orang kecil itu akan memberi segala kerjasama jika ada peguam yang hebat boleh membantu dalam mengemukakan kes ini.

Adalah elok kita membongkar perkara ini bagi memaparkan kepada dunia bahawa ada yang tidak betul, jika dakwaan orang kecil itu benar-benar berlaku.

Saya yakin dengan dakwaan orang kecil kerana disertakan nombor banker's cheque, tarikh dan arahan makhamah itu. Orang kecil telah berusaha tetapi tidak berjaya melawan arus deras itu.

Allah SWT akan bersama dengan golongan yang teraniaya.

No comments: