Saturday, July 28, 2007

MINTA MAAF SEMUA IBU MENTUA

Ini cerita jenaka yang disampaikan oleh TSAK petang tadi ketika hi-tea di rumahnya. Kisah kegarangan ibu mentua dan ketakutan menantu. Ia membabitkan juga haiwan seperti lembu.

Ceritanya: Rombongan pelancong Malaysia pergi melawat Sepanyol tahun lalu. Dalam lawatan itu, rombongan itu dibawa melawat pusat ternakan lembu susu. Setiap pelancong diberi peluang untuk memerah susu lembu di pusat ternakan berkenaan. Ketika sedang memerah susu, seekor lembu jantan berlari laju menanduk siapa saja dihadapannya. Ketika itu, seorang pelancong Malaysia sedang memerah susu seekor lembu betina. Lembu jantan itu meluru ke pelancong wanita Malaysia itu. Apabila hampir tiba, lembu jantan itu tekan "brek" dan tunduk. Lembu jantan itu terus berlalu dan jalan perlahan-lahan. Pelancong wanita itu tergamam tetapi sempat tersenyum. Selepas lembu jantan itu berlalu, rakan-rakan pelancong wanita itu datang kepadanya dan mereka mengucapkan syukur kerana beliau tidak diapa-apakan oleh lembu jantan itu. Kemudian terdengar seorang pelancong bertanya kepada pemilik pusat ternakan yang turut berada di situ perihal mengapa lembu jantan yang ganas itu tiba-tiba berhenti di hadapan wanita yang memerah susu lembu betina berkenaan. Pemilik itu secara selamba menjawab, "Lembu betina yang diperah susu itu adalah ibu mentua kepada lembu jantan ganas berkenaan." Oooooooooooooo....suara serentak daripada semua pelancong yang berada di situ. Perrrggggh.

2 comments:

PUTRAGABAN said...

Salam Tok Rimau.
Jalan cerita ni mengingatkan kita pada lembu-lembu Sepanyol yang terlatih. Di Malaysia, bukan saja lembu, manusiapun tak pandai hurmat antara satu sama lain.

ibrahim yahaya said...

Sdr budin,

Dalam maksudnya tu. Kalau kita hendak orang menghormati kita, kita perlu menjadi individu yang baik dan berhati mulia. Barulah orang akan menghormati kita.