Monday, December 31, 2007

DAMAGE CONTROL ON SENSITIVE ISSUES

Lepas satu kemudian satu lagi. Sabtu lalu, masalah dua pemimpin UMNO bertelagah dalam media. Kini muncul pula satu lagi "isu" dalam parti komponen BN, MCA. Ia dikatakan mengenai skandal video seks yang muncul di Johor dua hari lalu.

Ia dikatakan membabitkan seorang pemimpin peringkat nasional dari negeri itu. Apa halnya ni?

Jika "letupan politik" demi "letupan politik" berlaku sudah tentulah pembangkang akan meraih keuntungan terutama dalam usaha mereka mencemar imej MCA dan BN dalam PRU akan datang. Skandal ini diibaratkan sebagai peluru untuk "menembak" BN dalam ceramah pilihan raya mereka akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting tentu bijak untuk menangani isu ini sama ada menjelaskan perkara sebenar dan meminta maaf kepada orang ramai atau menafikan perkara itu berlaku dan menyifatkannya sebagai usaha jahat pihak tertentu.

Namun, setakat ini, beliau memilih untuk mendiamkan diri. Jangan terlalu lama Datuk Seri.

Malaysiakini melaporkan DS Ong hari ini enggan mengulas mengenai skandal video seks itu.

Selepas satu majlis di ibupejabat parti itu hari ini, DS Ong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berulangkali memberitahu pemberita bahawa beliau tidak mengadakan sidang akhbar.

“Jika saya jawab satu soalan, saya tahu, kamu akan bertanya banyak lagi soalan. Tak ada sidang akhbar," katanya sambil tersenyum kepada pemberita.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa DVD tersebut - yang didakwa menunjukkan ahli politik itu sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita - pada mulanya diedarkan di Muar dan kemudian, Batu Pahat dan Seremban.

JANGAN BASUH PUNGGUNG DI KHALAYAK RAMAI


(Gambar Agenda Daily)

Ketika pemimpin tertinggi UMNO meminta semua pihak tidak menggunakan media sebagai tempat "membelasah" orang lain, tiba-tiba pula ada pemimpin UMNO yang membelasah antara satu sama lain dalam media. Apa ni?

Kalau nombor satu atau dua kata jangan "membasuh punggung di khalayak ramai" tidak payahlah berbuat demikian kerana ini akan memberi "kemaluan yang amat besar" kepada mereka yang membasuh punggung itu. Yang akan rugi ialah UMNO atau Barisan Nasional di mana orang luar akan berkata bahawa pemimpin UMNO sudah mula bergaduh antara satu sama lain. Malah ia tidak sesuai terutama menjelang pilihan raya umum. Ikutilah nasihat nombor dua yang mahu berbincang dengan nombor satu.

Ikutilah berita dalam Agenda Daily ini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad menghentam Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Sabtu lalu berkata beliau akan membincangkan isu itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ditemui para wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan di Kota Kinabalu semalam, beliau juga berkata: “Kita tidak mahu perkara ini dibincangkan secara terbuka kerana isu begini membawa implikasi yang besar”.

Manakala Timbalan Menteri Penerangan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahid Hamidi pula menyifatkan isu berkenaan adalah isu dalam ‘kelambu politik’ UMNO yang tidak seharusnya didedahkan.

Sebaliknya, perkara-perkara yang sensitif seharusnya dibincangkan secara dalaman parti.

Sementara seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Shahrir Samad juga mencadangkan agar kemelut yang berlaku di Perlis diselesaikan secara baik.

“Kalau ada masalah sepatutnya kita cari penyelesaian, jangan didedahkan kepada khalayak, kalau ini berlaku ia akan menambahkan masalah sedia ada.

``Justeru apa pun tindakan yang akan diambil, kita harus mencari penyelesaian dengan tujuan supaya parti itu kuat dan bukan individu tertentu yang kuat,'' katanya.

Tambah Shahrir, rakyat sebenarnya tidak berminat untuk dibabitkan dalam soal konflik antara pemimpin.

``Perkara yang paling penting ialah Barisan Nasional (BN) dan UMNO khususnya, mesti melihat kepada masalah rakyat dan bukan untuk melihat masalah individu yang mungkin menjadi punca perkara didedahkan di khalayak,’’ ujarnya.

Mengenai kenyataan Shahidan bahawa beliau kecewa dengan sikap segelintir pemimpin UMNO yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti di negeri itu tetapi suka menganggu ketenteraman serta pentadbiran negeri, Shahrir berkata, para pemimpin UMNO negeri tidak boleh mengasingkan diri daripada kepimpinan UMNO pusat kerana kekuatan mereka banyak bergantung kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, jika pemimpin negeri bertindak sebegitu rupa daripada kepimpinan pusat, ia menjadi punca konflik.

``Kalau kita mempunyai anggapan UMNO negeri berbeza daripada UMNO pusat dan ada pihak lain yang boleh bercakap tentang soal negeri dan sebagainya, benda-benda macam inilah yang menjadi pencetus perbalahan dan mengundang pelbagai konflik,'' katanya.

Shahidan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis dilaporkan menegur ada pemimpin yang mempunyai jawatan tinggi di peringkat Persekutuan tetapi gemar mencampuri urusan pentadbiran negeri bila pulang ke negeri ini.- 30/12/2007

Sunday, December 30, 2007

RESTORAN TERLEBIH CAJ?

Pagi ini saya terkejut kerana terpaksa membayar RM40 untuk makanan yang dibeli di sebuah restoran di Shah Alam.

Harga makanan mahal atau kasyier Indonesia yang terlebih caj terhadap saya?

Tak tahulah, tetapi saya rasa bayaran itu mahal.

1. Air suam - dua
2. Air sirap
3. Teo o
4. Lontong setengah - dua
5. Roti canai
6. telur setengah masak - dua
7. roti bakar - satu set
8. kueh - tiga
9. ayam berkuah - tiga
10. kuah kurma daging
11. kuah ikan masin - ikan dua
12. sayur
13. ikan goreng - dua

Saturday, December 29, 2007

KISAH BENAR : SUAMIKU KEKASIH ORANG

Aku tidak pernah menyesal dinaikkan pangkat begitu cepat. Aku bersyukur kerana kini aku menerajui syarikat besar yang mempunyai kakitangan ratusan ribu orang.

Aku menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, komited dan bermatlamat jauh. Aku yakin mampu membawa syarikat itu ke persada yang lebih tinggi termasuk ke peringkat antarabangsa agar rakyat Malaysia di pandang hebat dan terbilang.

Namun, aku sedih suamiku seorang "penganggur terhormat". Beliau tidak bekerja dan hanya tahu menghabiskan wang yang diberikan setiap bulan. Aku memberi "gaji" lebih lima ribu setiap bulan untuk duit belanja beliau. Beliau akan bangun apabila matahari di puncak dan melakukan perkara yang diminati termasuk "gardening".

Kini, perangai malas bekerja itu sudah menular kepada satu bidang lain iaitu menjadi "kekasih" orang. Ini menyebabkan hati aku hiba dan tersentak. Beliau akan mencari peluang keemasan untuk berasmara dan bercanda dengan dua orang kekasih barunya. Aku baru tahu beberapa bulan lalu.

Aku cuba untuk "menyekat" duit gaji beliau tetapi hati mana yang tidak sedih melihat suami tidak ada wang untuk berbelanja. Akhirnya aku mengalah dan tetap menyerahkan wang kepadanya.

Aku tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah hidup ini. Jika suami malas bekerja dan hanya menerima wang gaji saja, aku masih boleh bertahan. Tetapi apabila suami sudah mula "curang" dan mencari kesedapan di luar, hatiku amat terluka. Penderitaan ini amat memedihkan. Hanya tuhan saja yang mengetahuinya.

Aku berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku dalam hidupku. Di pejabat, akulah heroin sebenarnya tetapi tiada siapa yang tahu apa yang terbuku di dalam hatiku. Oh tuhan, bantulah aku menyelesaikan masalah ini segera. Amin.

Friday, December 28, 2007

NEWS PORTAL BEB.COM.MY

Sejak kebelakangan ini, banyak news portal hiburan dilancarkan untuk menyediakan pelbagai berita hiburan tanahair dan luar negara. Ia membabitkan berita mengenai artis selain perkembangan terbaru dalam dunia filem dan televisyen.

Antaranya ialah gua.com.my dan murai.com.my selain majalah online seperti manggaonline.com.my.

Terbaru ialah news portal hiburan menggunakan [ beb.com.my ] yang akan dilancarkan pada Januari tahun depan.

BEB, singkatan Best Entertainment Blast, adalah news portal hiburan yang sudah tentu bertujuan merancakkan lagi laporan dan pemberitaan dunia hiburan di Malaysia dan luar negara.

Kita berharap news portal sebegini bermatlamat untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan bidang kesenian, perfileman, drama, teater dan kehidupan seorang seniman atau seniwati yang budiman.

Saya akan menulis lebih lanjut mengenai beb.com.my pada masa akan datang.

Thursday, December 27, 2007

BHUTTO KILLED IN SUICIDE ATTACK

By P. Vijian

NEW DELHI, Dec 27 (Bernama) -- Former Pakistan Prime Minister Benazir Bhutto has been reported killed in a suicide attack in Rawalpindi this evening.

Unconfirmed television reports from Pakistan and India said Bhutto was attending a rally in the city when she was hit by a bomber and was critically injured, along with 15 other party workers and her political secretary.

The leader, who returned to Pakistan in October after a long exile to avoid corruption charges, was said to have finished addressing a political rally in Rawalpindi when the incident happened.

Both Bhutto and her Pakistan People's Party are currently campaigning ahead of the national elections slated for Jan 8 next year.

One the day of her arrival, last October, Bhutto narrowly escaped a double suicide attack when she was travelling in an open motorcade but nearly 140 people were killed in the carnage.

Early media reports in Delhi said that the mother of two was critically injured but later confirmed she died in a hospital where she was treated for neck and back injuries.

BUKTIKAN SEGALA TUDUHAN

Semalam saya menulis mengenai "orang Gerakan" yang membelasah UMNO dan senada dengan kumpulan yang membuat pelbagai tohmahan dan tuduhan palsu.

Apabila ingin ditemuramah oleh Malaysiakini baru-baru ini selepas menerima pelbagai kritikan terhadapnya, "orang Gerakan" tidak mahu bersuara kerana sudah ditegur oleh Presiden Partinya. Bagi bekas Ahli Parlimen, Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz, beliau mahu orang gerakan itu membuktikan dakwaannya itu. Ikuti tulisan beliau.


Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy kini berhadapan dengan tindakan disiplin parti itu kerana mengkritik kerajaan dan UMNO secara keterlaluan dan membangkitkan dan membesarkan isu yang dianggap telah selesai.

Memang itulah yang sewajarnya diambil terhadap pemimpin dalaman Barisan Nasional (BN) yang bertindak ibarat ‘meludah ke langit, akhirnya terkena muka sendiri”.

Persoalannya sekarang ialah S. Paranjothy tidak lagi membawa suara Gerakan atau BN, sebaliknya seirama dengan suara Hindraf yang mendakwa kaum India di negara ini telah disisihkan dan UMNO adalah musuh utama mereka.

Oleh kerana Paranjothy yakin dan percaya, malah mempertahankan kenyataannya itu dan dengan bangganya memberitahu beliau tidak merasa kesal terhadap sebarang tindakan yang dikenakan terhadapnya, eloklah beliau diberi kesempatan untuk membuktikan dakwaan-dakwaannya itu.

Pada ketika tidak ada orang rasional yang mahu mempercayai dakwaan Hindraf dan Paranjothy, beliau masih bertegas dengan pendiriannya itu.

Gerakan atau BN hendaklah membawa kes Paranjothy ini ke meja perundingan dan pengadilan dengan memberi kesempatan seluas-luasnya kepada beliau untuk menegakkan benang basahnya.

Di situ nanti, tentulah banyak perkara yang akan terurai. Jika benar, ada masyarakat India yang tersisih, kita boleh bertanya kepada Paranjothy sendiri, apakah yang beliau lakukan melalui Gerakan selama ini?

Sebagai parti pelbagai bangsa, tidakkah Gerakan juga terasa dan terpanggil untuk membela nasib masyarakat India di negara ini? Jika Paranjothy mengatakan masyarakatnya dipinggirkan, minta beliau beritahu di negeri mana, Selangor, Wilayah Persekutuan atau Pulau Pinang?

Apakah yang dimaksudkan sebagai dipinggirkan, adakah Hindraf dan Paranjothy mahukan semua masyarakat India di negara ini setaraf dengan Tan Sri Ananda Krishnan atau Datuk L. Krishnan sekurang-kurangnya?

Tidak ada sesiapa, hatta UMNO sendiri yang akan melarang mereka menjadi sekaya Ananda, tetapi hendaklah berusaha keras seperti beliau juga. Nak menjadi kaya seperti siapapun boleh.
Nak berkuasa macam Datuk Seri, S. Samy Vellu pun boleh. Cuma ada saluran yang perlu diikuti.

Jika masyarakat India di negara ini dirasakan tercicir atau terpinggir, kenapa UMNO yang menjadi sasaran. UMNO berjuang untuk keturunannya iaitu orang Melayu. Malah, perjuangannya juga belum mencapai ke tahap yang maksimum. Masih banyak orang Melayu yang merintih di tanahairnya sendiri.

Masih banyak orang Melayu yang tidak mempunyai tanah dan rumah sendiri. Ada lagi anak-anak Melayu yang tidak tidak dapat melanjutkan pelajaran, bukan sahaja ke menara gading, tetapi juga ada yang terkandas di peringkat sekolah menengah.

Walaupun demikian, UMNO tidak menyalahkan parti lain sebagai penghalang kepada kelemahan dan kekurangan itu. MIC berjaya mengubah nasib masyarakat India yang dahulunya memenuhi ladang-ladang getah dan kelapa sawit tetapi kini memenuhi ruang mahkamah sebagai peguam dan pengamal undang-undang lain.

Tidak banyak Melayu di situ, tetapi UMNO tidak boleh mempersalahkan MIC ataupun Gerakan di atas kejayaan parti-parti itu memajukan masyarakat yang diwakilinya. Begitu jugahal di sebaliknya, Paranjothy atau Hindraf tidak boleh melabelkan UMNO sebagai musuh utama mereka.

Cuma, kadang-kadang kita terfikir juga, adakah pendirian Hindraf itu adalah pendirian sejati pertubuhan tidak berdaftar itu?

Melihat kepada ‘modus operandi’nya yang gemar berdemonstrasi dan disokong pula oleh pakar-pakar demonstrasi jalanan, kita yakin Hindraf hanyalah alat oleh pihak-pihak tertentu yang tidak mendapat tempat di hati rakyat melalui saluran yang diizinkan.

Golongan ini sengaja mencari jalan untuk memburuk-burukkan UMNO kerana merekalah yang menjadi musuh UMNO sebenarnya. Hindaraf dan Paranjothy, hanyalah alat .

Oleh itu, Paranjothy harus diadili dengan memberi peluang seluasnya untuk membuktikan dakwaannya itu. Kita yakin, beliau tidak mungkin dapat membuktikan apa-apa. Apabila beliau gagal membuktikannya, ketika itulah beliau sewajarnya diberikan pengajaran yang sekeras-kerasnya.

Malah, pengajaran itu kelak bukan sahaja bagi mendidik Paranjothy, tetapi juga sesiapa yang lain yang sealiran dengan penganjur demonstrasi jalanan yang kita benci kerana perbuatan itu bukan sahaja menjejaskan kegiatan ekonomi, tetapi juga perpaduan dan keharmoian serta keselesaan umum.- AGENDA DAILY / 20/12/2007

Wednesday, December 26, 2007

MIC BELA MASYARAKAT INDIA

Semalam, kawan bertanya kepada saya mengapa kurang menulis mengenai politik sejak beberapa hari lalu? Apatah lagi tidak menulis mengenai tindakan "orang Gerakan" yang membelasah UMNO baru-baru ini, yang turut disiarkan di news portal Malaysiakini dan blog persendirian. Saya tidak sebut pemimpin, kerana jika ia pemimpin sudah pasti memahami dan menghayati apa yang dilaksanakan oleh BN selama ini. Orang yang tidak menghayati prinsip BN ini tidak layak menjadi pemimpin parti dalam BN.

Saya hanya menjawab kepadanya bahawa "saya sudah malas hendak melayan kumpulan sewel" yang menimbulkan perkara yang tidak betul semata-mata untuk mencari publisiti murah. Biarlah pemimpin MIC menjawab segala tuduhan mereka. Yang terbaru, pemimpin beberapa parti India - MIC, PPP dan IPF - sudah duduk semeja untuk membela nasib kaum mereka. Langkah terbaik membela nasib masyarakat India dan salurkan kepada BN.

Ketika ini, lebih baik saya menyiarkan gambar orang kahwin dan usaha merapatkan hubungan antara orang Melayu di Malaysia dan Indonesia seperti dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Biarlah jadi blog orang kahwin. Setidak-tidaknya menyiarkan berita baik untuk diketahui orang ramai.

Saya juga memuji sikap Ketua Pemuda MIC yang berani menyuarakan isi hatinya mengenai perjuangan parti itu membela nasib masyarakat India sejak 50 tahun lalu. Menurutnya, jika MIC tidak membantu BN membela nasib orang India, tahap pencapaian masyarakat itu sudah pasti berada di takuk lama. Katanya, usaha membantu kaum India berterusan dan adakalanya ada juga yang masih perlu dibela terutama golongan miskin. MIC, katanya, tidaklah seperti dakwaan pembangkang iaitu tidak berbuat sesuatu dan beliau mual dengan sikap pembangkang yang sentiasa mengambil "peluang keemasan" untuk membelasah MIC dan UMNO tatkala isu mengenai masyarakat India ditimbulkan.

I-REMAJA JANUARI 2008



Sejak usia 12 tahun lagi saya sudah hidup bebas. Saya mula keluar malam, minum arak, ambil dadah dan bergaul bersama ramai lelaki. Ketika rakan-rakan sibuk mengulang kaji pelajaran untuk UPSR, saya sibuk mengulang kaji jenis arak dan dadah.

Ikuti pengakuan remaja ini di dalam majalah I-Remaja keluaran JANUARI 2008 KINI DI PASARAN!

Tuesday, December 25, 2007

SELAMAT PENGANTIN BARU AIZAH

Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu, Aizah (TV9)


(IY, RH dan Aizah/Suami)


(Aizah/Suami dan rakan)

JELITA JANUARI 2008



Nur Shaznida Hassan dinobatkan sebagai Gadis Jelita 2007 pada majlis peringkat akhir Pencarian Gadis Jelita 2007 yang diadakan November lalu. Kenali gadis kecil molek dari Utara yang murah dengan senyuman ini di dalam majalah JELITA Keluaran JANUARI 2008. KINI DI PASARAN!

Ketahui juga rahsia Ibu Mithali 2007 yang buta huruf, Esah Din mendidik 17 anaknya dan 14 daripada mereka berjaya ke menara gading. Suaminya yang menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2006 hanya seorang penoreh getah.

Monday, December 24, 2007

NEWSMAKER OF THE YEAR

Rakyat negara ini akan mengetahui siapakah "Newsmaker Of The Year" bagi news portal Malaysiakini, yang diterajui oleh Steven Gan, pada 28 Disember ini.

Banyak peristiwa menarik berlaku pada tahun ini termasuk pelancaran pembangunan wilayah ekonomi iaitu WPI, NCER, ECER selain perhimpunan Bersih dan Hindraf di Kuala Lumpur yang mendapat liputan meluas media antarabangsa, media perdana dan media baru termasuk blog persendirian.

Selain itu, kejadian banjir buruk berlaku di seluruh negara awal tahun dan bulan ini yang menyaksikan Perdana Menteri dan timbalannya turun padang adalah antara kejadian yang membabitkan ramai rakyat negara ini.

Peristiwa menarik itu sudah tentu membabitkan individu yang pastinya akan dipilih untuk menjadi "newsmaker" pada tahun ini. Antara mereka yang terpilih sebelum ini ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

SELAMAT MENYAMBUT KRISMAS

KEPENTINGAN NEGARA MESTI DIUTAMAKAN UNTUK TERUS MAJU

PUTRAJAYA, 24 Dis (Bernama) -- Rakyat mesti mengutamakan kepentingan negara agar Malaysia terus makmur menerusi keamanan dan kestabilan pada tahun-tahun mendatang, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

"Dalam kita mara ke depan, kita semua harus yakin bahawa Malaysia sebenarnya lebih hebat dari gabungan bahagian-bahagiannya.

"Oleh itu, kita mesti terlebih dulu meletakkan kepentingan negara dari mana-mana tuntutan sempit yang lain," kata Perdana Menteri dalam perutusan Krismasnya kepada semua rakyat Malaysia yang dikeluarkan oleh pejabatnya di sini.

Beliau berkata keamanan yang telah wujud di negara pada kebanyakan tempoh 50 tahun kemerdekaan adalah hasil kerja keras dan rasa tanggungjawab yang kental rakyat Malaysia.

"Dalam beberapa bulan lepas, pandangan sempit dan perasaan tidak toleran yang ditonjolkan oleh sekumpulan kecil telah menguji keyakinan kita terhadap satu sama lain.

"Oleh itu, ketika merayakan Krismas hari ini, saya gembira mendapati rakyat Malaysia dari pelbagai anutan agama meneruskan tradisi perkongsian dan keprihatinan -- tradisi yang telah kita amalkan beberapa tahun ini".

"Sekalipun wujud pelbagai retorik, agama-agama besar dunia, yang diamalkan di Malaysia, sama-sama berkongsi kepercayaan sejagat. Tidak ada yang lebih ketara dari kekuatan kasih sayang dan timbang rasa.

"Sesungguhnya, kita telah melihat dalam beberapa tahun ini bagaimana kasih sayang dan timbang rasa membantu kita menghapuskan hambatan perkauman dan memahami kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir," kata beliau.

Beliau menggesa rakyat membantu mereka yang terpaksa menyambut musim perayaan ketika menghadapi kesulitan besar, seperti mangsa banjir.

"Akhirnya, saya mengambil peluang ini mengucapkan kepada rakan-rakan Malaysia saya penganut Kristian, Selamat Menyambut Krismas," katanya.

ANJUNG SERI JANUARI 2008



Apakah makna warna pintu rumah anda? Bagaimana dapat mengelak daripada tertipu dek kesan cahaya di dalam kedai ketika membeli fabrik? Bagaimana membentuk lanskap di halaman kecil? Tiba masanya anda menaikkan taraf bilik air kepada lima bintang, tetapi bagaimana caranya? Dapatkan jawapan kepada semua persoalan itu di dalam majalah ANJUNG SERI keluaran JANUARI 2008. KINI DI PASARAN!

Kenali juga pereka muda Abdul Malek Abdullah yang mengilhamkan pengubahsuaian pejabat Bernama sebagai kerja projek tahun akhirnya.

Diam tak diam, ANJUNG SERI kini sudah 15 tahun mewarna dan menyeri kediaman masyarakat Malaysia.

DMDI DI JAMBI, INDONESIA (2)

PERTEMUAN PRESIDEN DMDI, DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM DENGAN PELAJAR MALAYSIA DI JAMBI, INDONESIA.


DS Mohd Ali sedang berucap kepada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Jambi pada pertemuan dengan mereka sempena Seminar DMDI di Jambi


DS Mohd Ali menerima cenderamata daripada wakil pelajar Malaysia di Jambi.


DS Mohd Ali beramah mesra dengan pelajar-pelajar Malaysia di Jambi,


DS Mohd Ali bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar Malaysia di Jambi selepas mengadakan pertemuan dengan mereka.

Sunday, December 23, 2007

HANIM AINI & FARSHID AZMI




(Majlis memotong kek)


(Raja dan Hubby)


(Nadza dan isteri)

Saturday, December 22, 2007

SEMINAR DMDI DI JAMBI, INDONESIA (1)


(Presiden DMDI, DS Mohd Ali Rustam menyerahkan Plak Pembentukan DMDI Jambi kepada Gabenor Jambi sambil disaksikan Ketua DMDI Jambi)

Oleh ABDUL HAMID MOHAMMAD

JAMBI, INDONESIA – Seminar Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang berlangsung di sini mengambil ketetapan untuk melindungi secara undang-undang budaya Melayu yang berkembang di negara-negara anggota DMDI.

DMDI dianggotai 13 negara membabitkan Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina, Thailand, Kemboja, Sri Lanka, Madagaskar, Afrika Selatan, Australia, United Kingdom dan China. Keanggotaan itu termasuk 13 buah negeri di Malaysia dan 27 Propinsi di Indonesia.

Berdasarkan resolusi yang diputuskan pada hari terakhir seminar itu, semalam, budaya Melayu perlu diperkukuh dan pelihara sebaik mungkin serta diperkembangan dikalangan negara-negara rumpun Melayu agar ia tidak lupus ditelan zaman dan arus kemajuan global.

Resolusi yang diputuskan itu bertepatan dengan tema seminar – `eco pakai adat Budaya Melayu Jambi dalam konteks pembangunan Jambi' yang menfokuskan mengenai penerapan lokal kedaerahan keatas adat dan jati diri Melayu yang merupakan teras di dalam pembangunan Propinsi Jambi.

Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika menyampaikan ucap utama pada seminar itu memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut yang mahukan jati diri Melayu Islam dipertahankan dan dijadikan teras didalam pembangunan masyarakat Melayu Islam.

Menurut beliau, meskipun halatuju masyarakat lebih terarah ke barat kerana persepsi masyarakat memandang barat sebagai model kemajuan, namun Melayu Islam harus maju dengan acuan sendiri.

DS Mohd Ali berharap pertemuan di Jambi ini, dapat menghasilkan resolusi yang dapat mengembalikan tamadun Melayu didalam semua bidang kehidupan global sama ada dari aspek ekonomi, pendidikan, ICT, sains dan teknologi serta sosio budaya.

Seminar dan lokakarya itu turut mengambil ketetapan mengucapkan terima kasih kepada Gubernur Jambi, H. Zulkifli Nurdin yang telah melancarkan secara rasmi pengukuhan DMDI bagi Propinsi Jambi.

Pengukuhan DMDI di Propinsi Jambi ini adalah yang ketiga di Indonesia selepas Kalimantan Barat dan Kepulauan Riau. Menerusi pengukuhan itu, Ketua Lembaga Adat Melayu Jambi yang juga mantan Wakil Gubernur Jambi, Bapak H. Hasip Kalimuddin Syam telah dilantik sebagai Ketua DMDI Propinsi Jambi.

Dalam pada itu, bagi memastikan budaya Melayu terus berkembang di negara-negara anggota DMDI, keputusan juga dicapai supaya kurikulum budaya Melayu dilaksanakan menerusi bidang pendidikan di negara-negara anggota.

Seminar itu turut memutuskan supaya perlaksanaan pembangunan di daerah dan negara anggota DMDI memperlihatkan konsep pembangunan berasaskan budaya Melayu, selain negara-negara anggota perlu komited memberikan penganugerahan kepada cendiakawan yang mempelopori bidang keilmuan, seniman serta budayawan Melayu di negara masing-masing.









Friday, December 21, 2007

SELAMAT MENERIMA MENANTU





Saya sekeluarga mengucapkan selamat menerima menantu kepada rakan kami, SDR MOHD HISHAM MOHD ISMAIL dan isteri, SDRI RUGAYAH YASMIN DATO' IBRAHIM.

Malam ini, berlangsung perkahwinan anak mereka, HANIM AINI dan pasangannya, FARSHID MOHD AZMI di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Semoga kekal sehingga ke anak cucu.

Thursday, December 20, 2007

DATANG KE MELAKA, SINGGAH DI UMBAI

Jika ke Melaka, jangan lupa singgah di Ikan Bakar Umbai kerana anda akan dapat merasakan makanan laut yang segar dan enak. Datang awal kerana selepas Maghrib, semua gerai penuh dan anda perlu menunggu untuk menikmati keenakan nasi lemak, ikan bakar dan pelbagai makanan laut orang Melaka.

Hanya dua jam dari Kuala Lumpur. Dari KL ambil lebuhraya PLUS dan masuk ke Tol Air Keroh. Ikut laluan ke Muar dan sampailah ke Ikan Bakar Umbai.

Selamat mencuba ikan bakar dan masakan makanan laut apabila datang ke Melaka.


(Pilihlah ikan atau makanan laut yang anda minati)


(Selepas makan, kegiatan menambah dan memantapkan pendapatan peniaga kraftangan dan makanan kering. Berbelanjalah di Melaka. Seperti biasa, Cynta dan Iyra akan "menghabiskan" duit ibu bapa mereka)

BERANI KERANA BENAR

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sentiasa berusaha memajukan Selangor, negeri maju dengan pelbagai projek perindustrian serta pertanian.

Dalam melaksanakan tugasnya, Menteri Besar Selangor tidak dapat lari daripada kritikan dan tohmahan termasuklah tuduhan beliau menerima rasuah dan mengagih-agihkan tanah negeri itu kepada sahabat dan kroninya.

Dalam pertemuan dengan beberapa wartawan news portal termasuk Nash Rahman dan Beh Lih Yi daripada Malaysiakini, Dr Mohd Khir menafikan segala-galanya.

Baginya yang penting ialah BPR membersihkan nama beliau dan semua calon BN pada Pilihan Raya Umum 11. Begitu juga kali ini. Dr Mohd Khir menganggap tuduhan rasuah terhadapnya tidak berasas.

Menurut Malaysiakini, senarai calon Barisan Nasional (BN) Selangor untuk pilihanraya umum akan datang, termasuk Dr Mohd Khir akan dirujukkan kepada BPR terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersih daripada sebarang salahlaku rasuah.

Dr Mohd Khir berkata, perkara yang sama dilakukan dalam pilihanraya umum 2004 dan BPR mendapati beliau tidak terbabit dalam sebarang salahlaku rasuah dan kerana itu beliau boleh bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

Katanya, siasatan BPR terhadap semua dakwaan yang dibuat terhadapnya, khususnya oleh PAS, mendapati semuanya tidak berasas.

"Saya rasa semua dakwaan (terhadap saya) telah selesai (disiasat). Tidak ada asas, kerana itulah nama saya bersih."

(Renungan Rimau : Tidak perlu risau lagi Dr Mohd Khir. Janganlah fikirkan sangat tuduhan atau tohmahan itu. Jika kita baik, tuhan akan melindungi kita. Itu je. Buatlah yang terbaik untuk penduduk Selangor. Dua peribahasa yang boleh dipegang oleh Dr Khir ialah, BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH, yang membawa maksud ialah "bertindak kerana berada di pihak yang benar" dan BERANI HILANG TAK HILANG, BERANI MATI TAK MATI, yang membawa maksud,"siapa yang berani akhirnya akan menang juga". Jangan pula BERANI SENDUK PENGEDANG, AIR HANGAT DIRENANGINYA, yang membawa maksud "berani dengan membuta tuli". Kalau ada yang tidak betul, nahas kita.)

Wednesday, December 19, 2007

JANGAN SEBARKAN SMS TIDAK SESUAI

Saya diberitahu ada unit khas untuk membuat sistem pesanan ringkat (sms) yang lucu dan menarik di kebanyakan Telco. Sehingga kini saya tidak pasti kebenaran maklumat itu. Jika benar, ia sudah tentulah idea terbaik untuk menambah pendapatan. SMS yang lucu dan menarik akan menggalakkan pelanggan menghantarkannya kepada saudara-mara dan rakan-taulan. Ini sudah tentu memenuhkan kantung pendapatan Telco.

Saya juga menyokong penuh tindakan tegas terhadap golongan yang menyebarkan khabar angin melalui SMS. Ini tidak baik dan boleh menimbulkan masalah kepada kehidupan seharian. Yang penting ialah jangan percaya dengan khabar angin itu dan bertanyalah kepada pihak keselamatan jika mendapat SMS seumpama itu.

Dalam pada itu, menjelang Aidiladha esok, saya mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua rakyat Malaysia di mana saja berada. Saya juga berdoa agar jemaah haji kita sentiasa selamat di Tanah Suci dan mendapat Haji Mahbrur.

Namun, saya menganggap pihak yang menyebarkan SMS lucu membabitkan Aidiladha dengan memasukkan perkataan ....bersiap sedialah parang dan pisau...marilah beramai-ramai.....jangan bagi peluang....Perhimpunan Berdarah....dekat masjid, yang ingin menyatakan "mari kita bergotong-royong untuk majlis korban atau menyembelih korban" sempena Hari Raya Haji, perlu memberhentikannya kerana ia tidak berapa sesuai ketika ini.

Kelakar memang kelakar, tetapi ia SMS yang "bad taste".

(Renungan Rimau : Tahniah kepada Prof Datuk Dr Ismail Mohd Salleh di atas perlantikan sebagai Senator semalam. Beliau yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, memang seorang insan yang istimewa dan bijaksana.)

Tuesday, December 18, 2007

HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI

Sejak dari dulu lagi, ramai rakyat negara ini terutama penduuk di bahagian Selatan tanahair seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan bekerja di Singapura. Ini kerana banyak peluang pekerjaan di sana sama ada dalam bidang profesional atau perkhidmatan.

Apa yang saya ketahui ialah ramai orang Melaka yang bekerja di limbongan kapal, menjadi British Army, pemandu teksi dan bas, pekerja panggung wayang atau menjadi pemandu peribadi untuk mencari sesuap nasi kerana ketika itu Malaysia belum melaksanakan projek perindustriannya.

Mereka berkahwin dan beranak-pinak di Singapura. Tidak hairanlah ramai orang Melaka dilahirkan di Singapura dan satu ketika dulu mereka terpaksa menggunakan kad pengenalan merah, yang agak asing bagi warganegara tempatan. Orang Melayu yang dilahirkan di Singapura itu sukar untuk mendapatkan biasiswa.

Kini ramai yang sudah menjadi warganegara Malaysia dan mempunyai IC baru.

Namun, agak menghairankan juga ketika ini ramai juga yang bekerja di Singapura, kemungkinan untuk mencari lebih rezeki atau mencuba nasib di negara orang. Pelik juga, pekerjaan di Malaysia diisikan oleh pekerja asing manakala rakyat kita pula ramai yang berkhidmat di pulau berkenaan.

Dalam berita Malaysiakini, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga "giant killer" mengalahkan Presiden Pas pada PRU11, melaporkan seramai 240,000 rakyat Malaysia kini bekerja di Singapura kerana tawaran gaji yang lumayah.

Menurutnya, 110,000 lagi rakyat Malaysia berkhidmat di negara-negara yang lain.

Menjawab soalan Senator Datuk Omar Faudzar di Dewan Negara semalam, beliau berkata 20peratus daripada mereka terdiri daripada golongan profesional manakala bakinya merupakan pekerja biasa.

(Renungan Rimau : Ada berpendapat, HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, BAIK JUGA DI NEGERI SENDIRI, yang membawa maksud "walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik".)

JADILAH AHLI POLITIK BERADAB

Semalam, saya bersembang dengan seorang teman lama mengenai politik.

Dalam perbualan itu, beliau turut memperkatakan mengenai sikap pemimpin politik pembangkang yang kadangkala oleh kerana terlalu ingin menegakkan "perjuangan" mereka, terlupa dengan tanggungjawab sebagai ahli politik yang bertanggungjawab dan beradab.

Bagaimanapun, ada juga yang menunjukkan kematangan dengan mengamalkan perjuangan politik yang sihat dan bermaruah. Dalam ertikata lain, mereka tahu had, batas-batas dan budaya berpolitik Malaysia.

Umpamanya, ketika usaha untuk membebaskan bekas pemimpin kanan UMNO sedikit masa dahulu, pemimpin pembangkang daripada pelbagai parti termasuk isteri pemimpin tersebut pergi ke luar negara untuk meraih simpati pemimpin antarabangsa.

Dalam kapalterbang, mereka memakai lencana gambar bekas pemimpin kanan UMNO berkenaan yang meminta kerajaan membebaskannya. Sudah tentu penumpang kapalterbang melihat lencana itu dan ingin tahu apa yang diperjuangkan oleh pemimpin pembangkang.

Perjuangan politik itu diteruskan dalam kapalterbang. Begitu juga ketika mereka di luar negara.

Namun, kawan saya terlihat dalam banyak-banyak pemimpin pembangkang itu, ada seorang yang tidak memakai lencana berkenaan ketika di luar negara atau di dalam kapalterbang sama ada ketika pergi atau kembali.

Kawan saya bertanya kepadanya dan jawapan yang diberikan ialah, "PERJUANGAN POLITIK SAYA ADALAH DI DALAM NEGARA. KETIKA DI DALAM KAPALTERBANG DAN LUAR NEGARA, SAYA MENJAGA HADNYA. INILAH PENDIRIAN SAYA."

Begitulah cerita kawan saya yang ingin memaparkan adakala pemimpin politik negara yang tidak menghiraukan skop perjuangan mereka sehingga menjerit-jerit di luar negara meminta pihak antarabangsa memberikan sokongan kepada mereka. Ada juga yang masih berfikiran waras dan bertindak sebagai ahli politik beradab.

Monday, December 17, 2007

BERDOSA TIDAK UNDI PAS?

Dua faktor yang selalu menentukan kedudukan politik Kelantan ialah personaliti dan perpecahan.

Dalam ertikata lain dua faktor itu akan menentukan sama ada UMNO dapat memerintah Kelantan yang sudah 17 tahun diterajui oleh PAS. Jika ada personaliti hebat untuk memimpin UMNO dan tiada perpecahan dalam parti itu, maka sudah pasti Kelantan akan beralih ke tangan UMNO.

Ketika ini, ramai pihak yang berpendapat Datuk Seri Annuar Musa telah berjaya mengemudikan UMNO Kelantan walaupun tidak semua yang dilakukannya disukai atau mendapat sokongan. Tetapi setidak-tidaknya beliau memikul tanggungjawab yang diberikan pucuk pimpinan UMNO dengan baik dan seterusnya menerajui parti serta barisan calon BN ke arah kemenangan pada PRU 12.

Selama empat penggal Kelantan dipegang oleh PAS kerana faktor personaliti dan perpecahan dalam UMNO termasuklah pada 1999 berikutan pemecatan Timbalan Presiden UMNO. Begitu juga sewaktu Tengku Razaleigh Hamzah membantu memenangkan PAS ketika memimpin Semangat 46.

Kali ini, suasana sudah berbeza dan semakin ramai yang menjangkakan UMNO mampu berbuat sesuatu kepada negeri itu. Pelancaran ECER memberi harapan baru kepada penduduk agar BULAN yang selama ini tergantung di langit akan digantikan dengan DACING BIRU agar boleh turun ke riba untuk memberikan nikmat kepada rakyat Kelantan.

Dalam pada itu, seorang pemimpin Umno Kelantan dalam berita Malaysiakini hari ini meramalkan parti itu akan memenangi 25 hingga 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Ketua Umno bahagian Pasir Putih, Datuk Kamaruddin Mohd Noor, menegaskan parti itu mampu menang lebih banyak lagi kerusi jika orang Melayu di negeri itu tidak takut untuk mengundi Umno.

"Masih ada pengundi Melayu yang tidak mengundi calon Umno kerana takut berdosa dan akibatnya mereka mengundi PAS, walaupun mereka tahu parti itu tidak mampu memerintah Kelantan," kata Kamaruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak

"Ia adalah sentimen yang dimainkan oleh pemimpin PAS dalam setiap pilihanraya bagi menghalang orang Melayu daripada mengundi calon Umno," katanya.

(Renungan Rimau : Ada juga orang takut berdosa jika tidak mengundi PAS. Semoga pemikiran mereka bertukar apabila merasai bahawa apa yang dilakukan selama ini menimbulkan kerumitan atau kesuitan dalam kehidupan mereka. Namun, rakyat Kelantan biasanya tidak kisah dengan kehidupan mereka dan sanggup memberikan undi kepada parti yang mereka amat taksub dengannya.)

DMDI DI BUMI LANCANG KUNING (5)

SEMINAR DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM DI RIAU, INDONESIA (9 -12 DISEMBER 2007)

Seminar DMDI memberi kesempatan kepada orang Melayu dan Islam bertemu, berseminar, bertukar-tukar pandangan serta mencari peluang bagi mengadakan perniagaan dengan rakan sebangsa dan seagama dari seluruh dunia.

Antara yang terbabit kali ini ialah Haji Yusuf Liu Baojun dari China dan Haji Nasir Aman dari Singapura.


(Haji Yusuf Liu Baojun)

Haji Yusuf yang juga Naib Presiden DMDI (China) menjalankan pelbagai jenis perniagaan termasuk penjualan artifaks, khat, buku dan buah-buahan China yang dikeringkan.

Beliau turut mengedarkan buah-buahan yang dijualnya kepada peserta DMDI di Riau terutama usahawan Malaysia dan Indonesia di Sesi Padaniaga.


(Haji Nasir Aman)

Haji Nasir yang juga Pengerusi Sekretariat Kewangan dan Ekonomi Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura berpendapat kesempatan bertemu rakan-rakan dari seluruh dunia boleh membantu mempertingkatkan rangkaian atau networking di kalangan bangsa Melayu seluruh dunia.


(Haji Nasir menerima cenderahati dari Datuk Bandar Pekanbaru, Drs Herman Abdullah)

ALANGKAH BAHAGIANYA.....

Pagi ini, Kuala Lumpur, tenang, tiada kesesakan dan kegawatan lalulintas. Kereta di jalan raya pun berkurangan.

Matahari yang muncul sejak awal pagi memeriahkan hari ini dan diharapkan panas hingga ke petang.

Keadaan tenang ini hanya boleh dirasai apabila musim cuti sekolah dan di akhir tahun.

Penghuni tetap Kuala Lumpur akan bercuti dan beristirehat ke destinasi pilihan.

Anda bagaimana?

(Renungan Rimau : Sempena musim cuti ini, ramai akan melangsungkan perkahwinan. Mereka yang terpaksa menghadapi banjir, tabah dan sabarlah menghadapi dugaan ketika bertakhta sebagai Raja Sehari. Menyebut perkahwinan ini, harap kekal sehingga ke anak cucu. Jangan tergolong dalam kumpulan yang ibarat peribahasa Melayu, MINYAK HABIS SAMBAL TAK ENAK, yang membawa maksud, "peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.")

Sunday, December 16, 2007

KAMPUNG BARU TIADA PERHIMPUNAN

Tiada perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

Warta Perdana RTM jam 8 malam ini melaporkan perkara itu hanyalah khabar angin saja.

Keadaan aman dan penduduk di kampung itu menjalani kehidupan seperti biasa.

YA ALLAH, PADAMU KU BERSERAH

YA ALLAH
PADAMU KAMI BERSERAH
LINDUNGILAH RAKYAT MALAYSIA
YANG MENGHADAPI BENCANA BANJIR SEKARANG
KESUKARAN BERPINDAH RANDAH
TAGIH KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL
PELIHARALAH IMAN MEREKA
SABAR HADAPI LAUTAN AIR
TABAH HADAPI UJIANMU
PASRAH

YA ALLAH
PADAMU KAMI BERSERAH
LINDUNGILAH RAKYAT MALAYSIA
DARIPADA MUSUH PETUALANG NEGARA
MENUNGGU RUANG DAN PELUANG
PELIHARALAH NEGARA INI
KAMI TABAH HADAPI LAUTAN AIR
JAUHI LAUTAN DARAH
KAMI BERSERAH
PASRAH

YA ALLAH
PANJANGKAN UMUR KAMI
MENIKMATI KEHARMONIAN
MEMUPUK PERPADUAN
SEJAHTERAKAN MALAYSIA
SATU MATLAMAT
SATU BARISAN
MALAYSIA KITA

Saturday, December 15, 2007

TAHNIAH PENGURUSAN ONE UTAMA



Ini bukan lobi hotel. Ia adalah tempat duduk yang disediakan untuk pengunjung.

Langkah pengurusan One Utama menyediakan tempat duduk selesa di beberapa tempat di kompleks beli-belah itu memang bijak bagi membolehkan pengunjungnya "melepaskan lelah" bershopping sebelum terus menghabiskan wang mereka.

Tempat berehat yang menempatkan kerusi empuk seperti di lobi hotel itu juga amat baik untuk golongan warga emas atau orang tidak kuat berjalan yang mengikuti keluarga mereka. Mereka boleh berehat di kerusi empuk sementara keluarga terus "menghabiskan" duit di kompleks berkenaan.

Dalam pada itu, ada pula yang mengambil kesempatan duduk "berjam-jam" sehingga tertidur dan yang "memalukan" ialah sampai terkeluar air liur.

Ingat-ingatlah apabila berehat tu, janganlah sampai macam rasa di rumah pula. Orang lain hendak berehat juga.

KITA BAWA JARUM, DIA BAWA GUNTING

Saya pernah menulis mengenai "Ketuanan Melayu" sebelum ini. Mengambil pandangan rakan, Datuk Dr Malik Munip, istilah Ketuanan Melayu sebenarnya tidak tepat di negara ini malah tidak perlu disebut istilah berkenaan ibarat "sudah terang, lagi bersuluh".

Menyebut istilah itu seperti juga menyebut "Ketuanan Inggeris" di Britain atau "Ketuanan China" di Negara China. Ini kerana di Britain dan China kedua-dua bangsa itu adalah bangsa asal dan tidak perlu disebutkan ketuanannya. Semua pihak sudah memahaminya. Begitu juga di Malaysia.

Oleh itu, luahan Jonson Chong, dalam surat pembaca di news portal Malaysiakini yang amat marah dengan kenyataan Tan Sri Abdul Rahim Tambychik mengenai istilah Ketuanan Melayu mungkin ada rasionalnya. Oleh itu, saya menasihatkan Chong tidak perlu sakit hati dengan istilah itu kerana semua pihak memahami kedudukan itu. Tidak payah sebutpun, semua orang sudah tahu dan mengakuinya.

(Renungan Rimau : Sebagai rakyat negara ini, baik di Malaysia atau di seluruh dunia, kita perlu berusaha memastikan Malaysia sentiasa bersatu padu dan kukuh. Barulah seronok hidup di sini. Jika ahli politik bertegang leher untuk menegakkan perjuangan mereka, rakyat perlu berfikiran rasional untuk menilai apa yang dihamburkan oleh mereka. Menilailah dengan bijak dan bukannya menerima jeritan mereka bulat-bulat. Kita perlu menjauhi golongan yang ibarat peribahasa Melayu, KITA MEMBAWA JARUM, DIA MENYAMBUT DENGAN GUNTING, yang membawa maksud "kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah-belah").

Friday, December 14, 2007

BAGAI MENGEPAL PASIR KERING

Amerika Syarikat bersuara mengenai tangkapan ISA di Malaysia.

Mereka mahu kita memberi layanan adil terhadap individu yang ditangkap. Kerajaan Malaysia pasti akan memastikan layanan adil kerana sesiapa saja boleh mengemukakan saman jika berlakunya ketidakadilan dalam tangkapan itu. Ramai individu dan pemimpin pembangkang telah mengemukakan saman berhubung penangkapan ISA. Ini termasuk kes [ ABD MALEK HUSSIN ] yang mendapat RM 2.5 juta. Yang terbaru diusahakan oleh Karpal Singh untuk ahli DAP yang ditangkap.

Persoalannya, bagaimana pula dengan kerajaan Amerika Syarikat. Banyak berita mengenai keadaan tahanan mereka di penjara Guantanamo Bay, Cuba dengan tindakan zalim, tidak berperikemanusiaan dan tidak adil. Ini dilaporkan oleh media seluruh dunia. Bukan tohmahan atau dakwaan. Oleh itu, siapakah yang patut diminta berlaku adil, Malaysia atau kerajaan Amerika Syarikat?

Dalam pada itu, tidak payahlah AS hendak masuk campur dengan urusan negara ini dan bertindak seperti polis dunia. Ini kerana Malaysia sejak dulu lagi sentiasa mahu rakyatnya tidak kira bangsa Melayu, Cina atau India terus maju seperti rakyat AS tetapi mempunyai moral dan integriti yang tinggi. Malaysia mahu rakyatnya hidup aman dan tidak membunuh antara satu sama lain.

Dalam berita Malaysiakini hari ini, Amerika Syarikat menuntut Malaysia supaya memberi layanan yang adil terhadap lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA yang membenarkan mereka ditahan tanpa bicara.

Lima pemimpin Hindraf (Hindu Rights Action Force) di tahan semalam dan dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh dua tahun.

(Renungan Rimau : Bukan senang hendak mentadbir negara ini dengan pelbagai perangai dan fikiran ibarat peribahasa Melayu, BAGAI MENGEPAL PASIR KERING, yang membawa maksud "sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.")

DMDI DI BUMI LANCANG KUNING (4)

SEMINAR DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM DI RIAU, INDONESIA (9-12 DISEMBER 2007)

Selepas mengikuti pembentangan kertas kerja dan sesi padaniaga pada hari kedua, peserta Seminar DMDI diraikan dalam satu majlis makan malam di rumah Datuk Bandar Pekanbaru, Drs Herman Abdullah. Kerajaan Negeri Melaka diwakili oleh Exco, Datuk Abdul Rahman Abd Karim.

Pada malam pertama, tetamu diraikan dalam satu majlis makan malam di rumah Gabenor Riau, Datuk Setia Amanah Rusli Zainal sebelum majlis perasmian Seminar DMDI dan pengukuhan pengurusan Sekretariat DMDI Riau.


(Datuk Abdul Rahman dan Drs Herman)


(Penyerahan cenderahati)


(Pak Tenas, Dr Latiff dan Drs H Herman(kanan sekali)


(IY dan Drs Herman)

MILENIA MUSLIM JANUARI 2008



"Liputan media arus perdana khasnya Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan The Star serta stesen televisyen tempatan berhubung perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 10 November 2007 dan diisytiharkan sebagai perhimpunan haram kerana tidak mendapat permit polis, adalah hampir sama dan seia-sekata antara satu dengan lain......"

Ikuti tulisan Mior Kamarul Shahid (Editor Bersekutu Milenia Muslim) dalam ruangan Matomato Media. Dapatkan naskhah Milenia Muslim di pasaran mulai 21 Disember 2007.

Thursday, December 13, 2007

DMDI DI BUMI LANCANG KUNING (3)

SEMINAR DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM DI RIAU, INDONESIA (9 -12 DISEMBER 2007)


(Antara yang mengikuti pembentangan kertas kerja mengenai pendidikan ialah Rektor Kolej Yayasan Melaka (KYM), Datuk Dr Ramlah Adam. KYM turut mengedarkan risalah dan borang soal-selidik kepada peserta DMDI di seminar berkenaan)


(Peserta Seminar)


(IY dan bekas Menteri Pendidikan Nasional Indonesia, Dr Wardiman Jayonegoro)


(Kesempatan bertemu rakan sekuliah UKM dari Indonesia, Dr Fatimah dan Suami)

FIVE HINDRAF LEADERS DETAINED UNDER ISA

KUALA LUMPUR, Dec 13 (Bernama) -- Five Hindu Rights Action Force (Hindraf) leaders -- P.Uthayakumar, M.Manoharan, R.Kenghadharan, V.Ganabatirau and T.Vasanthakumar -- were detained under the Internal Security Act (ISA) today.

Deputy Internal Security Minister Datuk Mohd Johari Baharom confirmed that they were detained under section 8(1) of the Act.

"They can be held for two years for sedition and also for carrying out activities that threaten national security," he said when contacted by Bernama.

Johari said they were detained at various locations in Kuala Lumpur, Selangor and Negeri Sembilan this afternoon.

TIADA KUASA, APA BOLEH BUAT

Istilah Kemandulan Minda yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh menarik perhatian ramai kerana ia membabitkan tegurannya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka berhubung usaha mendaulatkan bahasa terutama berhubung peristilahan.

Sokongan kepada kenyataan Dr Wan Hashim itu terutama daripada kalangan pendokong bahasa sudah pasti "mengguris hati" Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Firdaus Abdullah. Apakan tidaknya ada di antaranya ialah rakan-rakan beliau yang mana kenyataan mereka itu boleh diibaratkan sebagai "menikam dari belakang".

Saya boleh merasai "penderitaan" yang dihadapi Dr Firdaus kerana masalah "tiada kuasa" DBP untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan. Apabila kita tiada kuasa, maka kita tidak boleh melaksanakan undang-undang dan sesiapa saja boleh menyalahgunakan bahasa dan DBP hanya setakat boleh menegur dan menasihati saja. Jika mereka tidak mahu menerima nasihat, apa DBP boleh lakukan. Faham-fahamlah sendiri.

Untuk menerangkan apa yang dilakukan oleh DBP, ikutilah temuramah dengan Pengarah Jabatan Bahasa, DBP, Noresah Baharom dalam rencana [ BERITA HARIAN ] hari ini.

KELINTUNG BERBUNYI, KERBAU TINGGAL DIAM

Kewujudan media baru termasuk blog persendirian dan news portal seperti Malaysiakini, Agenda Daily, KLPos dan MalaysiaToday semakin dirasai kepentingannya sejak kebelakangan ini terutama dengan peristiwa terbaru di negara ini termasuk perhimpunan Bersih dan Hindraf, yang menarik minat ramai pihak.

Dalam beberapa minit saja, pembaca boleh melayari media siber ini untuk mengetahui perkembangan terbaru di Malaysia dan di seluruh dunia. Rakyat Malaysia di seluruh dunia pula boleh mendapat tahu apa yang berlaku di Dataran Merdeka jika ada sesuatu perhimpunan atau demonstrasi. Ini kerana ramai pihak terutama news portal dan pengendali blog yang berusaha untuk menyiarkan peristiwa bergambar dan berita mengenai peristiwa berkenaan. Malah berita itu dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dalam berita Malaysiakini semalam, seorang pakar media baru Dan Gillmor menegaskan kewujudan media baru dan citizen journalist membuatkan institusi dan individu yang sering menjadi bahan berita kini sukar untuk menyimpan rahsia mereka. Beliau berkata demikian dalam satu forum antarabangsa di Kuala Lumpur.

Sejak dulu lagi, saya mengesyorkan agensi kerajaan menggunakan sepenuhnya media baru untuk memberikan pandangan dan jawapan mereka selain yang disiarkan dalam media perdana. Agensi kerajaan perlu menyediakan jawapan kepada tuduhan atau dakwaan pihak tertentu bagi memastikan rakyat memahami apa yang dilaksanakan selama ini.

Mengetepikan media baru bukanlah satu langkah bijak kerana jika dakwaan dalam media baru itu tidak dijawab, masyarakat akan menganggap ia suatu yang benar. Apatah lagi ditulis oleh citizen journalist yang veteran dan berwibawa. Ini disertakan fakta dan maklumat untuk menyokong dakwaan mereka. Adakalanya perspektif yang diberikan itu membuat pembaca memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik peristiwa tertentu.

Oleh itu, saya berpendapat langkah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, mendekati pemilik dan pengendali news portal yang bertanggungjawab pada Selasa lalu adalah langkah bijak untuk mendekati media baru ini. Setidak-tidaknya, Dr Khir boleh memahami dasar dan matlamat news portal berkenaan.

Dalam pertemuan itu itu, Agenda Daily diwakili oleh Ketua Pengarangnya, Rosli Ismail; KLPos oleh pemiliknya, Helmi Mohd; Malaysiakini oleh Nasharuldin Abd Rahman dan Syed Hussein Al-Attas. Wakil news portal lain dijemput tetapi mereka mempunyai urusan tertentu. Laporan pertemuan itu kini disiarkan dalam Agenda Daily dan KLPos.

(Renungan Rimau : Dr Khir sentiasa berusaha untuk memastikan Selangor menjadi negeri terbaik ibarat peribahasa Melayu, DI MANA KELINTUNG BERBUNYI, DI SITU KERBAU TINGGAL DIAM, yang membawa maksud, "di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya.")

Wednesday, December 12, 2007

TIADA CUCUK SANA, CUCUK SINI


(Gambar Agenda Daily)

Oleh ROSLI ISMAIL

Apakah rahsianya? Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebenarnya layak menjadi duta produk keterampilan lelaki.Transformasi wajah dan fisikalnya begitu ketara sekali.Dari seorang yang dulunya kelihatan flabby beliau kini lebih fit dan steady .Jangan kata para suri rumah dan orang biasa malah orang politik sendiri hairan apa yang buat Dr Khir jadi berubah begitu. Plastic sugery …cucuk sana …cucuk sini...botox?

Kalau rajin pasang telinga ada cakap-cakap bernada sindiran berlegar kata sekarang ni jangan buat jemputan minta Menteri Besar Selangor datang ke acara waktu panas terik....kerana......

Berita lanjut dalam [ AGENDA DAILY ].

MISAI BERTARING BAGAI PANGLIMA

Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz bukanlah satu nama baru dalam politik. Sejak dari dulu lagi, bekas Exco Pemuda UMNO ini amat lantang bersuara. Sebagai seorang ahli politik, sikapnya yang terus terang membuat ramai pihak yang melemparkan pelbagai kritikan dan memberi pelbagai nama kepadanya. Ini terutamanya dalam media baru.

Satu ketika dulu, beliau pernah menegur pemimpin tertinggi UMNO sehingga ada pihak yang menganggap beliau seorang yang biadab dan tidak hormat kepada ketua apatah lagi Presiden UMNO. Nazri Aziz juga pernah menegur bekas Perdana Menteri yang membuat teguran terhadap Paklah terutama berhubung pentadbiran negara masa kini.

Semalam, DS Nazri mempertahankan pasukan keselamatan yang bertindak menahan golongan yang melanggar undang-undang dan berita mengenainya disiarkan dalam news portal, Malaysiakini. Baginya, tiada siapa yang di atas undang-undang termasuk peguam.

Keberaniannya itu seharusnya dicontohi oleh pemimpin UMNO terutama dalam kerajaan kerana sejak kebelakangan ini hanya beberapa kerat saja yang begitu lantang memperkatakan mengenai tindakan golongan yang melanggar undang-undang. Pemimpin ini diberikan pelbagai gelaran termasuk "orang kampung bodoh". "mamak goblok" atau "monyet" kerana menegur golongan yang tidak menghiraukan undang-undang negara.

Pemimpin kerajaan terutama UMNO perlu memberitahu masyarakat bahawa tindakan melanggar undang-undang seharusnya tidak menjadi budaya rakyat negara ini kerana ia boleh mendatangkan malapetaka. Carilah jalan penyelesaian terbaik dan bukannya membuat "huru-hara" sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain. Rakyat yang sukakan keamanan pasti menolak tindakan melanggar dan tidak menghormati undang-undang. Percaya dan yakinlah.

Jika budaya ini menular dan menjadi barah, ia sudah pasti tidak sihat untuk keharmonian yang dikecapi sejak 50 tahun lalu. Budaya demonstrasi haram dan mengingkari perintah polis amat berbahaya terutama kepada pengamal undang-undang seperti peguam yang pasti dilihat sebagai "cakap tidak serupa bikin". Bayangkan peguam-peguam ini berhujjah perkara yang baik-baik dalam mahkamah ketika membela pelanggan mereka tetapi "ekor mereka bergelumang dengan tahi".

(Renungan Rimau : Pemimpin mesti berani ibarat peribahasa Melayu, MISAI BERTARING BAGAI PANGLIMA, SEBULAN SEKALI TAK BUNUH ORANG, yang membawa maksud "rupa saja yang hebat dan garang tetapi penakut.")

DMDI DI BUMI LANCANG KUNING (2)

SEMINAR DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM DI RIAU, INDONESIA (9 -12 DISEMBER 2007)


(Pembentangan kertas kerja dari Malaysia dan Indonesia. Berdiri membentangkan kertas kerja ialah bekas Menteri Pendidikan Nasional Indonesia, Prof Dr Wardiman Jayonegoro.)




(Sesi Padaniaga yang disertai oleh syarikat Malaysia, Indonesia, Singapura dan China. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Elite Ventures, Datuk Abd Talib Bachek sedang mengadakan perbincangan dengan usahawan Indonesia)




(Pameran dan penyertaan sektor pendidikan dan perkhidmatan seperti hospital dari Melaka. Antara IPTS dari Melaka yang mengambil bahagian ialah Kolej Yayasan Melaka.)

Tuesday, December 11, 2007

TAHNIAH! DATUK ZEIN ISMA ISMAIL

Ucapan tahniah kepada Timbalan Ketua UMNO Subang, Datuk Zein Isma Ismail di atas penganugerahan Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, hari ini.

Datuk Zein, lulusan aktuarial sains, adalah juga seorang tokoh korporat yang terbabit dalam projek pembinaan universiti dan pengiklanan.

Semoga berjaya dalam perjuangan menegakkan maruah bangsa.


(Datuk Zein Isma (berbaju kuning) dengan Hafizal Ahmad dan Ismadi dalam satu majlis makan tengah hari menerangkan projek pembinaan infrastruktur sukan)

Berita Bernama mengenai penerima anugerah itu

PM's Wife Heads List Of Selangor Award Recipients

SHAH ALAM, Dec 10 (Bernama) -- The prime minister's wife, Datin Seri Jeanne Abdullah, will head the list of recipients of Selangor awards and honours in conjunction with the 62nd birthday of Sultan Sharafuddin Idris Shah tomorrow.

Jeanne will be conferred the Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) first class award which carries the "Datin Paduka Seri" title for women and "Datuk Seri" for men.

Also receiving the S.P.M.S is Engku Setia Lela Bestari Raja Datuk Arshad Raja Tun Uda who is a board member of Khazanah Nasional Bhd.

Subang Jaya Medical Centre cardiology consultant Datuk Dr Anuar Masduki and Ampang Umno chief Datuk Mufti Suib will receive the Datuk Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) award which carries the "Datuk Setia" title.

Fifteen people will be conferred the Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) second class award which carries "Datuk" title for men and "Datin Paduka" for women.

Among them are State Legal Adviser Datuk Zauyah T. Loth Khan, former deputy inspector-general of police Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz, Royal Selangor International Sdn Bhd managing director Tan Sri Yong Poh Kon and Parliamentary Secretary to the Education Ministry P. Komala Devi.

Fifteen other people will receive the Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) second class award which carries the same titles for men and women.

Among them are Crest Builder Holdings Bhd chairman Tengku Sulaiman Shah Tengku Abdul Jalil Shah, Bukit Lanjan assemblyman Yong Dai Ying, Subang Umno deputy head Datuk Zein Isma Ismail and Ampang Jaya Municipal Council president Mohammad Yacob.

DMDI DI BUMI LANCANG KUNING (1)

SEMINAR DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM DI RIAU, INDONESIA (9-11 DISEMBER 2007)

Seminar DMDi diadakan setiap tahun sejak 2000 untuk mengumpulkan pemimpin dan masyarakat dari dunia etnik Melayu dan dunia Islam untuk membicarakan mengenai pelbagai aspek kepentingan bersama terutama sosial budaya dan ekonomi di samping mewujudkan jaringan atau networking di antara pemimpin masyarakat etnik Melayu dan dunia Islam.

Masyarakat Melayu bukanlah masyarakat yang ada di Semenanjung Malaysia yang dinamakan Tanah Melayu tetapi semua kumpulan etnik sama yang terdapat di Asia Tenggara, Pasifik dan juga Lautan Hindia hingga ke Madagaskar.

Selama 450 tahun etnik Melayu di Asia Tenggara dijajah secara langsung. Tidak ada perlawanan secara terancang oleh etnik Melayu untuk membebaskan wilayah dan bangsa mereka sehinggalah bangsa Barat diusir oleh Jepun dalam Perang Pasifik.

Setelah selesai Perang Pasifik dengan Jepun dikalahkan maka barulah ada usaha oleh etnik Melayu untuk membebaskan wilayah mereka, namun keadaannya bangsa Melayu telah terpisah antara satu sama lain sehingga memerlukan kekuatan untuk kembali maju bersama walaupun dalam negara berlainan.

Oleh itu, usaha menghimpunkan pemimpin dan masyarakat Melayu Islam seluruh dunia seperti yang dilakukan oleh DMDI diharapkan dapat menghasilkan rumusan yang boleh dijadikan panduan berguna oleh semua warga bangsa Melayu dan Islam seluruh dunia untuk membawa perubahan yang lebih baik di negara masing-masing.

Dalam rangka membina dan mempereratkan lagi hubungan secara terus menerus di antara bangsa Melayu di dunia, telah diadakan pelbagai kegiatan secara bergilir di beberapa tempat di dunia ini. Untuk kali ini, ia diadakan di Riau, Indonesia yang sekaligus berlangsungnya usaha mengukuhkan pengurusan Sektretariat DMDI Provinsi Riau.


(Ketibaan Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd Ali Rustam disambut oleh Gabenur Riau, Datuk Setia Amanah H Muhammad Rusli Zainal yang juga Naib Presiden DMDI)


(DS Ali dan DSA Rusli mendengar penerangan daripada Datuk Dr A Latiff Bakar, Pengerusi Biro Budaya DMDI)



(Kedua-dua pemimpin bersalam dengan peserta DMDI)

Saturday, December 8, 2007

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI (3)

Salah satu usaha untuk meperbetulkan dakwaan, fitnah, tuduhan atau tohmahan ialah membuat aduan polis atau menyaman pihak yang membuat tohmahan.

Pihak yang merasakan mereka "difitnah" atau "ditohmah" akan mengambil dua tindakan itu untuk membersihkan nama mereka.

Walaupun diri mereka "dimalukan" atau nama mereka terjejas, setidak-tidaknya tindakan menyaman akan memberhentikan perkara itu diulang atau disebarkan. Apatah lagi, jika fitnah itu "berbahaya" dan berbaur perkauman.

Mengapa RTM membuat aduan polis terhadap Malaysiakini dan dua akhbar berbahasa Tamil? Ikutilah berita di bawah ini
.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah membuat aduan polis terhadap laman web Malaysiakini.com dan dua buah akhbar berbahasa Tamil kerana didakwa menyiarkan laporan yang tidak benar dan berunsur fitnah berhubung tindakan RTM tidak menyambung kontrak dua deejay stesen radio berbahasa Tamil, MINNALfm, baru-baru ini.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid membuat laporan itu di Balai Polis Brickfields,Kuala Lumpur, pada jam 9.16 Khamis malam.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Penerangan Datuk Azmi Ali ketika memaklumkan perkara itu berkata, laporan polis itu dibuat terhadap Malaysiakini.com, serta akhbar Malaysian Nanban dan Makkal Osai, yang melaporkan kononnya kakitangan stesen itu dipecat dan digantung kerana dikatakan terbabit dalam perhimpunan haram Hindraf pada 25 Nov lepas.

"Apa yang berlaku ialah hanya dua orang juruhebah yang tidak disambungkan kontrak dan bukan dipecat," katanya pada sidang akhbar hari Jumaat.

Pada 3 Dis lepas, Malaysiakini dan dua akhbar itu menyiarkan laporan bahawa dua deejay stesen itu diberhentikan kerja dan lima lagi digantung kerja kerana pembabitan dalam perhimpunan itu.

Abdul Rahman, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata, keputusan tidak melanjutkan kontrak kedua-dua deejay itu tiada kena mengena dengan Hindraf kerana ia dibuat pada 29 Okt lepas sedangkan perhimpunan haram itu berlangsung pada 25 Nov.

Katanya, lima lagi kakitangan stesen itu "direhatkan daripada tugas-tugas konti" dan bukannya digantung, dan ia adalah langkah penyusunan semula tugas konti di MINNALfm.

Beliau berkata, kelima-lima mereka telah diberikan tugas membantu penerbit eksekutif rancangan radio stesen itu seperti membuat penyelidikan, penyediaan skrip dan pemilihan lagu.

"Proses penyusunan semula program-program di MINNALfm belum lagi dimuktamadkan. Ini adalah proses lazim yang dilaksanakan oleh semua stesen RTM dari semasa ke semasa," kata Abdul Rahman.

Pengawal stesen itu M. Rajasekaran, yang juga hadir pada sidang akhbar itu, menolak dakwaan kononnya tindakan pihak pengurusan stesen terhadap kedua-dua deejay itu disebabkan unsur dendam.

"MINNALfm hanya membuat perakuan (mengenai tindakan terhadap petugas yang mempunyai masalah disiplin) kepada kementerian, dan kementerian yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan," katanya. - AGENDADAILY.

AMIN DAPAT MENANTU ESOK


Rakan di Berita Harian, Aminuddin Ibrahim, akan menerima menantu esok.

Tahniah! Semoga pasangan pengantin kekal sehingga akhir hayat.

IDEA ZAHID HAMIDI TANGKIS PETUALANG

Datuk Ahmad Zahid Hamidi memang bijak. Kalau hendak menangkis tohmahan dan dakwaan petualang negara, kita perlu bawa orang luar melihat sendiri negara ini. Terutama mereka yang berpengaruh atau boleh menulis apa yang dilihat. Mereka boleh datang ke negara ini untuk melihat sendiri apa sebenarnya berlaku di Malaysia. Seeing is believing.

Ikutilah rancangan Datuk Zahid dalam berita Bernama.


BAGAN DATOH, 8 Dis (Bernama) -- Kementerian Penerangan akan mengundang beberapa orang wartawan dari India ke Malaysia untuk menyaksikan sendiri kehidupan masyarakat India di sini bagi mendapatkan dan seterusnya menyampaikan gambaran lebih jelas dan tepat kepada kerajaan India.

Langkah tersebut bagi menangkis dakwaan Hindu Rights Action Force (Hindraf) kononnya masyarakat India di negara ini dipinggirkan.

Mengumumkan langkah itu, Timbalan Menteri berkenaan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Rakyat di India dan orang India di Malaysia mempunyai hubungan persaudaraan yang baik tetapi yang jahatnya ialah Hindraf.

"Kita tidak boleh salahkan Ketua Menteri Tamil Nadu kerana dia tidak tahu. Beliau menganggap memorandum Hindraf yang diterimanya semuanya betul dan kita jemput dia datang ke Malaysia untuk melihat keadaan masyarakat India di negara ini," kata Ahmad Zahid kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat koperasi Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.

Beliau juga berkata hubungan Malaysia dan India berada di tahap sangat baik, malah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan rakan akrab Presidennya, Manmohan Singh.

Timbalan Menteri itu juga menyentuh percanggahan pendapat di kalangan pemimpin parti DAP berhubung Hindraf yang membuktikan wujud tidak persefahaman di kalangan parti pembangkang.

Beliau berkata ini dapat dilihat bila timbalan pengerusi DAP, Karpal Singh mengutuk tindakan dan dakwaan Hindraf manakala pengerusinya Lim Kit Siang pula menyokong tindakan itu.

"Kita memuji kenyataan Karpal yang bersikap rasional menentang Hindraf sedangan Lim tidak berpijak di bumi nyata.

"Sebelum ini Karpal sering menentang kerajaan tetapi dalam kes Hindraf beliau berfikiran terbuka berbeza dengan Lim yang masih tebal dengan sentimen perkaumannya," kata Ahmad Zahid.

Katanya di Parlimen, Lim menyokong Hindraf sedangkan Karpal mengutuk tindakan dan dakwaan Hindraf kononnya kerajaan melakukan pembersihan etnik masyarakat India di negara ini.

Ahmad Zahid mengajak semua anggota DAP menyokong Barisan Nasional kerana pemimpin mereka terbukti tidak sehaluan dalam menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.

MALAYSIAN BUSINESS - DEC 2007

Friday, December 7, 2007

HINDRAF : CUBAAN KHIANATI NEGARA

Datuk Abdul Rahman Sulaiman adalah antara wartawan veteran di negara ini. Beliau pernah berkhidmat dengan RTM dan Bernama. Jawatan terakhirnya di Bernama ialah Ketua Pengarang dan beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen. Kini, beliau adalah Pengarah Komunikasi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Ketika menyampaikan ceramah Media dan Pilihanraya anjuran Malaysian Press Institute di Universiti Malaya, bersama saya Selasa lalu, Datuk Abdul Rahman meminta wartawan melengkapkan diri dengan ilmu agar mereka boleh menjadi wartawan berpengetahuan.

Beliau juga meminta mereka tidak membuat sensorship sendiri ketika membuat berita. Dalam ertikata lain, wartawan perlu menulis apa yang dilihat dan didengar tanpa membuat sebarang suntingan.

Datuk Abdul Rahman adalah juga kolumnis akhbar Berita Harian. Ikuti tulisan beliau mengena Hindraf dalam [ Berita Harian ] hari ini.

TAHNIAH ROSLI NORDIN

Roslin Mohd Nordin, bukanlah satu nama baru dalam bidang kewartawanan negara. Walaupun masih muda, beliau telah mendapat beberapa anugerah kewartawanan elektronik termasuk daripada Kementerian Pertahanan.

Wartawan meja berita RTM itu amat gigih dengan tugas yang diberikan dan sentiasa bersedia dihantar ke mana saja termasuk ke kawasan yang dilanda gempabumi di Indonesia dan Pakistan.

Kini, Rosli beralih angin ke sebuah jabatan lain dalam Jabatan Penyiaran. Beliau kini menjadi penerbit dokumentari di Unit Hal Ehwal Awam TV RTM.

Ikutilah berita dalam Mega, Utusan Malaysia hari ini mengenai dokumentari yang dihasilkan oleh Rosli. Ia terpilih mewakili negara dalam Malam Penganugerahan Hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa di International Emmy Awards Gala, New York, Amerika Syarikat. Tahniah Rosli.

**************************************************

Dokumentari RTM wakil negara ke New York

REALITI kehidupan keluarga Asli Semai ini akan dipaparkan hari ini pukul 4.30 petang di saluran TV2.
--------------------------------------------------------------------------------
Sempena sambutan Hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa yang akan disambut pada setiap 9 Disember, satu dokumentari yang menerapkan elemen realiti kanak-kanak akan disiarkan hari ini (7 Disember) pada pukul 4.30 petang di saluran TV2.

Dokumentari yang diberi judul Dehlah Sinuien, Zara Gadis Semai ini diterbitkan atas kerjasama antara RTM dengan Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, UNICEF.

Dokumentari berdurasi 30 minit ini memaparkan kisah kehidupan seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli Semai, iaitu Norzara a/p Niskala yang berusia 11 tahun. Norzara atau panggilan manjanya Zara berkongsi cerita mengenai rutin hariannya. Selain menyimpan angan-angan ingin menjadi seorang doktor, gadis manis berwajah eksotik ini juga mahu membela nasib keluarganya dan komuniti Orang Asli Semai di Kampung Kuala Koyan, Raub Pahang yang rata-ratanya berada di bawah paras kemiskinan.

Zara bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan dalam darjah 5, mempunyai lima adik-beradik dan sering mendapat tempat pertama pada setiap kali peperiksaan akhir tahun. Bapa Zara, Niskala a/l Awang merupakan penoreh getah dan ibunya, Hasimah a/p Yai pula surirumah, menyimpan harapan agar kesemua anak-anak mereka terutamanya Zara berjaya dalam bidang akademik bagi membantu kehidupan mereka sekeluarga.

Menurut penerbit dokumentari ini, Rosli Mohd. Nordin, subjek kanak-kanak Orang Asli (Semai) dipilih kerana paparan mengenainya belum pernah lagi diterbitkan oleh mana-mana produksi.

“Saya menggunakan bahasa Semai, Dehlah Sinuien sebagai judul dokumentari ini yang membawa maksud ‘inilah duniaku’ yang saya rasa amat sesuai dengan kisah yang dipaparkan.

“Saya sukakan subjek ini kerana, kehidupan kaum Semai berlainan dan amat unik. Sememangnya beberapa aspek kehidupan mereka telah pupus dan saya sebagai penerbit merasa terpanggil untuk mendokumentasikan kehidupan mereka untuk dikongsi bersama penonton di kaca televisyen.

“Pengalaman bergelar seorang wartawan penyiaran selama lima tahun banyak membantu saya merangka skrip dan mengolahnya dalam bentuk visual yang mudah difahami setiap lapisan penonton,” kata Rosli.

Kata Rosli, dokumentari karyanya itu akan mewakili negara menyertai Malam Penganugerahan Hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa di International Emmy Awards Gala, New York sempena Hari Penyiaran Kanak-kanak Sedunia di New York pada Mac, 2008.

“Saya amat berharap dokumentari ini mampu memberi persaingan di peringkat antarabangsa dalam beberapa festival penyiaran termasuk pada Hari Penyiaran Kanak-Kanak itu,” jelas Rosli yang pernah dipilih menjadi finalis pada Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIFF 2007 baru-baru ini bagi kategori dokumentari. Daripada 32 penyertaan, dokumentari terbitan beliau bertajuk Memoir of A Tragedy berjaya terpilih antara lima dokumentari terbaik KLIIFF 2007 yang disertai oleh semua penerbit daripada semua benua.

Rosli yang bertugas di Unit Hal Ehwal Awam TV RTM ini menegaskan, jika diberi peluang dia ingin menimba pengalaman dan berkerjasama dengan pasukan National Geographic bagi menerbitkan dokumentari yang berkisar tentang keunikan sesuatu bangsa ataupun etnik yang hampir pupus.

JELITA DISEMBER 2007


Cinta itu pengorbanan. Dan Puan Sri Faizah Datuk Shuaib adalah seorang wanita berperibadi tinggi yang menggorbankan perasaannya demi cinta terhadap suami, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang disahkan menghidap barah. Dengan penuh keredaan beliau menerima kedatangan madunya, Puan Ziela Jalil sewaktu melawat suami mereka di hospital. Itulah kali pertama mereka bertentang mata. Ikuti kisah mereka di dalam majalah JELITA keluaran DISEMBER 2007. KINI DI PASARAN!